Hukum Solat Dan Doa Pada Malam Nisfu Sya’ban
Petikan Fatwa Fadhilah Mufti Mesir Prof. Dr Ali Jum’ah.
Terjemahan : Ibnu Juhan Al-Tantawi
Soalan :
Apa hukum melakukan solat dan doa pada malam nisfu Sya’ban seterusnya berpuasa pada siang harinya?
Jawapan :
Malam nisfu Sya’ban merupakan malam yang barakah. Terdapat sebilangan besar dalil yang menyebut tentang kelebihan malam nisfu Sya’ban daripada hadis-hadis (nabi S.A.W) yang saling menguatkan antara satu sama lain serta mengangkat (hadis-hadis tersebut) ke darjat Hadis Hasan dan Kuat (dari segi hukumnya).
Maka mengambil berat terhadap malam nisfu Sya’ban serta menghidupkan malamnya adalah sebahagian daripada agama yang tiada keraguan padanya. Adapun keraguan yang timbul adalah disebabkan pandangan terhadap hadis-hadis yang barangkali hukumnya Dhaif yang menceritakan tentang kelebihan malam tersebut.
Antara hadis-hadis yang menceritakan tentang kelebihannya :
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : “فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ رَأْسَهُ إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ كَلْبٍ” – رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : “Aku telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit.lalu baginda berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah turunkan (malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb.”
-Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
Seterusnya,
عن مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ ” – رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda : “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah) dan dosa orang yang bermusuhan.”
-Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
Seterusnya,
عَنْ عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ” – رواه ابن ماجه .
Hadis daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda : “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian …sehinggalah terbitnya fajar.”
-Riwayat Ibnu Majah.
Tidaklah mengapa seandainya membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod (menjadikannya sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’ yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : “كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ مَاشِيًا وَرَاكِبً” – متفق عليه .
Hadis daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta melakukannya secara berterusan.”
-tamat
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertamanya :
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.” Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Keduanya :
Sifatnya adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.” -tamat
Kesimpulannya :
Maka menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Sumber :
Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.
Sumber Ambilan : Http://ElmanSyud.Blogspot.Com
Assalamu’alaikum,
saya sangat senang dengan blog ini dengan demikian lebih banyak lagi blog yang sejalan dgn sunnah Rasulallah saw. Saya juga telah membaca isi situs http://www.everyoneweb.com/tabarruk. Disitus ini banyak sekali dalil2 yg sangat jelas. Saya ingin mengkopi saja daftar isinya jadi para pembaca bila berminat bisa langsung membuka situs diatas ini dan memilih bab yang dikehendaki. Daftar isinya sbb:
DAFTAR ISI
Bab 1
Sebuah pengantar
•Dalil-dalil larangan mensesatkan, mengkafirkan sesama muslimin !
Bab 2
. Siapa golongan Wahabi/Salafi dan bagaimana fahamnya ?
• Sekelumit pengantar tentang sekte Wahabi/Salafi
•Riwayat singkat Muhammad Ibnu Abdul Wahhab
•Memonopoli ajaran Tauhid dan pengkafiran terhadap para ulama
•Penentangan terhadap Muhammad Ibnu Abdul Wahhab.
•Apakah Syeikh Sulaiman Ibnu Abdul Wahhab telah bertobat ?
•Tauhid Rububiyyah
•Tauhid Uluhiyyah
•Definisi Ibadah berdasarkan pemahaman Al-Qur’an
•Tolok ukur Tauhid Dan Syirik?
•Apakah Kemampuan atau Ketidak-mampuan merupakan tolok ukur Tauhid dan Syirik?
•Apakah Al-Qur’an hanya bisa diartikan secara tekstual atau literal?
•Tajsim/Penjasmanian dan Tasybih/Penyerupaan Allah swt. kepada makhluk-Nya
•Siapakah Syekh Muhammad Nashiruddin al-Albani
•Al-Albani melemahkan beberapa hadits dari Imam Bukhori dan Imam Muslim dan….
