Terjemahan:

Ya Allah, masukkan kami dalam kawalan lingkungan Nabi Sulaiman, dan Nabi Sulaiman telah memiliki daripada timur dan barat dengan kebolehan anugerah Allah, sifat, perbuatan-perbuatan dan juga kekuatannya, Selamat sejahterakanlah kami Wahai Tuhan Jibrail, Mihkail, Israfil dan Izrail. Telah menguasai Nabi Sulaiman dari timur dan barat, jin, manusia, angin dan awan berserta keselamatan yang banyak. Maha suci Allah Taala yang maha mulia kemuliaan, dan kesempurnaanNya, ketahuilah oleh kamu wahai Iblis, wahai Iblis, wahai Iblis, Syaitan-syaitan tinggal dalam kegelapan. Wahai Tuhan kami, terimalah daripada kami doa Nabi Sulaiman, dan telah berselawat Allah ke atas Nabi Sulaiman, juga keatas para nabi dengan rahmatMu. Ya Allah yang amat mengasihani daripada segala-galanya.

Doa ini amat begitu masyhur diamalkan oleh para pengamal perubatan Darul Syifa, Darussalam dan lainl-lain pusat rawatan Islam.

Antaranya fadilatnya :

1) Menundukkan jin yang degil semasa rawatan.

2) Penunduk bagi binatang terutama ketika masuk ke hutan.

3) Pendinding dari gangguan jin dan sihir.

4) Penggerun kepada jin, manusia dan binatang.

5) Aura hebat dan pengaruh berwibawa.

Kredit fb Rahmat Rahman

Koleksi Ceramah: https://www.youtube.com/user/syeduum