Kaabah merupakan kiblat bagi setiap umat Islam di dunia. Setiap kali menunaikan solat, umat Islam wajib menghadap Kaabah tidak kira di mana dia berada. Walaupun ramai yang kenal Kaabah dan tahu ianya merupakan kiblat umat Islam, namun masih ramai yang tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang ada di dalam Kaabah?”Mungkin ramai yang masih belum tahu tentang perkara sebenar.

Selama ini ramai menganggap bahawa di dalam itu mungkin mempunyai emas, minyak dan sebagainya. Namun, soalan itu telah terjawab oleh seorang individu di laman Twitter iaitu Abdalaziz.Kotak ini mempunyai pelbagai jenis wangian yang telah dicampur dengan air Amin dan juga digunakan untuk membasuh Kaabah dari dalam: Anda juga mungkin perasan alas putih yang ada di atas lantai, ia merupakan tempat pertama Nabi Muhammad solat semasa pertama kali baginda memasuki Kaabah.

Raja Saudi serta ketua negara yang mengunjungi Kaabah akan solat di atas alas putih tersebut.Apa pula yang tertulis di kawasan kecil di dalam Kaabah ini?Ianya berbunyi, “Laa ilaaha illallaah, Muhammad rasuallah al Allah.” Bermaksud, “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.”Bumbung pula diperbuat daripada kayu yang begitu kuat serta disalut dengan emas tulen.

Bahagian atas kain Kiswah tersebut adalah berwarna hijau.Selain itu, banyak jenis minyak wangi yang tergantung. Perabot yang ada di dalam Kaabah merupakan hadiah oleh para bangsawan Islam sepanjang sejarah Raja dan Khalifah.Terdapat satu pintu di dalam Kaabah itu sendiri. Menurut beliau, dalam pintu itu terdapat tangga yang boleh dilalui untuk ke siling Kaabah.Akhir sekali, anda akan nampak 3 tiang megah berdiri di dalam Kaabah. Tiang tersebut diperbuat daripada kayu yang terbaik serta disaluti dengan emas tulen.

Kredit : https://www.facebook.com/UmrahAndalusiadotcom/?cft[0]=AZXA417YPBOaxO55HDiWAuTFwBdjUd9KWF-7ZrbCWpg3VXFNWIDJoafHgQzl0RFhW6puMGAe6viDchkMd-lU0jzOmdUpvG_43hcY8v470kthsl2ylacODAMG4qZ7aKisj8aTOevKRadIGGR2t6Usi8K4LlWH1bQkSQWyImpzLCwLMG_XdkDbdhyALYwl7G0XRis&tn=-UC*F

LINK CERAMAH PILIHAN :

  1. Banyakkan Selawat : https://www.youtube.com/watch?v=wm-Muaemnuw
  2. Jangan Tinggalkan Zikir Ini : https://www.youtube.com/watch?v=NZOCtAOLBtk
  3. Doa Mimpi Jumpa Rasulullah : https://www.youtube.com/watch?v=dlvSYmHyMBg
  4. Return to FB : https://www.facebook.com/pondokhabib/