Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tingkatan 1 Tahun 2011
Para pelajar Tahun 6 atau Darjah 6 sekolah kebangsaan yang akan menduduki UPSR 2010 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2011 adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Ketika ini terdapat 53 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.
Aliran
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iaitu aliran sains dan aliran agama. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini terdapat 39 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara.
Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Sains
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Agama
Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin)
Permohonan SBP Tingkatan 1 2011
1. Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2011 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
2. Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak dua salinan. Salinan pertama perlu dihantar kepada guru besar sekolah asal pemohon dan salinan kedua dihantar kepada pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) yang dipilih.
Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2011 akan ditutup pada 15 Oktober 2010.
Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2011 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2010.
Maklumat
1. Sila kunjungi
Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
2. Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
3. Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan,
Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan
atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402.
4. Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel
kpkpm@moe.gov.my
5. Anda boleh juga semak komen-komen di Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010.
Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP
Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia :
1. Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP?
Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.
2. Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan?
Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
3. Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online?
Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.
4. Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP?
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.
5. Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP?
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.
Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.
SEMAKAN TAWARAN KE SBP 2011KLIK SINI



















17 Habaib Berpengaruh Di Indonesia
Biografi & peranan para Ulama zuriat Rasulullah S.A.W.
RM29.50
Habib Abdullah Al-Haddad mengungkapkan kepiluan hatinya saat para waliyullah pergi meninggalkan dunia fana. Betapa tidak, para waliyullah itulah yang senantiasa menyemarakkan bumi dengan munajatnya kepada Sang Khaliq
Obat Hati - RIngkasan Ihya' Ulumuddin daripada saduran ceramah Habib Umar bin Hafidz
Thariqah 'Alawiyah - ''Thariqah 'Alawiyyah merupakan tarekat sederhana, yang tidak berbunga-bunga, yang lebih menekankan aspek akhlak atau amali dalam praktik kesufian
Al-Allamah Syyid Muhammad bin salim bin Hafidz Al-Alawi Al-Husaini, ayah Habib Umar bin Hafidz, mencoba menguraikan hukum-hukum yang harus diketahui oleh kaum wanita dan adab-adab yang harus mereka terapkan, juga memberikan nasihat-nasihat berharga, yang berguna bagi kaum wanita.
Jalan Nan Lurus Sekilas Pandang Tarekat Bani 'Alawi ialah sebuah buku yang membicarakan tentang asal-usul keturunan Rasululullah SAW dan ulama-ulama yang berasal dari keturunan baginda SAW
Dikarang oleh Habib Novel bin Muhammad al-Idrus. Antara tajuk perbahasan ialah, Makna berkah,Mencari berkah dll
Rasulullah SAW. Mempunyai Keturunan & Allah SWT Memuliakannya
Pengarang: Ir. Sayyid Abdussalam Al-Hinduan, M.B.A.
Penerbit: Cahaya Hati, Cetakan 1 Februari 2008
Terdapat 2 jilid dalam Jilid pertama penulis membahaskan seputar permasalahan Ziarah Kubur, Tawassul dan Tahlil dan jilid kedua seputar Maulidur Rasul-sunnah atau bid'ah
Buku ini ditulis oleh KH Drs. Habib Syarief Muhammad Alaydarus, buku ini lebih baik dari segi isinya, susunan huruf dan baris arabnya dan makna terjemahannya
Bertanya adalah kunci untuk memahami rahasia-rahasia ilmu dan menyingkap kegaiban yang tersimpan dalam hati oleh Oleh Naufal (Novel) Muhammad Al-‘Aidarus
Buku ini ditulis oleh ulama besar berkaliber internasional yang berasal dari Hadhramaut, Yaman, yakni Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz.
