Al Habib Yasin b Aqil Benyahya
Nama penuh beliau adalah Habib Yasin b Aqil b Ahmad b Aqil b Ahmad b Yahya. disebutkan bahawa beliau adalah orang yang pertama daripada keluarga al Benyahya yang turun ke Negeri Terengganu sekitar tahun 1700 masihi. Habib Yasin telah berjaya berdakwah melalui istana sultan dan masyarakat di negeri Terenganu. Bahkan beliau pernah dilantik sebagai penasihat kepada sultan dalam hal yang berkaitan dengan agama dan pentadbiran negeri.
Allah telah memberikan nikmat kepada beliau ini kerana telah dikurniakan zuriat yang tersebar ke seluruh Nusantara. Ini adalah hasil perkahwinan beliau dengan puteri sultan Zainal Abidin 1, iaitu Puteri Cik Siti, dikurniakan seramai lapan orang putera. Habib Yasin telah menjadi seorang pendidik yang berjaya terhadap anak-anaknya. Kesemua mereka telah dibawa pulang semula ke negeri asalnya Hadhramaut di Yaman, ini bertujuan untuk mendapatkan kembali segala warisan ilmu yang amat berharaga. Setelah mereka memperolehi apa yang dihajat, Habib Yasin membawa mereka kembali ke Terengganu dengan niat agar mereka dapat menyebar ilmu-ilomu islam dan dakwah yang murni.
Menurut sejarah, keturunan zuriat Habib Yasin ini telah berpindah dan berpecah ke serta negeri di Tanah Melayu dan nusantara, sehinggalah mereka menceburkan diri mereka dengan dakwah dan tarbiah. diantara mereka ialah Habib Abdul Rahman b Yasin al Benyahya yang telah berpindah ke Pekan, Pahang. Habib Hamid telah pergi ke Kelantan dan Habib Husain berpindah ke Patani. Disebutkan setiap daerah dan negeri yang dikunjungi oleh mereka semua telh terkesan dengan cara pendekatan dakwah dan didikan daripada meeka. Samaada pemimpin atau pun masyarakat. Bahkan ada dianara mereka yang telah membina masjid sebagai tempat ibadah dan perhubungan ummah dalam soal ilmu
Makam Habib Abdul Rahman Benyahya – di Makam Diraja Kg. Marhum, Pekan, Pahang disebelahnya adalah makam Sultan Abdul Jalil Shah. Ziarah kali pertama dan alfatehah buat nenda tercinta
ASALAMUALAIKUM WAROHMATULLHI WABAAROKATUH.
salam kenal ya akhi yang mempunyai blog ini.
M Fadloli Hs.
Alamat : kedung agung santren,brangkal Mojokerto.jatim.Indonesia.
Tlp :03216236671.
balas
nama saya syed mohsein binsyed feisal bin syed mohsin benyahya.saya adalah keturunan benyahya,
tapi x tau asal usul keturunan saya.
saya hanya tahu smpai abit saaya sahaja…
boleh email kan saya salasilah Al Habib Yasin b Aqil Benyahya hingga terkini,…
saya amat berharap sgt dengan bantuan anda…
Assalamualaikum….cuba berhubung dengan Syed Hamzah Tuan Dabal , Kampong Balok , Kuantan , Pahang. Rasanya dia banyak tahu asal usul Ben Yahya atau keturunan Alyahya.
..anta ktrnn yg nyer dimana? trg? ….kt kmpng ana byk ktrnn nyer di trg..
Salam..kalau ikut kata arwah ayahanda saya….dia dari kampong belada selat berhampiran kampong paluh terengganu.
Moyang saya ( Tuan Embong -Kg. Buluh Kuala Berang ) juga berasal dari Kg. Beladau Selat . Manakala arwah datuk -Tuan bahru bin Tuan Embong mempunyai sepupu – arwah Syed Ali yang menetap di kampung Tepuh daerah Kuala Nerus. Menurut cerita ramai waris berada di Pahang…Sekadar itu sahaja maklumat yang ada dalam pengetahuan saya..Jika ada yng sudi berkongsi maklumat untuk saya mengetahui salasilah keluarga ini boleh berhubung dengan saya..0199711130
Asslmkm habib..maaf bertanya (……dia dari kampong Belada Selat tu merujuk kepada siapa ye…Sebab arwah moyang saya pun berasal dari Belada Selat juga..mohon perkongsian daripada tuan.
al yahya pahang….tgh mencari balik nasab…sesiapa al yahya dari pekan pahang…tlg sy 🙂 syed md nor b syed hasan b syed ismail al yahya……syarifah zubaida…
muhammadazammdnor@y.c
Assalamualaikum….untuk mencari susur galur keturunan syed alayahya..sila hubung dgn syed hamzah penghulu balok….
