Penerbit imityaz Habib-munzir-bin-fuad-al-musawa
Di sebutkan dalam kitab “Tarikh al Madinah al Munawarah”. Stelah wafatnya Khalifah Umar bin Khattab dan Utsman bin Affan,Sayyidina Ali bin Abi Thalib lebih snang hidup menyendiri,jauh dr lingkungan kehidupan masyarakat kota.

Pernah pda suatu malam,Sayyidina Ali duduk mnyendiri di dalam rumahnya. Di malam itu udara dingin mulai menyengat tubuh, sdangkan tubuhnya hanya dibalut pakaian biasa dan burdah(syal) usang yg melilit di lehernya. Mata beliau trtunduk kebawah sambil bertasbih memuji kbesaran dan keesaan Allah SWT tak henti-hentinya.

Tiba-tiba seorang laki-laki mngetuk pintu rumahnya. Tamu itu dikenal di msyarakat dngan sbutan Abu Maryam. Setelah dibukakan pintu,ia dipersilahkan masuk, seraya duduk bersila di hadapan Sayyidina Ali sambil kedua tangannya memegang lutut beliau.

Dengan penuh tawadhu’, ia berbisik kpd Sayyidina Ali: “Wahai amirul mukminin,ada satu hal yg ingin aku sampaikan kepadamu.” Sayyidina Ali pun berkata: “Silahkan sebutkan apa saja kperluanmu wahai Abu Maryam.” Kemudian Abu Maryam berkata: “Buanglah burdah yang kau lilitkan dilehermu. Sesungguhnya burdah itu sudah usang dan tak pantas seorang amirul mukminin seperti engkau mengenakannya.”

Mndengar ucapan Abu Maryam tersebut Sayyidina Ali nenangis tersedu-sedu. Hal ini membuat Abu Maryamg menjadi malu karena telah melontarkan kata-kata yang menyinggung prasaan beliat. Setelah Sayyidina Ali mulai reda dari tangisannya beliau pun berkata: “Ya Aba Maryam, sesungguhnya setiap kali aku mngenakan burdah ini, timbul kecintaanku yg meluap-luap kepadanya. Burdah ini hadiah dari sahabatku yg paling aku cintai.”

Abu Maryam penasaran ingin tahu siapa gerangan teman beliau yg paling dicintainya. Ia langsung bertanya: “Siapa gerangan temanmu yg paling engkau cintai itu wahai amirul mukminin?”.

Sayyidina Ali pun menjawab: “Umar bin Khattab, Umar bin Khattab, kekasih Allah dan Allah kekasih Umar.” Kemudian beliau menangis lagi sambil mengusap air mata beliau dengan ujung burdahnya..

BELAJAR DAN BERAMAL DENGAN SUNNAH

”Rida’ RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM suka hibrah sebab warna dan juga jenis lembut.Warnanya ada garis merah dan ada garis biru.Ada juga hibrah yang berwarna merah bersulam hijau.Selain meletakkan serban atas kepala,letak rida sebagai lambang kesempurnaan.

Kesempurnaan seseorang yang ada himmah dan mulia ada rida’.Lambang orang yang mulia ada rida’.Bila ada orang mulia datang, RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM merendahkan diri serta menghamparkan kain yg mulia ini sebagai hamparan duduk.

Selepas Perang Hunain,mula-mula umat Islam kalah.Lepas itu baru menang.Selepas perang,datang sahabat kepada RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM.Sahabat keliru ada seorang wanita mendakwa dia adalah kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM Dia nak jumpa RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM.”Aku kakak RASULULLAH.”Sahabat memberitahu hal tersebut kpd RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menyuruhnya supaya datang berjumpa.”Ya ALLAH, SYAIMA’ ”. RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM kemudian cabut rida’nya lalu menghamparkan kepada wanita itu.

Para sahabat terpinga-pinga,tercari-cari”Kakak RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM ada kakak ke?”Orang Arab tahu apabila buang rida’ dan hamparan sebagai hamparan duduk untuk satu orang,maksudnya orang itu sangat mulia.

Wanita itu duduk dan memberitahu,” RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,aku SYAIMA’ ” RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM menjawab,” Ya ,aku tahu.”.SYAIMA’ ialah kakak susuan RASULULLAH SALLALLAHU’ALAHI WASSALAM,anak kepada HALIMATUS SA’DIAH.Bermakna kakak betul jugalah kakak susuan.Ini menunjukkan bilamana seseorang dimuliakan,akan dihamparkan rida’.