Adda’i ilallah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz bin Syaikh Abubakar bin Salim dikenal memiliki kelebihan dalam menyampaikan nasihat-nasihatnya, sehingga menyentuh hati orang yang mendengarkannya
Hidup adalah pengembaraan di atas samudera luas. Tiada hari tanpa digoyang gelombang. Belum lagi tiupan badai, yang tak jarang membuat seseorang berputus asa. Penuntun itu adalah petunjuk Allah SWT melalui Rasul-Nya, Muhammad SAW. Ajaran beliau adalah kompas hidup terbaik. Dan inilah yang disajikan oleh Husein Anis Habsyi, cicit pengarang Maulid Simthud Durar, Habib Ali bin Abdurrahman Al-Habsyi
Shalat adalah ruh segala amal, hakikat tingkat hubungan seorang hamba dengan sang Khalik, rahasia keindahan wujud sejak dahulu kala, dan menjadi perantara munculnya cahaya yang tersembunyi dibalik jasmani karangan Habib Hassan Al Jufri.
Buku ini akan memberikan insight (pemahaman) tentang misteri manusia dan aktivitas abstrak yang memotivasi amal mereka. Buku ini membahas seluk beluk hawa dan nafs karangan Habib Muhammad Abdullah Al-Idrus
Oleh: Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas
Buku ini merupakan terjemahan Al ‘Athiyyatul Haniyah karya Al-Allamah al-Habib Ali bin Hasan al-Aththas, seorang ulama terkenal di abad ke 12 H khususnya di wilayah Hadramaut, Yaman.Buku ini berisi tentang wasiat-wasiat yang sangat penting untuk diketahui dan diamalkan oleh kaum muslimin yang mengharapkan keridhaan Allat SWT serta kebahagian di dunia dan di akhirat.
Sayyid Muhammad bin Ahmad Asy-Syathiri berusaha mencoba merangkum dan menjabarkan risalah tentang hikmah shalat lima waktu ini dengan bahasa yang simple dan mudah dipahami
Buku ini merupakan pilihan dari 2 kitab karya Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad yakni Nafaisul ‘Uluwiyyah fil Masailis Shufiyyah dan Ithafus Sail Bijawabil Masail, kedua kitab ini memuat kumpulan soal Tanya jawab tasawuf dari persoalan-persoalan yang sangat sederhana sampai yang paling pelik.

semakan ke sbp tingkatan 4 tahun 2011 bila boleh tahu???
By: Iris on 2 Disember 2010
at 9:45 pm
myb dalam bulan 1 atau 2 coz biasanya untuk form 4 akan diambik dalam bulan 2, 3 or 4
By: iffah on 7 Disember 2010
at 8:51 pm
semakan kemasukkan ke SBP tinkatan 1 2011 , bila boleh diketahui ?
By: Puteri on 4 Disember 2010
at 10:44 pm
salam , semakan keputusan kemasukan tingkatan satu ke SBP 2011 bila nak keluar ???? tolong percepatkan ya ..
By: hafiza on 9 Disember 2010
at 1:27 am
munkin hujung bulan disember niey ………
By: Ikram on 16 Disember 2010
at 7:00 pm
mmg dah tau dah hujung bulan disember…tapi….dia juga mengatakan yg keputusan akan kuar 45 hari selepas keputusan UPSR diumumkan…
tu agak keliru skit….
kalo hujung bulan 12 x ke murid2 yg sudah membeli persiapan ke sekolah menengah biase..susah bile mengetahui yg die medpt tawaran ke skolah asrama last minute????
By: nurul azniza on 17 Disember 2010
at 8:02 pm
bila boleh ketahui keputusan kemasukan SBP 2011?
By: Noor Alysysa Salwana binti Mohd Dzakhiruddin on 9 Disember 2010
at 11:46 am
bilakah keputusan sebenar kemasukan ke asrama penuh bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 2011. terima kasih
By: shaharudin on 15 Disember 2010
at 1:11 am
Salam;
Saya dah menghadiri temuduga dan ujian bertulis di salah satu sbp di Perak. Menurut mereka yang menemuduga saya, keputusan sbp akan dikeluarkan pada 15hb. Disember, 2010 dan apakah web-site yang digunakan untuk melihat keputusan kemasukan SBP ini. Saya harap pihak tuan dapat memberikan jawapan.