Saya juga keturunan bin Yahya,yakni said dailani bin said Muhammad Ali bin said Abdul Kadir Tengku mandek bin said Ismail bin said thaha bin said Hasyim bin said thaha…, tolong boleh Ade sedaremare tahu silsilah Habib Yasin bin Yahya hingga ke hari ini.sile bagi tau kita orang terima kasih
Assalamualaikum….selamat hari raya….kalau habib ingin tahu tentang Syed YassinnAlyahya…sila
hubungi Syed Hamzah PenghulunBalok Kuantan.
Assalamialaikim ncek syed Indra syed Omar…..kalau tak keberatan bolehlah kita orang dapatkan ilmu nasab dari ncek….setakat yang telah ncek dapatkan….ke. Email. Saiddyahya@ yahoo.co.id…sile…..
ana juga keturunan BenYahya, Syed Sahimi bin Hassan bin Jaafar bin Othman bin Ismail bin Alwi. mengikut catatan lama kita berasal dari Kelantan/Terengganu tapi sekarang menetap di Sarawak. masaalahnya catatan lama yang ada tidak lengkap maka kita masih tercari-cari keluarga di sebelah sana. mana-mana keluarga BenYahya yang tahu sila hubungi saya. penghijrahan ke Sarawak adalah melalui Singapura, kepulauan Riau langsung dari pulau Serasan. datuk saya Syed Jaafar datang bersama 2 lagi saudara iaitu Syed Abdul Rahman & Sharifah Shafaat. Syed Jaafar berkahwin dengan keluarga Banahsan di Sajingkat (dekat Kuching) & Sharifah Shafaat berkahwin dengan juga keluarga Banahsan di Baram (utara Sarawak). Syed Abdul Rahman (di ketahui seorang yang gemar berkhasidah) kembali menetap di Singapura. kedua keluarga Jaafar & Shafaat dapat berhubung namun terputus dengan Abdul Rahman. kita amat berbesar hati jika ada mana-mana keluarga BenYahya yang berkenaan & tahu boleh berhubung dengan saya email – syd_sahimi@yahoo.com, syukron
Assalamualaikum, arwah ibu saya berketurunan Al-Yahya, ayah (bernama Ibrahim) dan ibunya kahwin antara sepupu, keluarga mereka juga diceritakan ada di Patani. Nenda datuk saya bernama Tuan Nik Al Yahya, diceritakan sebagai seorang jelitawan yg berambut merah, pernah hendak dikahwinkan dengan Sultan Terengganu ttp menolak lalu berhijrah ke Kelantan dan berkahwin dgn anak raja yg tinggal di Balai Besar Kota Bharu. Suami pertama nenda datuk saya bernama Syed omar (Aidid) dari Terengganu. Keturunan dari suami pertamanya berada di Terengganu. Arwah datuk saya tidak memakai apa2 gelaran pada namanya. Semasa hayatnya arwah datuk saya selalu ke Terengganu, menziarahi sepupunya di Kg Buloh dan Kuala Berang, kalau tak silap.(Saya tidak pernah berkesempatan berjumpa arwah datuk) Sepupu arwah ibu pernah mendapat mimpi menziarahi kubur nenek moyang di Kg Ladang dan Bukit Puteri, Terengganu. Daripada cerita arwah nenek saudara saya yg tinggal di Terengganu (masa saya masih remaja), moyang kami (mungkin dimaksudkan ayah atau datuk Tuan Nik, adalah guru agama Sultan, mengajar agama di istana. Sekarang, setelah kematian arwah ibu 4 tahun lalu, tergerak hati kami adik beradik untuk mencari semula salasilah keluarga nenda arwah datuksebelah ibu iaitu Tuan Nik Al Yahya (nasab keturunannya). Semoga Allah mempertemukan kami kaum keluarga senasab dengannya)
Assalamulaikum…….saya dari keturunan alyahya terengganu…..saya ada salasilah keturunan syed alyahya…..jika tidak keberatan puan boleh bertukar matlumat dengan saya….selamat hari raya….
Jika puan ingin mencari sasilah syed yg berasal dari kampong buluh ( sekarang bandar permaisuri ) puan boleh cuba berhubung dgn syed kamar kampong buluh 013 9720558.
