Seseorang perlu audit dirinya agar niat buruk keluar dari dirinya, cara menghakisnya dgn meneruskan amalan ketaatan. Seseorang yg takut riya’ sehingga dia tinggalkan amalannya, maka dia telah memudahkan kerja-kerja syaitan. Teruskan amalan tersebut dan setiap amalannya dia perlu memohon kepada Allah untuk mendapatkan ikhlas dalam amalnya. Dengan melakukan amal yang istiqamah, dia tak akan memandang kepada pujian dan pandangan manusia, yang dia pandang hanyalah Keredhaan Allah. Apa yang berada disisi Allah akan kekal Abadi, nikmat yang tak ada penghujungnya, iaitu syurga Allah. Tempat melempiaskan nafsu manusia bukan di dunia, dunia tempat melawan nafsu.

Ustaz Iqbal Zain Al Jauhari

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/