ADAB MENUNTUT ILMU
PERTAMA: NIAT
Niat yang sepatutnya ada pada setiap penuntut ilmu ialah :-
1-Mengharapkan reda Allah Ta’la dan negeri akhirat.
2-Melenyapkan kejahilan dari dalam diri dan diri orang-orang yang bodoh.
3-Menghidupkan dan mengekalkan Agama Islam
4-untuk Zuhud dan Bertakwa kepada Allah swt.
Dengan ilmu yang dianugerahkan oleh Allah swt tadi hendaklah dijadikan alat untuk bersyukur kepada-Nya.
KEDUA: MEMILIH ILMU
Penuntut ilmu mestilah berusaha memilih ilmu yang terbaik, iaitu ilmu yang paling perlu baginya dibidang urusan agamanya. dahulukan dengan Ilmu Tauhid dan Ma’rifahtullah dengan dalil. Iman orang taklid, sah bagi kita namun ia tetap berdosa kerana berusaha meninggalkan usaha mencari dalil.
KETIGA: MEMILIH GURU
Penuntut ilmu wajib berusaha memilih guru. Guru yang patut diutamakan ialah orang paling bertakwa, berilmu, warak, beramal dengan ilmunya dan paling tua. Ini bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah memilih Hammad bin Sulaiman setelah melalui proses merenung dan berfikir. Beliau berkata: “Aku dapati Hammad bin Sulaiman adalah seorang yang tenang, lambat marah dan penyabar”
al Hakim berkata: “Jika anda berangkat ke Bukhara, jangan tergesa-gesa dalam persalahan-persalahan dengan para ulamak, berdiamlah dahulu selama 2 bulan hingga engkau sempat merenung dan memilih seorang guru. Kerana jika engkau pergi kepada seorang yang alim dan mulai belajar dengannya berkemungkinan engkau tidak tertarik kepada ajarannya lalu engkau pergi kepada guru lain. Bertukar-tukar guru seperti ini dapat menghilangkan keberkatan dalam belajar.