Hukum Membaca Surah Yasin Pada Malam Jumaat
Antara amalan yang sudah cukup sebati dalam masyarakat kita ialah membaca Yaasiin dan tahlilan yang dilakukan beramai-ramai setiap malam Jumaat di surau dan masjid. Dahulu kerap juga diadakan pembacaan mawlid pada malam tersebut, kat tempat aku lumrahnya dibaca Barzanji dan amalan ini dikenali sebagai “berjikir” i.e. kat tempat aku jika dikatakan ” urang berjikir” maka yang dimaksudkan ialah “orang membaca mawlid Barzanji dan qasidah-qasidahnya. Tapi sekarang, amat langka aku lihat surau-surau dan masjid-masjid kat tempat aku yang masih berjikir malam Jumaat, melainkan dalam bulan Mawlid di mana majlis berjikir meriah. Nampaknya masyarakat aku kini lebih suka nonton tv dari melantunkan pujian kepada Allah dan Junjungan Nabi s.a.w. Allahu…Allah.
Nasib baiklah, upacara membaca Yaasiin dan tahlilan masih menjadi program utama antara Maghrib – Isya` malam Jumaat kat tempat aku. Tetapi sedihnya kini timbul pula orang yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan serta mengeluarkan fatwa membid`ah-dholalah sesiapa yang melakukannya. Tuan-tuan bayangkanlah dahsyatnya fatwa tersebut, siapa baca Yaasiin malam Jumaat bid`ah dan setiap bid`ah itu sesat dan setiap kesesatan masuk neraka. Jadi langsung tak langsung, rumusannya sesiapa baca Yaasiin malam Jumaat masuk neraka. Hebat sungguh ilmu mufti ini.
Sudahlah kita ni jenis malas baca Quran, bila nak baca Yaasiin malam Jumaat dah dibid`ahkan. Aduh poning kepalo ese, bisa palak aku, kata orang kampung aku. Daie mende yang menjauhkan orang dari membaca al-Quran? Adakah membaca Yaasiin malam Jumaat itu maksiat ? Adakah majlis membaca Yaasiin tersebut satu kemungkaran ? Takkan nak samakan hukum majlis baca Yaasiin malam Jumaat dengan karnival JomHeboh tempat Tok Shahidan isytihar Perlis Darul Sunnah? Kita biarkan Tok Shahidan terojun dengan labu-labunya, Tok Shahidan daripada hang dok pikiaq nak bid`ahkan orang, elok hang pikiaq mana nak cari duit bayaq hutang Majlis Perbandaran Kangaq. Jangan marah noooo.
Kalau ikhwah masih ingat kat Ustaz Abdullah al-Qari tempohari, kalau kome tak ingat, aku habaq mai sikit bagi refresh hang pa punya memory. Ustaz Dollah ni salah seorang tokoh ‘sunnah (baca : salafi)’ i.e. adik – beradik golongan kaum muda. Dia ni banyak terjemah buku-buku golongan yang sewaktu dengannya, pernah dianugerahkan dengan Tokoh Ma`al Hijrah Negeri Kelantan (kalau tak silap akulah) dan merupakan besan Tok Guru Haji ‘Abdullah bin ‘Abdur Rahman, Lubok Tapah. Aku nak habaq mai kat korang, Ustaz Dollah yang mempunyai pemikiran `salafi’ telah menulis dalam bukunya “Kursus Qari` dan Qari`ah” mukasurat 145:- “Malam Jumaat : Kedapatan Rasulullah s.a.w. membacakan surah Yaa Siin, ad-Dukhaan dan al-Kahfi.” Aku rujuk hangpa semua kepada Ustaz Dollah Qari ni bukan apa, saja nak habaq bahawa dalam kumpulan so-called ‘salafi/sunnah’ pun ada perbezaan pendapat mengenai hukum baca Yaasiin malam Jumaat. Jadi buat apa nak perbesarkan isu-isu remeh seperti ini. Apa faedahnya? Biarlah hamba-hamba Allah yang lemah macam aku ni membaca Yaasiin malam Jumaat, sebab nak baca tiap malam tak larat. Membaca Yaasiin itu ibadah yang punya sumber dalam Syara`, maka sekali-kali tidaklah boleh dikatakan sebagai bid`ah, jika nak kata bid`ah maka ianya hanya bid`ah dari segi bahasa sahaja. Sunnah membacanya setiap malam, tapi berapa ramai yang kuat atau berkesempatan nak baca setiap malam ? Jadi ikutlah kaedah “apa yang tak leh nak diamalkan semua, jangan ditinggalkan semua”.
Bagi kita pendokong ulama mazhab, kita tidak ragu lagi bahawa para ulama kita memandang elok akan amalan tersebut. Imam kita as-Sayuthi dalam kitabnya “Khushushiyyaat Yawmil Jumu`ah” menulis:-
Imam al-Baihaqi dalam kitab “asy-Syu`ab” telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a., katanya:- Junjungan Rasulullah s.a.w. bersabda:- “MAN QARA-A LAILATAL JUMU`ATI HAAMIIM AD-DUKHAAN WA YAASIIN ASHBAHA MAGHFURAN LAHU (Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat surah ad-Dukhan dan surah Yaasin, maka berpagi-pagilah dia dalam keadaan terampun)”.
Al-Ashbihani meriwayatkan dengan lafaz:- “MAN QARA-A YAASIIN FI LAILATIL JUMU`ATI GHUFIRA LAHU ( Sesiapa yang membaca surah Yaasiin pada malam Jumaat, nescaya diampunkan baginya).
Maka teruskanlah beramal dengan membaca surah Yaasiin yang terlalu besar pahala dan fadhilatnya. Jadikanlah ia sebahagian wirid kamu, siang dan malam, atau setidak-tidaknya pada hari atau malam Jumaat. Janganlah kalian termakan dengan dakwaan pihak yang anti-yaasinan dan anti-tahlilan. Peganglah ajaran para ulama kita terdahulu, yang berkat mereka hidayah Islam dapat kita rasai sekarang. Penutup posting aku kali ini biar aku nak nukil wasiat Imam al-Haddad, tapi sebelum tu, kalau aku lambat nak update blog, kome bawak-bawaklah bersabo, bukan apa tugasan aku banyak dan masa hanya ada 24 jam, doakanlah kebaikan yeee.
Syaikh Ahmad bin ‘Abdul Karim al-Hasawi asy-Syajjar, murid Imam al-Haddad dalam karangannya “Tatsbitul Fuad” yang menghimpun kalam nasihat dan wasiat gurunya itu menyebut bahawa mengenai surah Yaasin, Imam al-Haddad ada berpesan dengan katanya:-
Surah Yaasiin dan kalimah La ilaha illa Allah adalah penawar bagi segala sesuatu. Jika engkau payah untuk menghafal (i.e. membaca) surah tersebut dengan lengkap, maka bacalah sehingga ayat ke-9. Yaasiin adalah hati al-Quran, dan bagi orang beriman surah tersebut amat besar ertinya. Bahkan jika ada orang yang sakit, yang terpelosok, yang dipermalukan, yang jatuh, yang tertimpa musibah atau yang mengharapkan kasih sayang, maka kepadanya selalu dikatakan “Hendaklah engkau membaca Yaasiin untuk mendapat lindungan Ilahi.” Demikian besar dan pentingnya kedudukan Yaasiin bagi orang beriman, dan mereka sesungguhnya amat memuliakannya, bahkan hal ini berterusan sehinggalah sekarang.
Sumber : Bahrusshofa
Jawapan dari Baheis :
Di antara fadilat membaca surah Yasin ialah:
Nabi Muhammad s.a.w menyifatkan surah itu jantung al-Quran.
“Pernyataan Rasulullah s.a.w itu menyebabkan naluri hati kita ghairah membacanya dengan sempurna, secara beramai-ramai di masjid atau di surau.
“Pembacaan ini lazimnya dipimpin seorang imam atau syeikh dan dilakukan pada malam Jumaat,” katanya.
