Posted by: Habib Ahmad | 4 Mei 2012

MUSYABBIHAH SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK

MUSYABBIHAH SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK

Kitab al-Farq baina al-Firaq

Siri 3: Manakala musyabbihah sifat Allah dengan sifat makhluk terbahagi kepada beberapa golongan:

Antara mereka ialah: Yang mentasbihkan (menyerupakan) iradah  Allah SWT (kehendak Allah) dengan kehendak makhluknya. Maka inilah pandangan Mu’tazilah Basrah yang mendakwa Allah Taala berkehendak dengan maksudnya melalui kehendak yang hadithah (baru). Mereka juga mendakwa kehendak Alah adalah sebangsa dengan kehendak kita (manusia). Kemudian mereka bertentang pula dengan dakwaan mereka sendiri dan berkata: Harus terjadi nya iradah Allah, tidak terikat dengan masa, manakala tidak boleh terjadinya iradah kita (manusia) kecuali pada tempat. Jadi di sini mereka bertentangan dengan dakwaan mereka sebelum ini iaitu: Sesungguhnya iradahNya adalah sebangsa dengan iradah kita (manusia), kerana dua perkara sekiranya bersamaan dan bangsa yang sama, maka harus apa-apa bagi pihaknya, maka harus pula ke atas yang satu lagi. Dan apa yang mustahil ke atas suatu pihak, mustahil juga ke atas pihak yang lain.

Al-Karamiah telah menambah bid’ah mu’tazilah Basrah pada mentasybihkan Iradah Allah dengan iradah hamba-hamba-Nya, dan mendakwa iradahNya adalah dari jenis iradah kita (manusia), dan sesungguhnya (iradah Allah) hadithah (baru) pada ZatNya, sebagaimana baru iradah kita pada diri kita. Justeru mereka mendakwa rentetan pada itu: Sesungguhnya Allah Taala adalah tempat untuk perkara-perkara baru! Maha tinggi Allah dari yang demikian itu dengan ketinggian yang maha agung!

Antara mereka (yang termasuk dalam musyabihah ini): mereka yang mestashbihkan kalam Allah dengan kalam makhluk-Nya. Mereka mendakwa sesungguhnya Allah Taala bersuara, berhuruf, dari jenis suara dan huruf yang disandarkan kepada hamba-hambanya. Merekan berpegang akan barunya kalam-Nya. Kebanyakan (jumhur mereka) memustahilkan (kecuali al-Jubba`i) kekal kalam allah Taala. Berkata al-Nizzam (dari golongan mereka): Tiadalah pada susunan kalam Allah yang Maha Suci sebarang I’jaz.

Al-Karamiah serupa dengan Mu’tazilah pada dakwaan mereka baharu kalam Allah Azza wajalla, namun dengan membezakan antara ‘qaul’ dan ‘kalam’ pada dakwaan mereka. Sesungguhnya ‘qaul’ (kata-kata) Allah Yang Maha Suci adalah dari jenis suara-suara hambanya, dan huruf-hurufnya.

Abu al-‘Izz


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: