Alhamdulillah, Didalam gambar(1) adalah susunan surah-surah yang menjadi amalan kepada Al Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al Haddad didalam solat jahriyyah(nyaring){Maghrib/Isya’/Subuh} yang saya terima ijazah amalan daripada Al Marhum Al Arifbillah Habib Husin bin Umar bin Hasan Al Haddad, semoga Allah mencucuri rahmat terhadap beliau dan keluarga beliau serta diberi ketenangan.

Didalam gambar(2,3,4) pula adalah jadual yang lebih jelas surah-surah yang dibaca pada setiap solat fardhu harian yang mana disyorkan dan diamalkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi bin Muhammad Al-Haddad, semoga Allah mencucuri rahmat terhadap beliau dan keluarga beliau serta diberi ketenangan.

Jadual ini disusun dari rujukan buku-buku karangan Al-Habib Abdullah Al-Haddad berjudul (تثبيت الفؤاد ) atau “Pengukuhan Hati”, ( غاية القصد,الـمراد ) dan juga buku-bukunya yang lain.

Semoga Allah mencucuri rahmat atas usaha beliau ini. Nota: Jika masa tidak mengizinkan, bolehlah digantikan seperti berikut: 1. Pada malam Khamis, ketika sembahyang Isya’, dimana perlu dibaca سَبِّحِ اَسْمَ (Surah 87 – Al A’la) dan هَلْ أَتَاك حَدِيْثُ (Surah 88 – Al Ghashiyah); bolehlah dibaca أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ (Surah 94 – Al Inshirah) dan إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللهِ (Surah 110 – Al Nasr).2. Pada Jumaat pagi, ketika sembahyang Subuh, dimana perlu dibacaآلَمِ تَنْزِيْلُ الْكِتَبِ (Surah 32 – Al Sajdah) dan هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَنِ (Surah 76 – Al Insan); bolehlah dibaca سَبِّحِ اَسْم َ (Surah 87 – Al A’la) dan هَلْ أَتَاك حَدِيْثُ (Surah 88 – Al Ghashiyah).(Jadual ini disusun oleh Al-Habib Ali bin Essa bin Abdulkader Al-Haddad; iaitu cucunda kepada Al-Habib Abdullah Al-Haddad. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas mereka).

Zikir Murah Rezeki : https://www.youtube.com/watch?v=z-Cg0fE6AMc