Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Soalan lazim pasal pondok

Lazada Malaysia

Posted on Disember 28, 2015 by albakriah
Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok
1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar
2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar
3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran
4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka tiap Sabtu dan Ahad sepanjang tahun kecuali bila cuti panjang iaitu
– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal
5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal
6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya dating belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar
7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di al-bakriah.com.my adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar
8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan.

Lazada Malaysia

Advertisements
Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Daftar baru Pondok Pasir Tumboh dibuka mulai 16 Januari 2016

Lazada Malaysia

Posted by albakriah
Makluman bahawa daftar baru kemasukan Pondok Pasir Tumboh akan bermula pada Sabtu 6 Rabiul Akhir 1437H / 16 Januari 2016M ini.
Proses pendaftaran dibuka tiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari tarikh tersebut hingga awal Bulan Sya’aban 1437H
maklumat lanjut layari al-bakriah.com.my
Antara syarat kemasukan pelajar baru Pondok Pasir Tumboh
1. Bersih daripada sebarang jenayah dan kes polis seperti dadah, mencuri dan sebagainya
2. Datang bersama ibubapa/penjaga atau waris terdekat
3. Mendapat keizinan untuk belajar terlebih dahulu daripada Tuan Guru Hj Wan Muhamad Mudir madrasah atau pun timbalannya (selepas siap proses daftar)
4. Bagi pelajar sementara disyaratkan sekurang-kurangnya belajar di pondok ini selama 2 bulan (jika sebulan boleh dipertimbangkan jika ada kekosongan tempat tinggal)
5. Bagi pelajar muslimin disyaratkan berumur 16 tahun ke atas tetapi dibenarkan juga pelajar berumur 13-15 tahun dengan syarat mempunyai penjamin yang berada dalam kawasan pondok yang sanggup mengawalnya ( bagi pelajar yang tidak cukup syarat ini sila rujuk pejabat bagi mendapat nasihat untuk belajar di beberapa pondok pilihan yang lain )
6. Tidak merokok atau sanggup meninggalkan tabiat merokok
7. Sanggup mematuhi segala peraturan madsarah sepanjang masa

Kelengkapan pendaftaran pelajar baru L/P ke Pondok Pasir Tumboh
1. Sila fotostat kad pengenalan atau passport antarabangsa
2. Fotostat kad pengenalan ibubapa pelajar
3. Sediakan gambar berukuran passport sebanyak 3 keping
4. Diwajibkan menyerah surat berhenti sekolah atau tempat pengajian terakhir ketika mendaftar diri ( sebarang proses pendaftaran tidak akan dibuat sehingga syarat ini dipenuhi)
– Bagi pelajar sementara dari kalangan siswa IPT atau lepasan SPM/STAM/STPM boleh fotostat sjil SPM, PMR, PT3, SMU atau seumpamanya
5. Diwajibkan menghantar surat jaminan mengenai akhlak pelajar samada daripada Tuan Imam atau penghulu kampung ketika mendaftar diri.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Sejarah Bermulanya Kalender Hijrah Islam

Lazada Malaysia

Posted by aswj-rg.com

Dalam literatur sejarah Islam, kalender Qamariyyah merupakan perhitungan milik bangsa Arab jauh sebelum Islam datang. Mereka jugalah yang menciptakan nama-nama 12 bulan Qamariyyah. meskipun dalam perjalanan panjangnya, kalender tersebut digunakan sebagai sarana kaum muslimin dalam menentukan puasa, miqat haji, hari raya dan hal-hal lain. Hanya saja, sebelum era kepemimpian Khalifah kedua, yaitu Saidina Umar bin Khaththab radhiyallahu ‘anhu, penggunaan kalender Qamariyyah sebagai kalender Islam belum rasmi digunakan. Sejarah mencatat, kalender tersebut secara rasmi digunakan dimulai sejak era kepemimpinan beliau dan awal Muharram dijatuhkan pada kejadian bersejarah, yakni hijrahnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekkah ke Madinah. Dengan demikian, di zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam belum ada penanggalan secara rasmi yang digunakan sebagai kalender Islam, meskipun sebahagian sejarawan menyatakan sudah ada.

