
SOALAN :
Saya ingin tahu adakah hadis Nabi suruh tutup makanan dan minuman yang hendak ditinggalkan itu sahih atau tidak dan apa hikmah dia suruh tutup?
JAWAPAN :
Hadith Nabi saw menyuruh tutup bekas yang berisi makanan dan minuman itu adalah hadith sahih.
Telah diriwayatkan daripada Abu Humaid As-Saidi r.a. katanya :
أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَدَحِ لَبَنٍ مِنَ النَّقِيعِ لَيْسَ مُخَمَّرًا، فَقَالَ: «أَلَّا خَمَّرْتَهُ وَلَوْ تَعْرُضُ عَلَيْهِ عُودًا
Artinya : “Aku telah mendatangi Nabi saw dengan dengan segelas susu dari Naqi’ yang tidak bertutup lalu baginda bersabda : Kenapa tidak kamu tutupnya sekali pun dengan meletakkan penutup kayu.” (Hadith riwayat Imam Muslim)
Perintah menutup bekas yang berisi makanan dan minuman ini adalah perintah sunat dan hikmahnya adalah kerana mengelak dari dijamah oleh syaitan dan memelihara dari wabak dan memelihara dari termasuk kotoran dan serangga.
Dan disuruh tutup itu ialah bekas yang mengandungi makanan atau minuman yang disimpan. Ada pun yang sedang dimakan atau diminum maka tiada masuk pada perintah menutupnya.
Telah berkata Imam Nawawi :
وَذَكَرَ الْعُلَمَاءُ لِلْأَمْرِ بِالتَّغْطِيَةِ فَوَائِدَ مِنْهَا الْفَائِدَتَانِ اللَّتَانِ وَرَدَتَا فِي هَذِهِ الْأَحَادِيثِ وَهُمَا صيانته من الشيطان فإن الشيطان لايكشف غطاء ولايحل سِقَاءً وَصِيَانَتُهُ مِنَ الْوَبَاءِ الَّذِي يَنْزِلُ فِي لَيْلَةٍ مِنَ السَّنَةِ وَالْفَائِدَةُ الثَّالِثَةُ صِيَانَتُهُ مِنَ النجاسة والمقذرات والرابعة صيانته مِنَ الْحَشَرَاتِ وَالْهَوَامِّ فَرُبَّمَا وَقَعَ شَيْءٌ مِنْهَا فِيهِ فَشَرِبَهُ وَهُوَ غَافِلٌ أَوْ فِي اللَّيْلِ فَيَتَضَرَّرُ بِهِ
Artinya : “Dan telah menyebut oleh para ulamak tentang perintah menutup itu beberapa faedah yang dua faedah antaranya ialah memeliharanya dari syaitan kerana syaitan tidak dapat membuka bekas yang telah ditutup dan memelihara daripada wabak yang turun pada waktu malam dalam tahun itu dan faedah yang ketiga ialah memelihara daripada terkena najis dan segala kotoran dan keempat ialah memeliharanya dari sekelian serangga yang merayap dari kerana biasa terjadi terjatuh suatu daripadanya ke dalam bekas lalu diminum sedangkan dia tidak menyedarinya atau pada malam hari yang jadi mudarat dengan sebabnya.” (Kitab Syarah Sahih Muslim)
Kesimpulannya Nabi saw menyuruh tutup bekas yang berisi makanan atau minuman ialah kerana menjaga kebersihan dan kesihatan dari kerana Islam adalah agama yang sangat memelihara akan keduanya.
wallahua’lam
Kredit fb ustaz azhar idrus
Koleksi Ceramah: https://www.youtube.com/user/syeduum
Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/