Posted by: Habib Ahmad | 6 Jun 2013

Amalan terbaik pada hari Jumaat

Oleh MOHAMAD DHIYAUDDIN ABDUL KADIR
HARI Jumaat merupakan penghulu segala hari dalam seminggu. Sebagai umat Islam, kita meyakini bahawa hari Jumaat memberikan kelebihan dan mengandungi keutamaan tertentu berbanding hari lain. Kebiasaannya umat Islam hanya terlintas bahawa kelebihan hari Jumaat hanyalah pada solat Jumaat. Benarkah sekadar itu sahaja?

Hakikatnya terdapat pelbagai amalan lain yang dianjurkan kepada umat Islam untuk mengerjakannya. Antaranya ialah;

1Mandi sunat Jumaat

Pada hari Jumaat, kita disarankan untuk mandi sunat pada hari Jumaat terutama bagi lelaki yang ingin menunaikan solat Jumaat. Daripada Ibnu Umar berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang daripada kalian ingin mengerjakan solat Jummat, maka hendaklah dia mandi. (riwayat Al-Bukhari no. 877 dan Muslim no. 844)

2Membersihkan gigi dan memakai wangian

Membersihkan gigi sama ada dengan kayu siwak ataupun berus gigi yang ada pada masa kini amat dituntut terutama sebelum mengerjakan solat. Begitu juga anjuran memakai wangian sebelum solat.

Kedua-dua perkara ini antara sunnah yang semakin dilupakan serta kurang diamalkan. Abu Sa’id Al-Khudri berkata bahawa Rasulullah SAW menyarankan agar pada sahabat menggosok gigi dan memakai wangi-wangian pada hari Jumaat semampu yang boleh.

Salah seorang perawi hadis iaitu seorang tabi’in bernama Bukair bin Abdullah Al-Asyajj berkata tentang anjuran memakai wangi-wangian pada hari Jumaat: Meskipun dengan wangi-wangian kaum wanita. (riwayat Muslim no. 846; Abu Daud no. 342)

3Memperbanyakkan doa

Salah satu doa yang diangkat dan dimakbulkan oleh Allah adalah ketika hari Jumaat. Pada hari Jumaat, terdapat suatu masa yang mana jika seseorang berdoa pada waktu itu, nescaya Allah akan menunaikan permintaannya. Ia merupakan suatu peluang yang telah diberikan kepada umat Islam namun tidak ramai yang mengetahuinya dan beramal dengannya.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Pada hari Jumaat ada suatu waktu yang mana tidaklah seorang hamba Muslim mengerjakan solat lalu berdoa tepat pada waktu tersebut melainkan Allah akan mengkabulkan doanya tersebut. (riwayat al-Bukhari no. 935 dan Muslim no. 852)

Para ulama mempunyai pelbagai pendapat mengenai bilakah waktu yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW itu. Ada yang berpendapat waktu mustajab itu adalah ketika di antara dua khutbah dalam solat Jumaat.

Sebahagiannya pula berpendapat pada waktu Asar. Pendapat yang kuat adalah pada waktu Asar selepas mengerjakan solat Asar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya. (musnad Ahmad no. 7363)

4Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi SAW

Selawat merupakan tanda kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah SAW. Setiap daripada selawat yang dilafazkan akan diberikan ganjaran yang besar di akhirat kelak. Ia juga menjadi zikir yang perlu diamalkan setiap hari untuk melembutkan hati dan menyemai rasa cinta kepada Baginda SAW.

Setiap Muslim disunatkan untuk memperbanyakkan selawat setiap hari terutamanya pada hari Jumaat. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya hari Jumaat merupakan hari yang terbaik di antara hari-hari lain, maka perbanyakkanlah berselawat kepadaku pada hari itu (Jumaat) kerana sesungguhnya selawat kalian akan sampai kepadaku.” (riwayat Abu Daud no. 1531dan An-Nasai no. 1374)


Responses

  1. Assalamu alaikum w.b.tDalam berdoa, adakah seorang imam itu mengkhianati sekiranya beliau membaca doa yang mathur drp AlQuran atau Hadith tanpa menukar ayat tersebut kepada Jama , mengekalkan ayat tersebut semata2 krn ingin mendapat keberkatan2 ayat2 tersebut; contoh inni kuntu; tidak ditukar kepada inna kunna. Harap dapat penjelasan kerana saya keliru. Date: Thu, 6 Jun 2013 04:59:03 +0000 To: abrah1m@live.com

  2. semoga lebih manfaat pada lebih bnyk orang amien …


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: