Jangan mendahului imam
Posted on November 18, 2009 by sulaiman
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah seseorang itu tidak merasa takut bila dia mengangkatkan kepalanya sebelum imam, bahawa Allah akan menjadikan kepalanya kepala himar atau rupanya (keseluruhan tubuh badannya) menjadi rupa himar“? Riwayat Bukari dan Muslim.

Terdapat dua maksud bagi perkataan himar (keldai) dalam hadith di atas. Himar adalah sejenis haiwan yang bodoh, maka sesiapa yang mendahului imam akan menjadi seorang yang bodoh. Tafsiran kedua pula ialah fizikal orang yang mendahului imam, kepala mereka akan ditukarkan menjadi kepala keldai. Ada juga ulama yang diperlihatkan tentang perkara ini.

Hukum mendahului imam adalah makruh dalam mazhab Syafie dan batal solah dalam mazhab Hanafi.

Hadith dari Abu Hurairah r.a:Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Seseorang imam itu dijadikan supaya diikuti. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang berbeza dengannya