1476762_10201216862329647_2027166840_n

Latar belakang diciptakannya kalender Islam oleh Shahabat Umar bin Khaththab radhiyyallahu ‘anhu ada beberapa riwayat. Dan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/305) menuturkan tiga riwayat berbeda yang melatar belakangi diresmikannya kalender Islam.

Riwayat Pertama:

وَذَكَرُوا فِي سَبَبِ عَمَلِ عُمَرَ التَّارِيْخَ أَشْيَاءَ مِنْهَا مَا أَخْرَجَهُ أَبُو نُعَيْمٍ الفَضْلُ بنُ دَكِيْنَ فِي تَارِيْخِهِ وَمِنْ طَرِيْقِهِ الحَاكِمِ مِنْ طَرِيْقِ الشَّعْبِيّ أَنَّ أبَا مُوْسَى كَتَبَ إِلىَ عُمَرَ أَنَّهُ يَأْتِيْنَا مِنْكَ كُتُبٌ لَيْسَ لَهَا تَارِيْخٌ

“Ulama menyebutkan beberapa riwayat, dalam sebab Shahabat Umar membuat kalender. Sebahagian darinya adalah riwayat yang dikeluarkan Abu Nu’aim Fadhl bin Dakin dalam Tarikh-nya, dan dari jalur riwayatnya ada al-Hakim, dari asy-Sya’bi, bahwa Abu Musa al-Asy’ari menulis surat kepada Umar: “Sungguh datang beberapa surat Anda kepada saya tanpa ada tanggalnya”.

Riwayat pengiriman surat dari Shahabat Abu Musa al-Asy’ari ketika menjadi gabenor Bashrah Iraq kepada Khalifah Umar bin Khaththab inilah yang paling masyhur.

Riwayat Kedua:

رَوَى أَحْمَدُ وَأَبُو عَرُوْبَةَ فِي الأَوَائِلِ وَالبُخَارِيّ فِي الأَدَبِ والحَاكِمُ مِنْ طَرِيْقِ مَيْمُوْنَ بنِ مِهْرَانَ قَالَ رُفِعَ لِعُمَرَ صَكٌّ مَحِلُّهُ شَعْبَانُ فَقَالَ أَيُّ شَعْبَانٍ الماَضِي أوْ الَّذِي نَحْنُ فِيْهِ أَوِ الآتِي ضَعُوْا لِلنَّاسِ شَيْئًا يَعْرِفُوْنَهُ

“Imam Ahmad, Abu Arubah dalam al-Awail, al-Bukhari dalam al-Adab, dan al-Hakim meriwayatkan dari jalur Maimun bin Mihran (Mahran), ia berkata: “Dilaporkan kepada Umar sebuah yang diberi catatan yang jatuhnya bulan Sya’ban. Kemudian Umar berkata: “Sya’ban yang lalu atau Sya’ban sekarang ini, atau yang akan datang? Buatlah sesuatu untuk masyarakat supaya mengetahuinya”.

Riwayat Ketiga:

رَوَى ابْنُ أَبِي خَيْثَمَةَ مِنْ طَرِيْقِ ابْنِ سِيْرِيْنَ قَالَ قَدِمَ رَجُلٌ مِنَ اليَمَنِ فَقَالَ رَأَيْتُ بِالْيَمَنِ شَيْئًا يَسُمُّوْنَهُ التَّارِيْخِ يَكْتُبُوْنَهُ مِنْ عَامِ كَذَا وَشَهْرِ كَذَا فَقَالَ عُمَرُ هَذَا حَسَنٌ فَأَرِّخُوْا

“Ibnu Abi Khaitsamah dari jalur Ibni Sirin, ia berkata: “Seorang laki-laki datang dari Yaman, ia berkata: “Aku di Yaman melihat sesuatu yang mereka sebut tarikh, mereka menulisnya dari tahun ini, dan bulan ini”. Kemudian Umar berkata: “Ini bagus, buatlah kalender!”.

Kemudian menurut cerita yang masyhur, Umar bin Khaththab mengumpulkan shahabat Nabi untuk membahas permulaan tahun Qamariyyah.

Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/305) menulis:

فَجَمَعَ عُمَرُ النَّاسَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ اَرِّخْ بِالمَبْعَثِ وَبَعْضُهُمْ اَرِّخْ بِالِهجْرَةِ فَقَالَ عُمَرُ الهِجْرَةُ فَرَّقَتْ بَيْنَ الحَقِّ وَالبَاطِلِ فَأَرِّخُوْا بِهَا وَذَلِكَ سَنَةُ سَبْعَ عَشَرَةَ

“Maka kemudian Umar mengumpulkan para shahabat, maka sebahagian dari mereka mengusulkan: “Buatlah kalender dengan mulai dari Rasulullah diangkat menjadi Nabi!”. Yang lain mengusulkan: “Buatlah kalender mulai hijrah!”. Maka Umar berkata: “Hijrah memisahkan antara yang haq dan yang batil, maka buatlah tanggal dengan hijrah”. Dan itu terjadi di tahun 17 hijriyyah”.

Dan setelah disepakati kapan mulai kalender, yaitu peristiwa hijrah, maka shahabat kembali bermusyawarah, bulan apa yang pertama kali dibuat permulaan tahun. Dalam hal ini, al-Hafizh Ibnu Hajar kembali menulis:

فَلَمَّا اتَّفَقُوا قَالَ بَعْضُهُمْ ابْدَءُوا بِرَمَضَانَ فَقَالَ عُمَرُ بَلْ بِالُمَحَرَّمِ فَإِنَّهُ مُنْصَرِفُ النَّاسِ مِنْ حَجِّهِمْ فَاتَّفَقُوا عَلَيْهِ

“Maka tatkala mereka bersepakat, maka sebahagian dari mereka mengusulkan: “Mulailah dengan bulan Ramadhan!”. Kemudian Umar berkata: “Bukan, seharusnya bulan Muharram, karena itu adalah bulan dimana para jama’ah haji pulang dari hajinya”. Kemudian mereka bersepakat”.

Al-Hafizh Abdurrauf al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (I/134) menukil ucapan al-Hafizh Ibnul Jauzi yang menceritakan tentang sejarah kalender. Ia berkata: “Tatkala populasi keturunan Nabi Adam sudah mulai banyak, mereka membuat kalender di permulai dari turunnya Nabi Adam ke bumi, dan kalender tersebut berlaku sampai bencana banjir besar (zaman Nabi Nuh), kemudian sampai zaman Nabi Ibrahim al-Khalil dibakar api, kemudian sampai zaman Nabi Yusuf, kemudian sampai zaman Nabi Musa saat beliau keluar dari Mesir yang membebaskan (perbudakan) kaum Bani Israil, kemudian sampai zaman Nabi Dawud, kemudian sampai Nabi Sulaiman, kemudian sampai Nabi Isa. Sebahagian pendapat mengatakan bahwa orang Yahudi sudah membuat kalender mulai dari runtuhnya Baitul Maqdis, dan orang Nashrani membuat kalender mulai dari saat Nabi Isa diangkat ke langit. Adapun kalender Islam, maka sesuai riwayat al-Hakim dalam al-Iklil dari az-Zuhri dengan status mu’dhal, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, Nabi Terpilih ketika datang ke Madinah menitahkan untuk membuat kalender, maka ditulislah bahawa kejadian tersebut terjadi di bulan Rabi’uil Awal. Imam al-Hakim dan ahli hadits lain juga meriwayatkan bahwa di era kekhalifahan Umar bin Khaththab, beliau mengadakan sidang dengan mengumpulkan beberapa shahabat di tahun ke-17 Hijriyyah. ketika itu sebahagian hadirin mempunyai usul: “Sebaiknya kalender di mulai dari saat Rasulullah diangkat menjadi Nabi”. Dan yang lain berpendapat: “Mulai dari hijrah Rasulullah”. Kemudian Umar bin Khaththab berkata: “Hijrah adalah momentum yang memisahkan antara haq dan bathil”, maka akhirnya mereka menetapkan penanggalan dari hijrah dan semua hadirin sepakat”.

Mereka tidak memulai penanggalan dari saat Rasulullah diangkat menjadi Nabi, lantaran penentuan waktunya yang masih diperselisihkan, dan tidak dari saat wafatnya Rasulullah, lantaran yang demikian itu bisa mengingatkan kembali kesedihan berpisah dengan beliau, dan juga tidak dimulai saat Rasulullah datang ke Madinah”

Dan alasan kenapa Muharram menjadi awal tahun Hijriyyah (Qamariyyah) adalah sebagaimana disebutkan al-Munawi dalam Faidh al-Qadir (I/134):

وَإِنَّمَا جَعَلُوْهُ مِنْ أَوَّلِ المحَرَّمِ لِأَنَّ ابْتِدَاءَ العَزْمِ عَلَى الِهجْرَةِ كَانَ فِيْهِ إذْ البَيْعَةُ كَانَتْ فِي ذِيْ الحِجَّةِ وَهِيَ مُقَدِّمَةٌ لَهَا وَأَوَّلُ هِلاَلٍ هَلَّ بَعْدَهَا المحَرَّمُ وِلِأَنَّهُ مُنْصَرِفُ النَّاسِ مِنْ حَجِّهِمْ فَنَاسَبَ جَعْلُهُ مُبْتَدَأً

“Mereka mengawali dengan bulan Muharram lantaran di bulan tersebut tekad hijrah diawali, karena baiat (aqabah) terjadi di (pertengahan) bulan Dzul Hijjah dan peristiwanya terjadi lebih dahulu daripada hijrah. Dan juga bulan yang muncul setelah Dzul Hijjah adalah Muharram. Alasannya juga karena Muharram adalah ketikanya para jamaah haji pulang dari ibadah hajinya, maka pantas jikalau penanggalan dimulai dari bulan tersebut”.

Dan kita tahu bahawa ketika hijrah Rasulullah sampai di Madinah pada tarikh 12 Rabi’ul Awal atau bertepatan dengan 24 September 622 M. sehingga permulaan kalender dijatuhkan pada bulan Muharram adalah dimundurkan dua bulan.

Cerita diatas memantapkan bahwa ditetapkannya kalender Islam adalah hasil persetujuan musyawarah Sayyidina Umar bin Khaththab dengan beberapa shahabat. Namun bukan berarti beliau adalah orang yang membuat-buat nama bulan hijriyyah. Karena sebagaimana penjelasan diatas bahwa nama-nama bulan Qamariyyah sudah ada di zaman sebelum Islam.

Dalam al-Qur’an disebutkan jumlah bulan Qamariyyah, dan dalam hadits Rasulullah disebutkan secara jelas nama-nama bulan Qamariyyah tersebut yang berjumlah 12.

Allah berfirman:

إِنَّ عِدَّةَ الشُّهُورِ عِنْدَ اللَّهِ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا فِي كِتَابِ اللَّهِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ

“Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, diantaranya empat bulan haram”. (QS. At-Taubah: 36).

Dalam sebuah hadits shahih disebutkan:

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الزَّمَانَ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ

“Dari Nabi shallallahu ‘alai wasallam bersabda: “Sesungguhnya zaman telah berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun adalah dua belas bulan yang diantaranya adalah empat bulan mulia; yang tiga berturut-turut; Dzul Qa’dah, Dzul Hijjah dan Muharram, dan Rajab-nya Kabilah Mudhar adalah antara Jumada dan Sya’ban” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari hadits diatas mengantarkan kepada satu faham bahawa nama-nama hari telah dicetuskan dalam Islam dan Allah telah menetapkan urutannya.

Kesimpulannya, kalender Qamariyyah yang menggunakan peredaran bulan telah digunakan oleh Arab jahiliyyah dan era Rasulullah. Hanya saja penggunaan rasmi kalender hijriyyah yang berdasar bulan Qamariyyah yang dipermulai dari Muharram rasmi dimulai di zaman Sayyidina Umar bin Khaththab.

Ustaz Nur Hidayat

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Jumlah kadar peratus bonus Tabung Haji TH 2015-2016

