PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH AGAMA-AGAMA LAIN
Dimasukkan oleh IbnuNafis
Label: Artikel Pilihan Jom Faham, Soal Jawab Aqidah
Sehingga Mac 2009 polimik penggunaan nama Allah berterusan di Malaysia apabila Gereja Kristian di Malaysia mahu menggunakan nama tersebut dalam penerbitan mereka di atas dakwaan kebebasan beragama yang dijamin oleh perlembagaan. Dalam konteks Malaysia, Islam sebagai agama rasmi di negara ini, telah mempunyai beberapa peraturan untuk menjaga kesucian agama Islam dan ia dijamin juga oleh perlembagaan. Bahkan di negeri-negeri, Raja-Raja Melayu memiliki kekuasaan untuk menjaga isu-isu agama termasuklah hak esklusif penggunaan nama Allah untuk agama Islam.
Perdebatan berkenaan dengan penggunaan nama Allah oleh agama lain mengundang dua pandangan berbeza di kalangan umat Islam samada di kalangan ahli agama, mahupun masyarakat awam.
Terdapat golongan memandang nama ‘Allah’ sememangnya digunakan oleh al-Quran untuk menceritakan bagaimana kepercayaan umat-umat terdahulu. Sebagai contoh, dalam surah Luqman, ayat 25. Allah SWT bermaksud:
Sekiranya kamu bertanya mereka (orang-orang kafir), siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah. Katakan (wahai Muhammad): Segala puji bagi Allah. Bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui.
Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat 61, Allah SWT berfirman bermaksud:
Dan sekiranya kamu bertanya mereka siapakah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan yang mengaturkan matahari dan bulan, nescaya mereka mengatakan Allah. Justeru kenapakan mereka berpaling (dari) mentauhidkan Allah?
Golongan ini mengatakan bahawa al-Quran sendiri menyebut bahawa masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ‘Allah’ untuk tuhan.
Pada saya, ada beberapa perkara yang perlu diteliti dalam memperbahaskan isu penggunaan nama Allah.
Pertamanya,
kitab-kitab agama-agama langit terdahulu tidak diturunkan dalam bahasa Arab, justeru tidak timbul langsung penggunaan istilah ‘Allah’ untuk agama-agama langit seperti ‘Yahudi’ dan ‘Kristian’. Al-Quran kemudiannya menjelaskan bahawa konsep tauhid agama tersebut yang asal ialah kepercayaan kepada Allah SWT walaupun telah diselewengkan oleh para pendeta dan paderi. Hakikat bahawa kitab-kitab Yahudi dan Kristian bukan berbahasa Arab iaitu taurat dan injil (bible), keduanya tidak menggunakan nama ‘Allah’ untuk merujuk tuhan mereka. Sebaliknya Islam tidak pernah menggunakan istilah yang mereka gunakan terhadap Allah sebagai nama kepada tuhan di dalam ajaran Islam.
Keduanya,
ayat-ayat yang disebutkan di atas adalah berkaitan dengan ayat-ayat sebelumnya. Contohnya, ayat 23 dan 24 Surah Luqman menceritakan orang-orang yang kufur terhadap Allah SWT dan mereka ditimpakan dengan azab yang pedih. Justeru, di kalangan mereka yang kufur (menyembah selain dari Allah SWT), jauh di sudut hati mereka mengakui adanya tuhan yang esa yang menjadikan langit dan bumi. Ini tidak menandakan orang-orang kafir menggunakan lafaz Allah dan menyembah Allah sebagai tuhan mereka.
Demikian juga dalam surah al-Ankabut, ayat sebelumnya menceritakan rahmat Allah.
Sekiranya ditanya kepada orang-orang kafir siapakah tuhan mereka, nescaya mereka akan mengatakan Allah. Namun mereka tetap berpaling. Iaitu mereka masih berpaling dengan tidak meyembah Allah SWT
. Justeru, ayat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan tuhan mereka ialah Allah SWT.
Ketiganya,
kemungkinan ada pandangan mengatakan ‘orang-orang Arab Jahiliyah’ menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada ‘tuhan’. Benarkah begitu? Sebaliknya orang-orang Arab sebelumnya banyak menggunakan perkataan ‘ilah’ untuk merujuk kepada tuhan, contohnya ilah latta dan ilah al-uzza.
Sebaliknya, al-Quran datang menggunakan perkataan ‘Allah’ dan bukan perkataan ‘ilah’ bersama penafian Allah itu mempunyai anak, dan penafian Dia mempunya pembantu yang terdiri dari ilah-ilah yang lain sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun, ayat 91 yang bermaksud:
Dan tidaklah Allah mempunyai anak, dan tidaklah bersamanya tuhan yang lain (sebagai pembantu). Oleh itu, sekiranya setiap tuhan memutuskan keputusannya sendiri, nescaya sesetengahnya di atas sesetengah yang lain (menguasai yang lain), mahasuci Allah daripada apa yang mereka sifatkan.
