Warisan Rasulullah sollahu ‘alaihi wa sallam~ Dalam Zaman yang terlalu moden ini,ramai yg terlepas pandang akan ‘Sohbah Ulama’ iaitu Duduk dengan Ulama. Orang kata:’Berkat berkat datang majlis ilmu!’ Berkat itu suatu perkara ma’nawi.Saat-saat kita bersama mereka,itulah yang banyak memainkan peranan dalam membentuk akhlak rabbani.Walau berjuta kitab yang dibaca dan dikhatam,tapi jika tidak bersama ulama,tetap kurang keberhasilannya.Kerana apa yang kita baca itu,selalu kita lupa dan kekadang tidak dapat tergambarkan.Akan tetapi,apabila kita melihat sendiri ulama’,yang dari peribadinya sendiri sudah dapat mentafsirkan segala kitab2 yang dibaca,ia lebih terkesan dalam diri.Dan kesannya amat mendalam. Dengar seorang makcik berkata pada teman2nya: ‘Buat apa salam2 sheikh2 ni.Orang yang salam sheikh2 ni kata berkat berkat.mana ade berkat!besar-besarkan sheikh sedangkan Rasulullah punca segala keberkahan!’ Inilah diantara hasil apabila orang yang ingin sampai kepada Rasulullah tetapi tidak berguru.Kalau kita berguru,kita tidak akan timbulkan kenyataan2 seperti itu.Bukankah Rasulullah sendiri mengajarkan menghormati orang yg lebih tua,tidak kirelah dari sudut apa pun.Dan cara penghormatan kan ade pelbagai.Berapa banyak riwayat2 yang menunjukkan bahawa bersalaman mencium tangan adalah dari amalan para salafussoleh.Kalau orang Islam sendiri tidak menghormati ulama’,Mahu tunggu agama lain menghormati para ulama kita?!Kalau BUKAN KITA,siapa lagi??? Firman Allah s.w.t: ذٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati Syiar-syiar agama Allah maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin. ~Surah Al-Haj:32 Dan para ulama itu adalah diantara syiar-syiar Allah. Dan tidak bererti,apabila kita membesarkan guru kita,kita meremehkan Rasulullah.Rasulullah itu insan yang paling agung secara mutlak dan tak perlu dipertikaikan lagi tentang keagungannya. Akhirnya,kerana tanpa guru,apa yang diucapkan hanya dibibir saja tetapi tidak dapat menzahirkan kecintaan itu pada perbuatan.Sehingga menimbulkan pertanyaan pada diri:’bagaimana boleh berlaku percanggahan antara perbuatan dan perkataan ?’Bila dikaji-kaji,rupanya mereka tiada seseorang yang boleh menunjukkan bagaimana Rasulullah itu sebenarnya. Bagaimana kita nak tahu Rasulullah begini begitu tanpa seorang guru?! Jangan kita cuba melanggar sunnatullah.Allah sudah tetapkan untuk mendapatkan ilmu itu perlu berguru.Lihat saja kisah sayyidina khidir dengan Nabi Musa.Nabi Musa yang sudah jelas kedudukannya sebagai Rasul,kedudukan yang tertinggi,kenapa Allah minta beliau untuk bertemu Sayidina khidir untuk mengajarkan ilmu?Boleh saja,Allah sendiri berikan terus.Tetapi,Allah ingin mengajarkan sesuatu.Rasulullah juga mendapat Wahyu melalui Malaikat Jibril. Kata seorang Sheikh (dipanggil sidi Mustasyar) :’Kalau Rasulullah itu mencerminkan AlQuran,Ahli beitnya pula mencerminkan Rasulullah’ Jadi,kalau mahu tahu rahsia2 berkenaan dengan Rasulullah adalah melalui ahli beitnya.Merekalah yang mewarisi khazanah2 Rasulullah s.a.w.Kalau diperhatikan dari para sheikh(ulama) yang berketurunan