Lazada Malaysia

Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka akan mengumumkan bonus tahunan bagi kewangan berakhir 31 Disember 2015 kepada pendeposit pada minggu terakhir bulan Januari 2016 Kadar peratusan bonus tahunan Tabung Haji yang bakal diumumkan itu dijangka kompetitif dengan kadar pulangan akaun deposit tetap Perbankan Islam dan Konvensional Kadar Kenaikan Peratus Bonus Tahunan Dan Bonus Tabung Haji 2015 Seandainya tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 Tabung Haji mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan, selain ‘Bonus Tahunan’ pendeposit turut mendapat pulangan pemberian ‘Bonus Haji’ seperti tahun sebelumnya Info Bonus Haji Bonus haji adalah bonus khas yang diberi kepada para pendeposit TH yang belum pernah menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji semasa Pemberian Bonus Haji menunjukkan keiltiziman TH dalam menjaga kebajikan para pendeposit Berikut adalah carta senarai agihan pendapatan peratusan Bonus Tahunan Tabung Haji (TH) dan Bonus Haji bagi tahun terdahulu dan terkini Tahun Bonus Tahunan (TH) Bonus Haji 2011 6.5% tiada 2012 6.5% 1.5% 2013 6% 2% 2014 6.25% 2% 2015 Belum diumumkan Nota Kadar peratusan pendapatan Bonus Tahunan Dan Bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 akan dinyatakan pada ruangan diatas sebaik sahaja ia diumumkan. Sila nantikan kemaskini selanjutnya Pengiraan Bonus Pendeposit TH 2015 adalah seperti berikut: Bonus Pengiraan Bonus Tahunan TH(%) (Baki purata minima bulanan akaun TH (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x (%) *Bonus Haji (%) 1. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan kurang dari bayaran Haji (RM9,980) -> (Baki purata minima bulanan (Jan-Dis 2015)/12 bulan) x % 2. Akaun simpanan yang baki purata minima bulanan melebihi bayaran Haji (RM,9980) -> RM9,980 x % Semakan Pengkreditan Bonus Tahunan Tabung Haji 2015 Para pendeposit boleh menyemak pengkreditan Bonus Tahunan Tabung Haji 2015 melalui kaunter Tabung Haji dan ATM bank-bank rakan strategik Tabung Haji iaitu Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamic mulai tarikh yang akan dimaklumkan kemudian

Pautan Sumber: mysumber.com

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Semakan PLKN 2016 online

Lazada Malaysia
Informasi kepada remaja kelahiran tahun 1998 juga bakal terpilih sebagai pelatih PLKN 2.0 dijangka boleh membuat semakan pada satu tarikh dalam bulan Januari 2016 bagi mengetahui sama ada terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2016, PLKN 2.0 Pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan menyediakan perkhidmatan semakan secara atas talian (online) dan sistem pesanan ringkas (SMS) bagi memudahkan mereka yang terbabit mengetahui sama ada terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 2.0) Latihan PLKN 2.0 dijadualkan bermula (dibuka) pada 26 Mac tahun 2016 di 81 kem seluruh negeri dan tempoh pelaksanaan latihan PLKN adalah selama dua bulan SEMAKAN PLKN 2016 ONLINE DAN SMS SENARAI NAMA CALON TERPILIH Dalam pada itu, mereka yang terlibat boleh mendapatkan maklumat seperti tarikh rasmi untuk membuat semakan nama dan penempatan kem serta info-info berkaitan menerusi ruangan tersedia seperti berikut Semakan Online Senarai Nama Terpilih PLKN 2016 Tarikh rasmi semakan boleh dibuat Pada bulan Januari 2016. Sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan di semasa ke semasa Semakan nama pelatih terpilih PLKN 2.0 secara online KlikSistem Semakan Nama Pelatih Terpilih PLKN 2.0 Sistem semakan secara atas talian (online) nama pelatih terpilih bagi PLKN 2.0 tahun 2016 hanya diaktifkan bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan Semakan Online Penempatan Pelatih Terpilih PLKN 2.0 Tarikh Rasmi semakan penempatan boleh dibuat Bulan Januari 2016 Semakan penempatan pelatih PLKN 2.0 secara online 26 Disember 2015, Sabtu (Kemaskini Info Terkini) Semakan SMS Senarai Nama Terpilih PLKN 2016 Adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut TaipPLKN SEMAK [No KP anda] DAN Hantar ke 15888 Sistem semakan secara SMS nama pelatih terpilih bagi PLKN 2.0 tahun 2016 hanya diaktifkan bermula pada tarikh yang akan dimaklumkan Setiap mesej yang dihantar akan dicaj RM0.15 Setiap mesej yang diterima akan dicaj RM0.20 Semakan SMS Penempatan Pelatih terpilih PLKN2 Adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut INFO PLKN 2.0 PLKN 2016 akan memperkenalkan lapan modul baharu terdiri daripada lima modul utama dan tiga sub modul antaranya seperti berikut 3 Sub Modul Baru Spirituality MyFuture Khidmat Komuniti 5 Modul Utama Fit4Life Latihan Ketenteraan Kemahiran Survival Aktiviti Ekstrim Outdoor Fitness Workout Tech & Talk Pembangunan Interpersonal Permikiran Kreatif dan kritikal Kemahiran Berkomunikasi Persiapan Untuk melangkah Ke Industri Pekerjaan Malaysiaku Dan Be Safe Be Alert Aspek Patriotisme Semangat Cintakan Tanah Air Membina Ketahanan Jati Diri Membina Pemahaman Tentang Cabaran Dan Ancaman iUpgrade Tumpuan Khusus Kepada Pembangunan Individu Experiential learning (pembelajaran berdasarkan pengalaman) Kerjasama Berkumpulan Cara Pemilihan PLKN 2016 Proses pemilihan PLKN 2.0 turut dibuat secara rawak wajib seperti tahun-tahun sebelumnya PLKN akan ditawarkan atau dicalonkan oleh pihak sekolah masing-masing kepada pelajar tingkatan 5 terutamanya kepada mereka yang tidak dapat menyambung pelajaran ke institusi pengajian tinggi MYsumber difahamkan pihak sekolah calon akan mengedarkan borang permohonan sukarela kepada pelajar tingkatan 5 yang betul-betul berminat untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara Bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2015 yang berminat untuk menyertai PLKN pada tahun 2016 nanti boleh berhubung terus dengan pihak sekolah masing-masing bagi mendapat maklumat lanjut Permohonan Kemasukan PLKN 2.0 Secara Sukarela Borang Kemasukan Sukarela PKLN 2016 Permohonan Online Kemasukan Sukarela PLKN Permohonan secara sukarela boleh juga dikemukakan melalui kaunter pameran PLKN yang akan diadakan di peringkat negeri Semakan Status Permohonan Kemasukan Sukarela PLKN Kelayakan umur untuk menyertai PLKN secara sukarela adalah mereka terdiri dari lepasan SPM yang lahir pada tahun semasa (1998) dan dua tahun sebelumnya (1997 & 1996) Tarikh tutup permohonan Kemasukan Pelatih Sukarela PLKN 2.0 (siri 13/ 2016) Secara Atas Talian (online) adalah pada 25 Januari 2016 Maklumat Lanjut Sebarang maklumat yang berkaitan dan pertanyaan boleh layari: Facebook Rasmi JLKN HQ Laman Web Rasmi PLKN Laman Web Rasmi Informasi PLKN Hubungi Talian: No. Tel. Call Centre 03-4027 4227 (Waktu pejabat 8.00 pagi hingga 5.00 petang)

Pautan Sumber: mysumber.com

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Borang permohonan BR1M 2016 pendaftaran online