•Nama-nama ulama (berbagai madzhab) pengeritik al-Albani
Bab 3
Masalah taqlid (ikut-ikutan) kepada Imam Madzhab
•Dalil kewajiban bertaqlid ketika tidak mampu berijtihad
•Pembelaan al-Albani pada Syeikh Khajandi
•Dialog antara Dr.Sa’id Ramdhan al-Buuti dengan anti madzhab
•Tidak boleh mencari-cari keringanan ajaran yang paling mudah dan ringan dari Ulama
Bab 4
Bid’ah yang diperselisihkan
•Apa yang dimaksud Bid’ah dalam hadits Rasulallah saw.?
•Contoh-contoh Bid’ah yang diamalkan para Sahabat pada zaman Nabi saw.
•Dalil-dalil yang berkaitan dengan Qadha dalam Sholat
•Sholat sunnah Qabliyah (sebelum) sholat Jum’at
•Mengangkat tangan waktu berdo’a
•Menyebut nama Rasulallah saw.dengan awalan kata sayyidina
•Mengusap wajah seusai berdo’a
•Penggunaan Tasbih waktu berdzikir bukanlah bid’ah sesat
Bab 5
Ziarah Kubur, Membaca Al-Qur’an, Talqin dan Tahlil untuk orang mati
•Dalil-dalil Ziarah kubur
•Ziarah kubur bagi wanita
•Adab berziarah dan berdo’a didepan pusara Rasulallah saw.
•Pembacaan Al-Qur’an di kuburan untuk orang yang telah wafat
•Keterangan dari Ustadz Quraish Shihab
•Pahalanya membaca Al-Qur’an
•Amalan orang hidup yang bermanfaat bagi si mayyit
•Kehidupan ruh-ruh manusia yang telah wafat
•Talqin (mengajari dan memberi pemahaman/peringatan) mayyit yang baru dimakamkan
•Tahlilan/Yasinan
•Keterangan singkat tentang Haul (peringatan tahunan)
•Dalil-dalil orang yang membantah dan jawabannya
•Pahala sedekah untuk orang yang telah wafat
•Pahala Puasa dan Sholat untuk orang yang telah wafat
•Pahala Haji untuk orang yang telah wafat
•Membaca Al-Qur’an
•Keterangan singkat sholat jenazah yang ghoib
•Membangun masjid disisi kuburan
•Memberi penerangan terhadap kuburan
•Membangun kubbah diatas kuburan
Bab 6
Faedahnya kumpulan/majlis dzikir dan dalilnya
•Dalil-dalil dzikir dan uraian ulama-ulama pakar mengenai majlis dzikir
•Dalil mereka yang melarang dzikir secara jahar dan jawabannya
Bab 7
Sekelumit macam-macam makalah
•Berjabatan tangan antara lelaki dan wanita ajnabiyyah (bukan muhrim)
•Sekelumit tentang berjabat tangan seusai sholat
•Kewajiban membaca Al-Fatihah didalam sholat baik untuk ma’mum maupun imam.
•Kewajiban Membaca Basmalah di Awal surat Al-Fatihah
•Tidak mengerak-gerakkan jari telunjuk ketika Tasyahhud
•Tata cara singkat Haji dan ‘Umrah dan sunnah-sunnahnya
•Keterangan singkat mengenai Ru’ya Hilal
Bab 8
Maulidin Nabi Muhammad saw.serta mengagungkan Nabi saw.
•Keterangan singkat mengenai peringatan Maulidin Nabi saw.
•Cara-cara memperingati hari-hari Allah
•Nama-nama kitab yang menulis riwayat hidup Rasulallah saw.
•Dalil-dalil dan manfaat yang berkaitan dengan peringatan Maulidin Nabi saw.
•Pendapat para Ulama dan tokoh cendekiawan Muslim
•Masalah berdiri waktu pembacaan Maulid
•Sekelumit makalah
•Sekelumit tentang peringatan Isra dan Mi’raj Rasulallah saw.
•Mengagungkan Nabi Muhammad saw.
•Syair-syair untuk Nabi saw. dari para sahabat
•Mencampur aduk antara Ta’dim/pengagungan dan Ibadah
•Sekelumit tentang peringatan Isra dan Mi’raj Rasulallah saw.