“Inilah sebahagian bentuk amalan yang sudah lama difahami, diamal dan dijadikan tradisi dalam masyarakat Melayu kita di Nusantara.
“Amalan ini banyak mendatangkan kebaikan dan mencegah seseorang itu daripada melakukan perkara yang sia-sia, maksiat dan dosa.
“Pendek kata, amalan membaca Yasin umpamanya mempunyai khasiat lapan dalam satu, manakala pihak yang mencela golongan mengamalkan bacaan Yasin secara hakikatnya berada jauh dari rahmat Allah.
Surah Yasin satu daripada surah yang dimulakan dengan huruf abjad dan dinamakan dengan demikian kerana ia dimulakan dengan lafaz Yasin, termasuk dalam surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-Jin dengan 83 ayat. Ada pendapat mengatakan ia mengandungi 82 ayat.
Amalan membaca surah Yasin mempunyai banyak kelebihan, sebagaimana diterangkan melalui hadis Nabi Muhammad s.a.w.
Imam al-A’jiri menyebut satu riwayat dari Ummul Darda, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Mana-mana mayat yang dibacakan padanya surah Yasin, nescaya Allah akan mempermudahkan kematiannya.”
Abu Hurairah meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Barangsiapa yang membacakan surah Yasin pada satu malam bertujuan mencari keredaan Allah nescaya Allah akan mengampunkannya pada malam berkenaan.”
Anas bin Malik meriwayatkan Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: “Setiap sesuatu mempunyai hati, hati al-Quran adalah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah akan menulis pahala membaca al-Quran baginya sebanyak 10 kali.”
Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”
“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.
Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.
“Perhatikanlah kepada sanad dan matannya secara terperinci. Sekiranya dalil terbabit muncul dengan sanad yang lemah, ia dapat dijadikan hujah kerana masih ada sanad sahih menjelaskan kelebihannya.
“Manakala sanad yang daif tadi jika dihimpun dan dihubungkan dengan kesaksian yang lain nescaya ia akan mencapai taraf hasan sebagaimana diperakui oleh ulama hadis seperti Imam al-Tirmidzi dan selainnya,” katanya.
Surah ini mempunyai banyak intipati yang sepatutnya direnung dan dihayati di samping membacanya, seperti kritikan dan penjelasan sikap kaum musyrikin (ayat 7 -12, 60-68), iaitu menggesa kita mengikis hati dari sifat keji.
Turut diceritakan bukti kewujudan hari berbangkit (ayat 31-54), perbincangan mengenai ilmu, rahmat dan kekuasaan Allah yang tidak terbatas (ayat 71-83) dan sifat syurga yang disediakan untuk orang beriman (ayat 55-59).
“Selepas kita memahami dan menyedari kedudukan al-Quran, kandungan surah Yasin, tuntutan, galakan dan kelebihannya, kita perlulah membina penghayatan yang mantap dalam diri kita.
“Ternyata kepada kita, amalan membaca surah Yasin bukan sesuatu yang diharamkan ataupun dihukum sesat dalam agama. Bahkan ia satu kelebihan dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan,” katanya.
Sumber : BAHEIS
Subhanallah,….
Mari kita baca Al-Qur’an dengan Ikhlas dimanapun dan kapanpun kita berada, karena di Al-Qur’an lengkap segala tuntunan untuk kehidupan kita didunia maupun diakherat nanti, Al-Qur’an kan bisa dibawa kemana saja kita pergi dan kemanapun kita berada, Tetapi kalau kitab Al-Qur’an memang mungkin gak bisa kita bawa ke kamar mandi/WC.
Mari kita hargai kalau ada teman kita membaca Al-Qur’an surat itu dan surat ini (semuanya adalah Firman Allah swt), maka alangkah kejamnya kalau ada teman-teman kita dengan membawa amanat itu dan amanat ini baca Al-Qur’an (Sura Yasin) gak boleh dengan alasan Bid’ah…
Alangkah indahnya setelah silaturahmi dengan handai tolan/tetangga/kerabat dekat kerabat jauh kumpul disuatu tempat rumah ahli musibah misalnya, dieruskan bersama membaca Al-Qur’an (surt YAsin atau yang lainnya) sehabis baca Al-Qur’an tersebut kita memohon do’a kepada Allah Swt, terkabul atau tidak hanya Allah swt yang maha mengetahui….