Lazada Malaysia

Borang permohonan BR1M 2016 pendaftaran online

Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2016 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2016 yang berlangsung di Parlimen pada 23 Oktober 2015 Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan BORANG PERMOHONAN BR1M 2016 DAN PENDAFTARAN ONLINE PEMOHON BARU MELALUI EBR1M Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan kategori berserta nilai atau jumlah bantuan kewangan yang bakal diterima dan cara permohonan terutamanya kepada pemohon baru BR1M KATEGORI ISI RUMAH RM1,000 Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas Pendapatan Kasar Bulanan RM3,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas) Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016 Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250 Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250 Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM250 Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250 RM800 Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan Warga emas (sebatang kara) berumur 60 tahun keatas Pendapatan Kasar Bulanan RM3,001 hingga RM4,000 (termasuk dengan warga emas) Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016 Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM200 Ansuran Fasa 2 (28 April) RM200 Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM200 Ansuran Fasa 4 (28 September) RM200 Nota Kategori isi rumah dan warga emas layak menerima Skim Khairat Kematian yang memberi manfaat kepada waris penerima BR1M dengan bantuan RM1,000, berkuat kuasa selama setahun Info Skim Khairat Kematian Skim Khairat Kematian akan diberi kepada waris penerima BR1M kategori isi rumah dan warga emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016 Sila RujukCara Buat Tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BR1M 2016 Maklumat waris perlu didaftarkan secara online atau manual (guna borang) Hubungan waris dengan pemohon BR1M adalah terhad kepada suami/ isteri/ ibu/ bapa/ anak sahaja KATEGORI BARU : E-KASIH RM1,050 Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Kriteria Seorang lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli keluarga yang tinggal serumah atau ketua keluarga contohnya Berkahwin Ibu atau Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan Bujang (Janda,Duda) yang mempunyai tanggungan Nota: Untuk layak menerima bantuan bagi kategori e-kasih maklumat penerima mesti berada dalam pangkalan data senarai e-Kasih (Data Kemiskinan Nasional) Sila rujukMaklumat Rasmi Berkaitan Kategori E-Kasih BR1M 2016 Pendapatan Kasar Bulanan RM1,000 dan ke bawah (termasuk dengan warga emas) Jadual Tarikh Pembayaran Pembayaran akan dibuat secara berperingkat (bulanan) pada tahun 2016 Ansuran Fasa 1 (28 Januari) RM250 Ansuran Fasa 2 (28 April) RM250 Ansuran Fasa 3 (23 Jun) RM300 Ansuran Fasa 4 (28 September) RM250 KATEGORI INDIVIDU BUJANG RM400 Status Warganegara Malaysia (Menetap Di Malaysia Sahaja) Kriteria Individu (bujang) Berumur 21 tahun ke atas Pendapatan Kasar Bulanan RM2,000 Ke bawah Jadual Tarikh Pembayaran Bayaran sekali gus bermula 28 Januari 2016 Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) TIDAK LAYAK untuk memohon BR1M 2016 bagi kategori Bujang JADUAL TARIKH AGIHAN PEMBAYARAN BR1M 2016 Agihan tarikh pembayaran BR1M tahun 2016 adalah tertakluk kepada perubahan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengar kadar segera BORANG PENDAFTARAN ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2016 : PEMOHON BARU Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan jika menepati kriteria yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan Maklumat dan butiran cara permohonan boleh rujuk kepada ruangan yang tersedia seperti berikut Permohonan Online BR1M 2016 – Pemohon Baru Tarikh rasmi Permohonan BR1M 2016 Dibuka Peringatan! permohonan secara online hanya boleh dibuat dengan menggunakan komputer berikutan aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih Pemohon dinasihatkan mencetak salinan permohonan dan perlu disimpan sebagai rujukan 5 Disember 2015, Sabtu Tarikh Permohonan Ditutup 31 Disember 2015 Pautan Laman Sistem Borang Permohonan Dan Pendaftaran Atas Talian (Online) Sila layari Aplikasi ebr1m 2016 Permohonan Baru Panduan Permohonan Sila layariBuku PDF Panduan Cara Membuat Permohonan Baru BR1M 2016 Pautan Portal Rasmi E-Br1m https://ebr1m.hasil.gov.my Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016 Sila RujukSemakan Status Keputusan Permohonan BR1M 2016 Secara Online Penting! Sila kemukakan permohonan dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat pemohon Permohonan Manual (Guna Borang) BR1M 2016 – Pemohon Baru Tarikh Borang BR1M 2016 Diedarkan 5 Disember 2015, Sabtu Borang Boleh Didapati Melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara Jabatan Pembangunan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan Online di laman sesawang http://www.hasil.gov.my Sila Muat turun (download)Borang Permohonan Baru Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 Info Borang yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan Sila RujukJadual Pembukaan Kaunter BR1M 2016 Di Semua Cawangan LHDNM Pautan Portal Rasmi E-Br1m https://ebr1m.hasil.gov.my Semakan Keputusan Permohonan BR1M tahun 2016 Sila LayariSemakan Status Dan Keputusan Permohonan BR1M 2016 Bagaimana Dengan Penerima BR1M Terdahulu? Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M sebelum ini tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank dan maklumat lain yang berkaitan dengan tepat Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran bantuan kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini Selain itu, penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank pada BR1M 2016 melalui sistem kemaskini bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan Sila rujukMaklumat Dan Cara kemaskini BR1M 2016 Bantuan Rakyat 1Malaysia Disyorkan Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran Sila RujukSenarai Bank Yang Terlibat Bagi Pembayaran BR1M 2016 Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan FAQ : Soalan Lazim Dan Jawapan (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016) Permohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2016 Pengisian Maklumat Waris BR1M 2016 Respon Permohonan Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016 Bagi setiap permohonan yang berjaya pembayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016

Pautan Sumber: mysumber.com

Lazada Malaysia

Lazada Malaysia

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN EMPAT PROGRAM ASRAMA 1MALAYSIA (A1M) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 4 ke Program Asrama 1Malaysia (A1M) akan dibuka sehingga 29 Januari 2016.

