Surah Al-Mukminun ayat 97-98.

وَقُلْ رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ

Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku, aku berlindung kepadaMu dari hasutan Syaitan-syaitan. 97

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ

“Dan aku berlindung kepadaMu, wahai Tuhanku, supaya Syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku”. 98

1 – Ayat ini merupakan satu doa agar terhindar SURAH daripada bisikan atau godaan syaitan. Ayat ini juga adalah perintah untuk kita berdoa kepada Allah SWT agar dilindungi daripada gangguan syaitan dan yang seumpamanya

2 – Syaitan adalah musuh umat manusia yang tidak nampak dengan mata kasar. Namun kesan kejahatannya tetap terlihat apabila manusia yang tertipu dengannya akan melakukan maksiat dan perkara yang dimurkai Allah SWT.

3 – Syaitan tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan manusia. Dia akan tetap mendekati kita umat manusia sekalipun kita sedang solat. Kerana syaitan itu tidak pernah berputus asa menyesatkan anak Adam.

4 – Imam Al-Ghazali mentamsilkan syaitan ini umpama anjing. Jika kita dekat dengan tuannya maka kita tidak akan diancam olehnya. Sama seperti kita hidup didunia ini, jika kita beriman kepada Allah SWT dan sentiasa mendekati-Nya dengan sujud serta doa, maka Allah SWT akan menghindarkan kita daripada gangguan syaitan.

5 – Waspadalah godaan syaitan yang mahukan kita terjatuh ke lembah kemaksiatan dan hilang cahaya hidayah.

Dan pabila kamu sedang terleka dan lalai dengan dunia sehingga terlupa kepada suruhan tuhanmu.

Ketahuilah pada waktu itu kamu sedang dihasut oleh syaitan yang sentiasa berusaha sedaya upaya memalingkanmu daripada Allah dan menyesatkanmu dengan segala hiburan yang melalaikanmu.

Amalkan dua ayat 97 dan 98 daripada surah Al Mukminun sebagai pendinding untuk mengelak hasutan syaitan.

InsyaAllah dengan izin-Nya kita dapat terhindar daripada perbuatan keji syaitan itu.

Nak berhibur tak salah, asalkan tidak melalaikan.

Alhamdulillah

https://www.youtube.com/user/syeduum