Segala kerjasama, saya ucapkan ribuan terimakasih.
wassallam
Puteri
By: puteri on 16 Disember 2010
at 1:32 am
saya ingin mengetahui keputusan kemasukan mrsm ke tingkatan 1.mohon jelaskan.
By: athirah on 16 Disember 2010
at 4:39 pm
keputusan kemasukan bg murid ting satu blh dsemak d laman web http://www.moe.gov.my pd 26hb dis onwards.
By: pn linda on 16 Disember 2010
at 5:46 pm
thankz…
tapi adakah pn.linda pasti dan dr manakah puan dpt maklumat ini??
By: aniz on 17 Disember 2010
at 8:22 pm
o’yeah!?
By: pisco on 21 Disember 2010
at 1:29 pm
bla keputusan sebenar kemasukan ke sbp bgi tngkatan 1 2011 diumumkan dan apakah lman webnya??
sekian,terima kasih……
harap jawab….
By: ann on 16 Disember 2010
at 6:47 pm
assalamualaikum…..kami ibubapa amat berhrp keptusan sbp diberitahu sblm 1.1.2011 krn kami t pksa mambuat pmbyrn 2kali skiranya kmi msukkan anak ke sek biasa dahulu.amat diharapkan pihakberkenaan memahami masalah ini.t kasih
By: mazidah on 16 Disember 2010
at 9:24 pm
salam,
saya amat2 ingin tahu keputusan sbp ini…
jadi saya mohon kpd kementerian pelajaran supaya tlong cpt2 kan keputusan sbp ini.
saya mmg ingin masuk ke asrama penuh.
sekiranya keputusan sbp ini lambat,saya berasa amat susah krn saya ingin memastikannya supaya saya tdk susah unuk membuat persiapan dan pembayaran yuran d skolah men biasa.saya harap pihak kementerian pelajaran faham.
By: aniz on 17 Disember 2010
at 8:18 pm
Anak saya menyemak keputusan semula dari 4a1b ke 5a. Keputusan belum dapat tapi berminat dengan mrsm macamane yerk.
By: ibu ieta on 19 Disember 2010
at 1:11 pm
Salam…kami ibu bapa berharap keputusan sbp dipercepatkan…Ini memudahkan kami utk membeli pakaian sekolah, yuran sekolah asal dan borang2 sekolah asal terpaksa diisi..Jika kami sudah mengetahui keputusan anak2 sudah tentu memudahkan pengurusan utk membeli keperluan anak2…Harap mendapat pertimbangan dari pihak SBP…Sekian..
By: ZAZAAYURAMADA on 19 Disember 2010
at 2:11 pm
salam, saya ada satu soalan, adik saya dapat panggilan untuk menghadiri temuduga di SM SAINS KUALA SELANGOR, sedangkan surat temuduga tersebut sampai 2 hari sebelom tarikh temuduga. jadi, adik saya tidak dpt menghadiri temuduga tersebut kerana adik saya dari terengganu. soalan saya, ADAKAH ADIK SAYA MEMPUNYAI PELUANG UNTUK DAPAT TEMPAT DI MANA2 SBP SLPS DIA TIDAK MENGHADIRI TEMUDUGA DI SMS KUALA SELANGOR TERSEBUT?
By: kimi on 20 Disember 2010
at 12:02 am
hari ni(20/12/2010) anak kawan saya dapat surat tawaran masuk SBP SEMSAS KUANTAN tingkatan 1 2011
By: hamba Allah on 20 Disember 2010
at 8:53 pm
saya ingin maklumkan anak saya telah menerima surat twran ke sbp pd 20 dis 2010 yg lepas..so yg sdg menunggu keputusn insyaallh surat otw…
By: zaleha on 21 Disember 2010
at 9:50 am
assalamualaikum, ape laman web untuk semak kemasukan ke mrsm???
By: farah irdina zulaikha on 22 Disember 2010
at 1:44 am
plez reply…. it is important….