Keempatnya, umat Islam perlu mempertahankan penggunaan nama ‘Allah’ hanya untuk orang-orang Islam kerana beberapa sebab, antaranya:
i. Antaranya penggunaan perkataan ‘Allah’ telah melalui proses penyucian dari segala kesyirikan yang muncul dari zaman selepas nabi-nabi sebelumnya sehingga hari ini sehingga diiktiraf sebagai tuhan orang-orang Islam. Sila lihat kamus-kamus moden bagi membuktikan perkara ini. Justeru itu, membenarkan penggunaan istilah itu kepada bukan Islam adalah satu tindakan ke belakang untuk kembali ke zaman penggunaan nama Allah yang dipenuhi kesyirikan. Sekaligus, ia mengenepikan usaha al-Quran yang berulang kali menafikan sifat-sifat kesyirikan (mempunyai anak dan pembantu-pembantu) yang ada pada zat Allah SWT.
ii. Berpegang pada pandangan bahawa dalam al-Quran menyebut orang-orang kafir menggunakan penggunaan nama Allah, adalah pandangan yang cetek. Tidakkah mereka membaca bersama bahawa al-Quran berulang-kali mensucikan nama ‘Allah’ dari bersifat dengan sifat kelemahan.
iii. Kalau benarpun, ada penggunaan ‘Allah’ sebelum Islam, ia adalah nama umum, yang kemudiannya menjadi nama khusus untuk tuhan orang-orang Islam setelah melalui proses mensucikan nama Allah SWT dari segala sekutu yang tidak layak untuknya.
Semoga membantu kita memahami kepentingan isu ini. Untuk tidak mengulang perbahasan lanjut, saya suka juga merujuk kepada artikel di bawah yang boleh dijadikan rujukan dalam isu ini.
Sekian, wallahu a’lam.
Dr Asmadi
4 Mac 2009
Seluruh para nabi dan rasul sejak Nabi Adam hingga Nabi Muhammad beragama Islam. Justeru, mereka semuanya menyeru kepada ajaran tauhid yakni mengesakan Allah dan menolak kesyirikan dan kekufuran! Di dalam al-Quran menjelaskan bahawa nama tuhan yang diakui oleh semua nabi dan rasul ialah Allah. Tapi ingat! Nabi Musa berlepas diri dari kesesatan dan kekufuran dalam ajaran Yahudi dan begitu juga Nabi Isa berlepas diri dari kesesatan dan kekufuran ajaran Kristian! Agama Yahudi mengandungi penyelewengan ke atas kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa dan agama Kristian pula mengandungi penyelewengan ke atas kitab Injil yang telah diturunkan kepada Nabi Isa. Inilah jenayah ilmiah yang pernah dilakukan oleh golongan Ahlil-Kitab (Yahudi dan Kristian) ke atas kitab-kitab suci Islam sebelum Nabi Muhammad. Taurat, Zabur dan Injil diakui sebagai kitab suci di sisi agama Islam kerana kitab-kitab tersebut membawa ajaran aqidah yang sama iaitu tauhid dan agama yang sama iaitu Islam serta bersumberkan tuhan yang sama iaitu Allah taala. Kitab-kitab tersebut tidak membawa ajaran agama Yahudi dan tidak juga membawa agama Kristian, bahkan membawa agama Islam. Agama Yahudi dan Kristian adalah ajaran sesat yang muncul di umat nabi yang terdahulu sebelum Nabi Muhammad. Kitab-kitab Taurat, Zabur dan Injil yang asal sudah tiada pada zaman kini, bahkan yang ada karangan ajaran sesat yang disandarkan kepada kitab-kitab suci tersebut.
Merujuk kepada isu lafazul-jalalah “Allah” yang dituntut oleh pihak Kristian di Malaysia, maka inilah satu bentuk jenayah ke atas agama Islam yang merupakan agama yang telah pun diterima dan disebarkan oleh para nabi yang terdahulu termasuk Nabi Musa dan Nabi Isa. Jenayah ini dilakukan dengan secara terhormat melalui mahkamah ciptaan manusia. Jelas, jenayah ini juga adalah rantaian jenayah Ahlil-Kitab yang terdahulu…
INGAT!!! dan INGAT!!! Orang Yahudi dan Kristian tidak akan reda dengan Nabi Muhammad nabi akhir zaman dan semua pengikut baginda sehingga baginda dan umat baginda mengikut agama mereka!!! Tuntutan Kristian ini adalah suatu jenayah terhormat untuk menyebarkan dakyah sesat mereka di kalangan umat Islam di Nusantara…
Allahu akbar!!!