Mari kita kenal lebih dekat apa itu AL-Qur’an…!
terlepas dari hanya sebutan Kitab Suci, dan jangan hanya mencari dasar-dasar Bid’ah.
Jika ada hadeeth sahih atau hasan bukan daif mengenai membaca surah Yaasin di malam Jumaat dari mana-mana kitab hadeeth dengan sebutkan nama pengumpul hadeeth berkenaan, jilidnya, dan mukasuratnya atau number hadeethnya sekali.
Diharap nyatakan butir-butir maklumat yang dikehendaki dan terima kasih.
Assalamualaikum…
membaca Al-Quran memanglah baik..
TETAPI Al-Quran diturunkan bukanlah sekadar untuk dibaca sahaja,
hendaklah DIFAHAMI, dan DIAMALKAN…
sama2lah kita berubah…amin
salam….
yang dimaksud kan bida’ah itu adalah membaca yassin malam jumaat untuk mendapat barakah malam jumaat…bukan lah membaca yassin itu bida’ah…
saudara telah tersalah erti dengan pengertian mufti itu…
bacalah yassin bila sahaja saudara ingin tp bukan sahaja pada malam jumaat..
dan baca lah dengan ikhlas kerana allah dan bukan untuk mendapat sesuatu ganjaran..
ramai yang membaca yassin kerana melihat pada hadith ini:
Imam al-Sya’labi menyebutkan satu riwayat dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa membaca surah Yasin pada malam Jumaat nescaya dia akan diampunkan Allah.”
tolong kaji sanad nya secara teperinci adakah ia sahih atau daif…
baca lah ape pun surah termasuk yassin kerana ingin mendapat kerdhaan Allah dan bukan kerana sesuatu…
“Terdapat beberapa hadis menunjukkan kelebihan membaca surah tertentu di dalam al-Quran sebagaimana diisyaratkan Imam al-Nawawi dalam kitabnya Riyadh al-Solihin,” kata Zamihan.
Dalil umum ini menggalakkan umat Islam membaca mana-mana surah di dalam al-Quran. Ia turut merangkumi surah Yasin memandangkan ia satu surah di dalam al-Quran.
dari dalil diatas dikatakan bacalah mana-mana surah dari al-quran dan ia tidak mengecualikan surah yassin ya baca lah tp jangan lah hanya pada malam jumaat..
yang dikata bidaah itu apabila membaca kerana ingin barakah jumaat dan bukan kerana Allah…
moga saudara memahami..
apa yang salah harap dimaafi sy hanya hamba allah yg kurang ilmu tp ada rasa tanggungjawab untuk menyampai kan…
wallahualam…
malam lain baca surah yasin juga ke? bukankah banyak surah dalam quran, dan yasin dibaca pada hari jumaat kerana fadhilatnya. jangan pula terlepas pandang pesan para ulama’ dahulu. hingga kita sendiri sibuk mempertikai hadis sedangkan taraf ilmu kita jauh benar sedikitnya berbanding ulama2 seperti imam abdullah alhaddad dan lain2. afwan
ya mmg kita tidak setaraf ilmu jika nk dibanding dgn ulama terdahulu,..
tetapi ulama dahulu juga insan..
bkn laaa mempertikai hadis..
tp jangan terima mentah2 tanpa kaji..
kerana banyak hadis2 paslu wujud selepas kewafatan NABI SAW..
malam2 lain juga boleh saja baja yassin..
baca lah alquran kerana allah semata2 bukan kerana fadhilat hari…insyaallah
Assalamualaikom,
Saya menumpang diskusi. Setahu saya setiap mereka yang membaca Al-Quran atau melakukan Ibadah lain pastinya kerana Allah. Terus terang saya katakan puak yang mengaku kumpulan Salafi sememangnya mengelirukan umat. Lihat sahaja komentar di atas berkenaan Yasiiinan di malam Jumaat, di putar kerana ingin tabarruk Jumaat. Malam/hari Jumaat sendiri sudah ada keberkatan sebagai penghulu hari setiap minggu. Banyak keistimewaan Jumaat ini.