By: farah irdina zulaikha on 22 Disember 2010
at 12:49 pm
kat http://www.moecom.my
By: Puteri Farah on 15 September 2011
at 10:28 pm
Bagaimana ingin mengetahui keputusan rayuan ( e-rayuan ) ke sekolah SBP atau Sek Men Sains yang dipohon setelah gagal mendapat tawaran yang awal.
By: ingin tahu on 30 Disember 2010
at 7:42 pm
boleh saya tanya bilakah panggilan ke-2 atau ke-3 bagi kemasukan ke sekolah berasrama penuh dan bilakah tarikh yang boleh disemak??
By: seseorang on 14 Januari 2011
at 11:34 am
Bila keputusan sbp ambilan ke dua keluar?????sy dah x sbar nk tau keputusannya…
tlong la sesiapa yg tau tlong bagitau….sy mohon sngat
By: hamba allah on 2 Februari 2011
at 7:21 pm
bagaimana nak semak keputusan ambilan sbp tingkatan 1?
By: faridah on 10 Februari 2011
at 11:36 pm
semakan pemilihan kemasukan ke SBPI ambilan ketiga buley disemak bila ?
By: fara on 22 Jun 2011
at 6:02 pm
huhuhu klu nak nak isi borang ke sekolah asrama penuh nak isi kat web mane
By: noorayu malissa on 16 September 2011
at 2:54 pm
laman web apa yang chek kita dok kolah mana ye
By: ikmal on 22 November 2011
at 3:29 pm
cmne nk cri laman web yg bleh thu kputusn sklh sbp???? klau lmbt tahu ssh cmni
By: fikri on 28 November 2011
at 2:41 pm
saya ingin mengetahui keputusan kemasukan ke sbp tingkatan 1, 2012 .
harap dapat tolong.
By: dalilah on 4 Disember 2011
at 11:37 pm
saya nak tanya bila keputusan ke sbp pilihan.tingkatan 1 2012
By: fiza hafizah on 12 Disember 2011
at 12:54 am
maklumat ttg keputusan permohonan ke sbp (sms) agak kabur. tarikh bila x tau???, cara keputusan diperolehi bagaimana???. kalau diwebsite bagaimana, adakah senarai nama dipaparkan di website, nak buat persediaan utk ke tingkatan 1 pun jd susah. persediaan untuk anak2 yg lain pun perlu juga. kalau macam ni akan jd susah kalau terpaksa buat persiapan di saat akhir. nampak macam urusan proses kemasukan ke sbp tidak effektif. para ibubapa dh mula pening nak buat persiapan bila memikirkan masa yg semakin singkat. tinggal 3 minggu je lagi nak mula sessi persekolahan. bukan semua ibubapa ada pengalaman untuk mendaftarkan anak mereka ke sbp. bkannya nak daftar anak ke sekolah menengah yang terletak hampir dengan tmpt tinggal..
By: shah on 13 Disember 2011
at 12:01 am
apakah laman web untuk menyemak kemasukan pelajar ke t1 2012
By: wahida on 14 Disember 2011
at 2:08 pm
Salam,bilakah keputusan kemasukkan pelajar ke tinggkatan 1 2012 akan diketahui ?
By: azlinah aman on 17 Disember 2011
at 1:44 am
saya nak masukkan anak saya ke mrsm tapi ada perkara yang tidak di ingini berlaku….saya tidak dapat mengambil borang permohonan tersebut..sehingga tarikh tutup….macam mana saya nak minta rayuan untuk kemasukan anak saya ke mrsm…..jika ada jalan penyelesaian…alhamdulillah….
By: Rinamasliha bt Md Raham on 18 Disember 2011
at 4:06 pm
Semakan untuk pakaian asrama mcm mne yer…
By: Ros on 21 Disember 2011
at 11:17 am
berapakah bayaran pendaftaran kemasukkan ke sss
By: roslina binti md salleh on 31 Disember 2012
at 1:53 am
Salam..ank sy bersekolah di sr agama swasta..dibwh jais dan kpm..adakah ank sy berpeluang mlnjutkn pelajrn di sbp sekiranya kptusannya cemerlang?tq
By: hafiza on 20 Januari 2013
at 1:32 am