Rasulullah s.a.w,terdapat suatu kelainan dari yang lain. Ini alfaqir sendiri merasai.Alhamdulillah,diberi kesempatan pada alfaqir merasa cebisan dari tarbiyah Al-Habib Umar Ibn Hafiz.Bila sudah melalui sendiri hadis2 Rasulullah dan segala apa yang berkaitan dengannya,Kita akan teringatkan guru yang mengajar kita itu semua…’Ya Allah,ini semua apa yang habib ajarkan pada kami dan ini semua apa yang habib buat.’Itu sebab perlu belajar dan banyak membaca serta berguru. Dalam situasi apa pun dihadapi,Orang yang pertama yang alfaqir tergambar di fikiran adalah wajah Al-Habib Umar dan dengan sendirinya terdengar kalamnya yang penah disebut-sebutkan di pengajian.Kenapa beliau yang pertama di fikiran?Kerana kita sudah melihat atau dengar sendiri perbuatan seorang ulama’ Rabbani yang mencerminkan peribadi Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam. Contoh… Kalau orang memarahi kita dengan menuduh berbagai tuduhan,biasalah sebagai insan biasa,pasti kita akan membalas semula kemarahan itu.Tetapi selepas itu,apabila sudah redha kemarahan ini,terfikir semula(apa yg dilalui sendiri) ‘kalau habib dalam situasi itu,habib akan senyum dan biarkan orang itu memarahinya tanpa perlu menjawab’.Wajah serta senyuman guru kita itu dulu yg akan tergambar dan secara automatik kita dapat rasakan bagaimana pula Rasulullah menghadapi dalam situasi seperti itu ketika beliau mencaci oleh kaum musyrikin… Bila mengenangkan itu semua…mengalir airmata ini ‘Ya Allah indahnya akhlak Rasulullah…kenapa hal yang kecil pun aku tidak mampu sabar?’ Dalam saat yg sama,teringat pula kalam Rasulullah :’la taghdob la taghdob la taghdob'(jangan marah 3x) Ya Rasulullah,aku sudah kalah dengan kemarahanku sendiri.Aku mohom maaf kerana menyakiti salah seorang dari ummatmu. Dan dari kesedaran itu,menimbulkan rasa hinanya diri dan ingin memulakan huluran maaf kerana dalam setiap apa pun,Rasulullah akan mulakan dulu.Rasulullah lah yang menghidupkan konsep ALQuran ‘izillatin ‘alal mu’minin aizzatin ‘alal kafirin'(merendahkan diri pada orang Mukmin,membesarkan diri pada orang Kafir).Tapi KITA,terbalik pula ‘azillatin alal kafirin aizzatin alal mu’minin'(merendahkan diri pada orang kafir,membesarkan diri pada orang mukmin).Allah… Kalau kita tidak mampu mengkhususkan masa kita untuk membaca secara bersendirian,Kita pergi kelas2.Tidak mengapalah jika selepas dari kepulangan kita dari kelas2 itu meletihkan badan kita hingga kita tidak berkesempatan untuk membaca bacaan tambahan.Ia lebih baik dari anda mempunyai banyak masa untuk bacaan tambahan tapi tanpa berguru. Kesempatan kita bersama ulama di Mesir adalah satu kesempatan yang tidak akan perolehi di tanahair kita.Kalau baca kitab kerana inginkan maklumat tambahan,baca sendiri pun boleh.Tetapi,Ada TUJUAN yang lebih BESAR kenapa kita perlu talaqi kitab dengan ulama iaitu kita ingin ‘Menyelongkari RAHSIA yang Rasulullah wariskan pada para ulama’nya’. Kalau nak tahu rahsianya…perlu duduk bersama mereka! Ya Allah, Ku rindukan tarbiyahnya, Jangan Engkau haramkan aku untuk menghdiri majlis Ilmunya…

http://almaarif87.blogspot.com/