Leh bgtahu saya salsilah syed bin yahya tuan syed
Tuan Syed Indera, setelah sekian lama baru tergerak cari balik keluarga Al Yahya Terengganu. Adik saya Rosley tinggal di Tganu. Mungkin Tuan Syed boleh jg hubungi beliau 013-986-8850. Beliau pun aktif menjejak salasilah keluarga, terutama yg sebelah kami dr keturunan Syed Hussein Jamadil Kubro
Assalamualaikum Habib ( Syed Indera )..kalau tidak keberatan .boleh tak saya dapatkan maklumat salasilah keturunan Syed AlYahya Terenganu daripada tuan..
Alhamdulillah….akhir nya saya berjumpa dengan Al Yahya disini….saya Alyahya dari Pahang…..nama saya Syed Indera bin Syed Omar bin Tuan Dalam bin Syed Abdul Rahman bin Syed Jaafar Bin Syed Yassin bin Syed Akil….mohon kerjasama dari tuan sekali…jika adA kesilapn.
kalau memang sedare syed indra bin syed omar memiliki tali nasab, tahniah kami ucapkan dan ribu-ribu terima kaseh bila berbaik hati nak kirimkan sms atau sofware familytree milik encik di dari seberang
Untuk pengetahuan Habib ( syed Indera ) Abah saya sering juga bercerita bahawa arwah datuk beritahu bahawa dia mempunyai waris di Pahang tetapi tidak dapat dipastikan di mana …hanya setakat ikut sahaja gambaran yang ada dlm pengetahuan keluarga kami di Terengganu.
Assalamualaikum wrb kepada keluarga besar bin yahya di malaysia dan di nusantara. Terlebih dahulu saya panjatkan syukur ke hadrat Ilahi serta selawat dan salam kepada junjungan besar serta datuk kita yang teramat mulia, khatamun-nabiyyin dan sayyidul mursaliin Saidina Muhammad bin Abdullah s.a.w. Seterusnya saya ucapkan marhaban bikum kepada antum semua. Alhamdulillah sudah berputik minat di kalangan antum semua mengenai ilmu nasab. Alhamdulillah.
Buat sesiapa yang ingin tahu susur jalur nasab masing-masing, boleh lah berhubung terus dengan Rabithah Alawiyyah di Indonesia yang mana mereka ini adalah pengurus soal berkaitan nasab keturunan Ba’alawi di Nusantara ini.
Yang diperlukan hanya nama-nama 5 keturunan dan ke atas untuk menyambung terus nasabnya sampai ke Rasulullah s.a.w.
Saya juga dari keturunan binyahya yang asalnya mungkin dari Pahang dan kemudiannya berhijrah ke Negeri Sembilan. Alhamdulillah berkat usaha datuk saya iaitu Allahyarham Habib Zin bin Hussein bin Ahmad bin Junaid bin Saleh bin Abdul Rahman bin Jaafar bin Yaasin bin Aqil binyahya, beliau telah dapat memperoleh salasilah keturunan kami semua melalui rabitah alawiyyah.
Diharapkan ini dapat membantu usaha antum semua. Allahu yuaffiq.
Assalamualaikum…Saya Syed Hasan Al-Asari B. Syed Abdullah B. Syed Abdul Hamid B. Syed Abdul Saggaf Al – Yahya..dari Johor ..actually tak pernah terjumpa Al-yahya clan dlm family coz yg tinggal saya 3 beradik je..slebihnye Al habshe n Al saggoff…jadi kalau ade infomasi tentang asal usul,sejarah,susur kalur..boleh tak berkongsi dengan saya..?
Assalamualaikum w.b.t…Saya Syed Ahmad bin Tuan Azam bin Tuan Bahru bin Tuan Embong ( Kampung Buluh, Kuala Berang ) saya keturunan Syed Yassin Alyahya ( Bukit Puteri ) Terengganu…saya hanya mengetahui salasilah setakat arwah ” Nyang -Tuan Embong sahaja..Tuan Embong berasal dari Kampung Serada… Saya dimaklumkan oleh Abah saya.. bhawa arwah datuk ( Tuan Baharu ) mempunyai sepupu ( jika tak silap ) bernama Syed Ali ( Arwah ) menetap di Kg. Tepuh ( Kuala Nerus )…mohon jika yg ada maklumat berkaitan susur ..boleh kongsi dengan saya…semoga dipermudahkah Allah.