BOLEHKAH MENYIMPAN DAGING KORBAN
LEBIH DARI TIGA HARI?
( Bilangan 304 )
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله وصحبه ومن والاه
(Dengan na`ma Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)
Ibadat korban disyariatkan untuk dilakukan pada Hari Raya Adhha
dan hari-hari Tasyriq (11, 12, dan 13 Zulhijjah). Binatang korban
yang disembelih pada hari-hari tersebut akan diagih-agihkan
dagingnya kepada saudara mara, jiran, sahabat, kaya ataupun
miskin yang beragama Islam.
Menurut Imam asy-Syafi‘e Rahimahullah, daging korban itu
seeloknya tidak melebihi sepertiga untuk dimakan dan disimpan
oleh orang yang berkorban dan sepertiga dari daging korban itu
untuk disedekahkan serta sepertiga lagi untuk dihadiahkan.
Perkara yang ingin disentuh di sini, ialah persoalan mengenai
hukum orang yang berkorban memakan atau menyimpan daging
korbannya selepas tiga hari setelah ia dikorbankan.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melarang
menyimpan daging korban lebih dari tiga hari, sebagaimana hadits
yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Waqid Radhiallahu ‘anhu,
beliau berkata:
ن هى رسو ُ ل اللهِ صلَّى اللهُ عَليهِ و سلَّ م ع ن َأكْلِ ُل حومِ ال ض حايا بع د َث َ لاثٍ، قَا َ ل
عبد اللهِ ب ن َأبِي بكْرٍ: َف َ ذ َ كرت َذلِ ك لِعمرَة، َفَقاَل ت: ص د ق سمِعت عائِ شَة
تقُو ُ ل: د ف َأهلُ َأبياتٍ مِ ن َأهلِ الْبادِيةِ حضرَة الأَ ض حى زم ن ر سولِ اللهِ صلَّى
اللهُ عَليهِ و سلَّ م، َفَقا َ ل رسو ُ ل اللهِ صلَّى اللهُ عَليهِ و سلَّ م: ادخِروا َث َ لاًثا ُثم
ت ص دقُوا بِ ما بقِ ى…
(رواه مسلم)
Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melarang
dari memakan daging-daging korban selepas tiga hari.” ‘Abdullah
bin Abu Bakar berkata: “Aku memberitahu perkara itu kepada
‘Amrah, lalu dia (‘Amrah) berkata: “Dia (‘Abdullah bin Waqid)
benar, aku pernah mendengar ‘Aisyah berkata: “Pada zaman
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah datang segolongan
Arab Badawi (kalangan orang Arab yang miskin) berjalan
perlahan-lahan menuju ke tempat penyembelihan binatang
korban.” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Kamu simpanlah (daging korban) selama tiga hari, setelah itu
sedekahkanlah apa yang masih tersisa…”
(Hadits riwayat Muslim)
Hadits ini menjelaskan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam melarang dari memakan atau menyimpan daging korban
(bahagian yang disimpan) selepas tiga hari dan Baginda menyuruh
untuk menyedekahkan lebihan daging korban itu.
Walau bagaimanapun setelah berlalu suatu ketika, Baginda
Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak lagi melarang untuk memakan,
atau menyimpan daging korban selepas tiga hari. Ini kerana
larangan Baginda sebelum itu adalah disebabkan menolong orang
Arab Badawi yang miskin tersebut, sebagaimana hadits yang
diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Waqid Radhiallahu ‘anhu iaitu
sambungan bagi hadits yang disebutkan di atas:
…َفَل ما كَا َ ن بع د َذلِ ك َقاُلوا: يا ر سو َ ل اللهِ إِنَّ النا س يتخِ ُ ذو َ ن الأَسقِيَة مِ ن
ض حاياهم ويج مُلو َ ن مِن ها الْ ود ك َفقَا َ ل رسو ُ ل اللهِ صلَّى اللهُ عَليهِ و سلَّ م: وما
ذَا ك َقاُلوا: ن هي ت َأ ْ ن تؤ َ ك َ ل ُلحوم ال ض حايا بع د َث َ لاثٍ فَقَا َ ل: إِن ما ن هيتكُم مِ ن
َأجلِ ال دافَّةِ الَّتِي دفَّ ت َفكُلُوا وادخِروا وت ص دقُوا
(رواه مسلم)
Maksudnya: “…Apabila berlalu suatu ketika (iaitu setelah
larangan menyimpan daging korban), mereka (para sahabat)
berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya orang ramai membuat
wadah daripada binatang korban mereka dan mengambil
lemaknya.” Rasulullah bersabda: “Mengapa kamu bertanyakan
hal ini?” Mereka menjawab: “Dahulu Tuan melarang dari
memakan daging korban setelah tiga hari.” Baginda bersabda:
“Sesungguhnya dahulu aku melarang kamu hanyalah kerana (aku
mahu kamu menyedekahkannya kepada) orang Arab Badawi yang
memerlukan itu. Sekarang kamu makanlah, kamu simpanlah dan
kamu sedekahkanlah (daging korban).”
(Hadits riwayat Muslim)
Hukum Menyimpan Daging Korban Lebih Tiga Hari
Harus memakan atau menyimpan daging korban lebih dari tiga
hari walaupun pada ketika harga barang-barang naik tinggi.
Ini kerana hadits yang melarang untuk memakan atau menyimpan
daging korban lebih dari tiga hari itu telahpun dibatalkan
(mansukh) dengan suruhan Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam
untuk memakan atau menyimpannya tanpa menghadkan batas
waktu yang tertentu. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wasallam:
…إِن ما ن هيتكُم مِ ن َأجلِ ال دافَّةِ الَّتِي دفَّ ت َفكُلُوا وادخِروا وت ص دقُوا
(رواه مسلم)
Maksudnya: “…sesungguhnya dahulu aku melarang kamu
(memakan atau menyimpan daging korban) hanyalah kerana (aku
mahu menyedekahkannya) kepada orang Arab Badawi yang
miskin. Sekarang kamu makanlah, kamu simpanlah dan kamu
sedekahkanlah.”
(Hadits riwayat Muslim)
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu ingin menyimpan daging
korban tersebut, maka sunat yang disimpan itu terdiri daripada
sepertiga bahagian daging korban untuk dimakan.
Oleh yang demikian, tidaklah dilarang (tidak dimakruhkan) apabila
menyimpan daging korban walaupun lebih dari tiga hari. Walau
bagaimanapun perlulah diingat, jika ingin menyimpan daging
korban sunat, seeloknya ia terdiri daripada bahagian daging yang
bukan untuk disedekahkan atau dihadiahkan.
Assalamualaikum..saya ingin bertanyakan satu soalan..ibu saya ada menyimpan banyak daging korban..baru2 ni ibu saya ada memberikan daging korban tersebut pada saya..jadi saya ingn bertanya adakah haram bagi saya untuk makan daging tersebut kerana sebelum ini saya ada mendengar beberapa kata org bahawa org yang menyimpan daging melebihi 3hari tidak boleh makan…harap pihak tuan dapat merungkai kemusykilan saya..terima kasih..assalamualaikum