[ MURABBI SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HAJI MOHD ROMLI
kain rida’
jom sama-sama menghidupkan sunnah.. ツ

ape tu kain rida’ ?
kain rida’ tu selendangツ

sunnah ke?
ye..ia sunnah baginda yang mulia.. ツ

Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida’ – رِدَاءٌ)

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيدَةً نَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ . بِهَذَا الْحَدِيثِ وَفِي حَدِيثِ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ مِنْ الزِّيَادَةِ قَالَ ثُمَّ جَبَذَهُ إِلَيْهِ جَبْذَةً رَجَعَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَحْرِ الْأَعْرَابِيِّوَفِي حَدِيثِ هَمَّامٍ فَجَاذَبَهُ حَتَّى انْشَقَّ الْبُرْدُ وَحَتَّى بَقِيَتْ حَاشِيَتُهُ فِي عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, “Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.
Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; “Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tertarik ke arahnya.” Dan dalam hadits Hammam; “Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.

وَعَنْ اَنَس اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِذَا قَامَ اَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلاَ يَبْزُقَنَّ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ اَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيْهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ اَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا

3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)

ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ يَدْعُوْ حَتَّى رُئِيَ بَيَاضُ اِبْطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ اِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَّبَ رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ

4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)

ثُمَّ تَحَوَّلَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ فَقَلَّبَهُ ظَهْرَا لِبَطْنٍ وَتَحَوَّلَ النَّاسُ مَعَهُ

5. Kemudian baginda shallallahu ‘alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)

اَنَّ النَّبِيَّ ص اِسْتَسْقَى وَعَلَيْهِ خَمِيْصَةٌ لَهُ سَوْدَاءٌ فَاَرَادَ اَنْ يَأْخُذَ اَسْفَلَهَا فَيَجْعَلُهُ اَعْلاَهَا فَثَقُلَتْ عَلَيْهِ فَقَلَّبَهَا الأَيْمَنِ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرِ عَلَى الأَيْمَنِ

6. “Bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

macam mana nak pakai kain rida’ tu..?
——————————–
Rida’ : Bagaimana Pemakaian Secara Sunnah?

menjawab ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre di dalam “Komuniti iluvislam.com”..

“Para ulamak biasa menyebutkan pakaian-pakaian Rasulullah sehingga se’detail’nya. Para guru kami menyebutkan, pemakaian rida’ disunnahkan dan terdapat pelbagai cara memakainya. Malah para ulamak berbeza pendapat dalam memilih cara yang terbaik tanpa menafikan cara-cara yang lain. Kebanyakan guru kami mengajarkan supaya memakai rida’ dengan meletakkan kain di atas bahu kiri (atau kanan mengikut sebahagian guru lain). Ada juga yang meletakkan di atas bahu kiri kemudiannya ditarik di sebelah belakang dan keluar melalui bawah ketiak kanan dan diangkat ke belakang melalui bahu kanan. Ada juga yang menggantungkan sahaja di tengkuk dan membiarkan ke bawah dari kedua-dua bahu. Apapun yang kami dapati, semua cara tersebut boleh dilakukan, dan jika diniatkan kerana mencintai Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan amalan para ulamak, insyaAllah beroleh pahala. “

Rasulullah memakai rida’

Memakai rida’ (semacam selendang) dan membalik posisi rida’ disunnahkan. Sebagai contoh dalil pemakaian rida’ / burdah shawl ini berlaku ketika Rasulullah saw menunaikan solat istisqa, iaitu dengan menaruh kain yang disebelah kiri ke sebelah kanan, dan kain yang ada di sebelah kanan ke sebelah kiri.
Hadis-hadis yang menyatakan dianjurkannya hal ini sangatlah banyak, diantaranya hadis Abu Hurairah, hadits Abdullah bin Zaid, hadis ‘Aisyah yang sudah disebutkan.

Pemakaian dan tindakan membalikan rida’ ini dapat dilakukan setelah berdoa, sebagaimana dalam hadits Abu Hurairah, atau ketika hendak berdoa, sebagaimana hadits Abdullah bin Zaid Radhiallahu’anahu :

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى المصلى فاستسقى . وحول ردائه حين استقبل القبلة
“Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam keluar menuju lapangan untuk istisqa’. Beliau membalik rida’-nya ketika mulai menghadap kiblat” (HR. Muslim, no.894)

Silakan Share

Mohon Like & Share aktiviti kami :

  1. Facebook Pondok Habib : https://facebook.com/pondokhabib/
  2. Instagram : https://instagram.com/pondokhabib
  3. Twitter : https://twitter.com/pondokhabib
  4. Koleksi Kuliah Agama : https://facebook.com/VIDEOKULIAH
  5. MAHABBAH RASULULLAH : https://facebook.com/groups/mahabbahrasul/
  6. Doa & Zikir : https://www.facebook.com/groups/205402666291176/