•Rasulallah saw.bukan manusia biasa tapi manusia sempurna/Kaamil
Bab 9
Wasithah/Tawassul dan Tabarruk
•Sekelumit pengantar makna tawassul
•Ayat-Ayat al-Quran yang berkaitan dengan Tawassul / Istighotsah
•Tawassul dengan Nama-Nama Allah yang Agung
•Tawassul melalui Amal Saleh
•Tawassul melalui Do’a Rasul
•Tawassul melalui Do’a Saudara Mukmin
•Tawassul melalui Diri Para Nabi dan Hamba Saleh
•Tawassul melalui Kedudukan dan Keagungan Hamba Sholeh
•Hadits-Hadits tentang Legalitas/pembolehan Tawassul / Istighotsah
•Prilaku Salaf Saleh Penguat Legalitas Tawassul / Istighotsah
•Tawassul kepada Rasulallah saw. dikala wafatnya
•Pengertian tawassul menurut Ibnu Taimiyyah
•Muhammad Ibnu Abdul Wahhab Imamnya madzhab Wahabi/ Salafi tidak mengingkari tawassul
•Diantara dalil-dalil orang yang membantah dan jawabannya
•Tabarruk
•Berkah dan Tabarruk dalam al-Quran
•Dalil-dalil Tabarruk para Sahabat dari bekas air wudhu Nabi saw.
•Dalil Tabarruk anak-anak para Sahabat pada Nabi saw.
•Tabarruk para Sahabat dengan keringat, rambut dan kuku Nabi saw.
•Dalil Tabarruk para Sahabat dari gelas Nabi saw.
•Tabarruk para Sahabat dari tempat tangan dan bibir Nabi saw.
•Tabarruk Para Sahabat dari Peninggalan dan Tempat Shalat Nabi
•Tabarruk para Sahabat dari Tempat Shalat Nabi saw.
•Dalil Tabarruk dari Pusara (Kuburan) Rasulallah saw.
•Antar Para Sahabat pun Saling Bertabarruk
•Jenazah dan Kuburan/Pusara Ulama yang Diambil Berkah
•Golongan Wahabi/Salafi (pengingkar) mengisukan dan jawabannya
Bab 10
Amalan-amalan Nishfu Sya’ban& Bulan Rajab
•Cara ibadah, berdo’a pada malam nishfu Sya’ban
•Dalil-dalil orang yang membantah dan jawabannya
•Ibnu Taimiyyah menghidupkan malam nishfu Sya’ban dengan amalan khusus
•Amalan ibadah pada bulan Rajab
Bab 11
Kemuliaan Keturunan (Ahlul Bait) Rasulallah saw.
•Sekelumit sejarah dinasti Bani Umayyah dan dinasti Bani Abbasiyyah
•Dalil-dalil tentang kewajiban untuk mencintai Ahlul-Bait/Keturunan Rasulallah saw.
•Tafsir Singkat Surat Al-Kautsar
•Ramalan akan datangnya Rasul dalam catatan kitab Hindu, kristen, yahudi dan persi
•Pendapat Syekh Ali Tantawi dan saudara Segaf Ali Alkaff/Jeddah
•Hadits yang diriwayatkan cucu Nabi saw. yang keenam
•Pendapat Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz
•Pendapat Prof.Dr.HAMKA
•Hadits-hadits tentang akan munculnya Imam Al-Mahdi
•Pendapat para ulama tentang “Siapakah yang dimaksud Ahlul-Bait” ?
•Pengertian mengenai kata dzurriyyat atau keturunan
•Keturunan yang dijuluki Syarif/Sayyid
•Kalimat hadits Al-Kisa’
•Keterangan mengenai hadits Tsaqalain & Kitabullah wa sunnati
•Kalimat hadits Tsaqalain (dua bekal berat)
•Hadits tentang kemuliaan dan kedudukan keturunan Rasul saw.
•Kalimat hadits Safinah (Perahu)
•Pendapat Imam Turmudzi tentang makna hadits Tsaqalain, Safinah
•Sanggahan/Jawaban para ulama terhadap pendapat Imam Turmudzi
subhanallah blok ini bagus banget……
dan sangat luas pembahasannya….
Subhanalloh, dgn bgini membuktikan bhw Alloh adalah maha besar. Belajar adalah suatu keharusan. Jazakumullah khairan katsiraa
Subhanallah…..penjellasan yg arif dan tidak menyesatkan umat……..