Sekali lagi menunjukkan kesombongan apabila mempertikai hadis samada dhaif atau soheh( hasan atau mutawattir) Antum sendiri sudahkah mengkaji
hadis berkenaan? Tidak pantas antum berburuk sangka begitu. Seeloknya kalo rasa tidak setuju adakan bukti dahulu kemudian kemukakan supaya semua memperolehi manfaatnya.
Bacaan Yasiiin. dzikir berjemaah, adzan 2 kali hari Jumaat, bersalam. doa qunut dan banyak lagi isu argumentasi puak Wahabbiyun adalah sebenernya perkara remeh yang tidak perlu dibesar-besarkan. Sepatutnya golongan antum mengkaji AQIDAH pegangan kalian yang Mentasybihkan dan Menjisimkan Allah. Sengaja golongan antum mengadakan isu wujud Allah dimana hanya semata-mata mahu mengelirukan umat yang kemudiannya menjuruskan orang ramai mmembuat bayangan akan sifat (Jisim)Allah. Bila di sanggahi kumpulan antum akan memberi alasan mesti terima sepertimana ayat Al Quran tidak boleh takwil dan sebagainya. Walhal permulaan isu dikemukan supaya umat keliru. Membayangkan sifat sebegitu adalah suatu fitnah dan bersalahan dengan firman Allah dalam surah Al-Ikhlas dan lain-lain.
Golongan antum adalah golongan yang merasa diri tajdid namun tidak kena pada tempatnya. Golongan antum bersusah payah mengkritis sehingga mencela ibadah yang dilakukan oleh ahli ibadah tetapi golongan antum tidak
pula bersusah payah mengkritis golongan yang tidak mahu beribadah ataupun golongan yang engkar perintah Allah seperti amalan tidak menutup aurat, penipuan dalam segala hal, pecah amanah dan lain2 kemungkaran.
Apabila hukum hudud di tolak oleh Senator Dr. Mashitah dan mencadangkan orang2 yang melakukan kesalahan diberi imbuhan kerja, puak-puak antum dimana? Tiada kedengaran suara tajdid?
Sesungguhnya marilah kita bermuhasabah juga bermujahadah . Saya ketahui ramai golongan antum adalah mereka yang bijak pandai namun sayangnya tersasar. Tidaklah meletakkan kesemua kesalahan di atas kalian kerana menyedari syaithan2 yang menggoda kalian juga adalah dari golongan syaithan yang kapasiti daya intelektualnya tinggi. Walaupun begitu
jika diperhatikan golongan kalian ada persamaan samada yang di Malaysia,
Singapura, Thailand juga di Indonesia. Mungkin ini barokah dari pendiri kalian diperingkat awal dulu. Kalau ada yang pandai ngipas itu barokah Mr. Hemper sahabat sheikh kalian juga pencetus kumpulan kalian.
Terlebih dahulu saya ingin berpesan kepada diri saya yang amat fakir ini supaya tidak menyombong diri dengan ilmu yang jauh amat sedikit yang Allah kurniakan kalau di dibandingkan dengan orang lain kerana sebesar
zarah perasaan riak menghapuskan pahala amalan kebaikan.
Saya mohon hentikan polemik membidaahkan amalan dan hentikan juga
mengeluarkan isu mutasyabihah sebaliknya marilah kita sama2 memperbaiki diri dan amalan supaya kita tergolong dalam kumpulan,
“Khairunnasi anfa’ahum linnas” dan janganlah biarkan ilmu dan amal kebaikan yang diusahakan selama ini terhapus kerana ke egoan diri.
Maafkan saya kalau ada yang tersilap kerana sebagai manusia saya sememangnya seorang yang lemah.
Wallahu a’lam
sy suka…
Best
thanks.byk belajar dr blog ni.=)
dari blog ini sya dpt bljr tgt kebaikan membaca surah yassin….