Permohonan ke A1M adalah dibuka kepada semua murid Tingkatan 4 Tahun 2016 yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan di seluruh negara.

Murid-murid yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di sekolah-sekolah berikut:

BIL

A1M

NAMA SEKOLAH

ALIRAN

JANTINA

1

A1M KUALA LUMPUR

SMK VICTORIA, KUALA LUMPUR

Aliran Sains (Sains & Mat dalam Bahasa Inggeris)

LELAKI SAHAJA

SMK (L) METHODIST, KUALA LUMPUR

SMK ST JOHN, KUALA LUMPUR

SMK SENTUL UTAMA, KUALA LUMPUR

Sains & Kemanusiaan*

2

A1M JOHOR

SMK (P) SULTAN IBRAHIM, JOHOR BAHRU

Sains Tulen & Kemanusiaan**

PEREMPUAN SAHAJA

3

A1M SABAH

SM MAKTAB SABAH, KOTA KINABALU

Sains & Kemanusiaan***

LELAKI & PEREMPUAN

4

A1M SARAWAK

KOLEJ TUN DATU TUANKU HJ BUJANG, MIRI

Sains Tulen

LELAKI & PEREMPUAN

Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti di dalam Borang Permohonan.

Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Pemilihan peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia.

Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat dan pendaftaran masuk ke A1M dijangka pada 14 Februari 2016.

Semua permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 Januari 2015.

http://www.moe.gov.my/my/pemberitahuan-view?page=1&id=5124

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Status Kisah Merpati, Labah-Labah dan Waktu Hijrah Rasulullah SAW

Lazada Malaysia

Kisah hijrah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari Mekah menuju Madinah bersama shahabat Abu Bakar ash-Shiddiq radhiyallahu ‘anhu dan masuk ke dalam gua Tsur untuk menyelamatkan diri dari dikejar kaum kafir Quraisy, Sebagaimana yang popular di tengah masyarakat, adalah terdapat kisah bahawa Allah mengelabui kaum kafir dengan cara mengutus labah-labah membuat jaring rumahnya dan dua merpati bertelur di mulut gua, sehingga kaum kafir tersebut tidak melihat baginda dan Saidina Abu Bakar yang sedang berlindung dalam gua.

1476762_10201216862329647_2027166840_n

Tetapi kisah inipun tidak luput dari kritikan kaum Wahabi. Salah seorang Wahabi yang menukil ucapan al-Albani berkata:

“Ketahuilah bahwa hadits tentang laba-laba dan dua burung merpati tidak shahih meskipun sangat banyak disebut dalam berbagai kitab dan ceramah seputar hijrahnya Rasulullah ke Madinah”

Tidak shahih versi al-Albani adalah sama sekali tidak dapat dijadikan hujjah atau dalil dalam hal apapun meskipun itu hanya dhaif. Padahal hadits dhaif boleh dibuat hujjah dalam fadhilah amal atau kisah sebagaimana kesepakatan majoriti ulama. Dan faktanya, ulama-ulama besar yang hafizh seperti al-Hafizh Ibnu Katsir, Imam Ibnu Hisyam dan lain-lain juga memasukkan hadits dhaif dalam kitab-kitab kisah mereka.

Dalam menjawab tuduhan tersebut, dapat disampaikan, bahawa terdapat dua hadits yang berbeda, yaitu hadits tentang labah-labah di mulut gua yang statusnya adalah hasan. Dan hadits tentang labah-labah dan dua merpati di mulut gua yang statusnya adalah dhaif atau sangat dhaif menurut sebahagian ulama.

Dalam kitab Sirah al-Qaul al-Mubin fi Sirah Sayyidil Mursalin karya Muhammad Thayyib an-Najjar, dalam ta’liq-nya, saat menyebutkan hadits hasan riwayat Ahmad bin Hanbal tentang laba-laba di mulut goa, disebutkan:

المسند” 2/ 279، وقد حسن الحافظ ابن كثير سند الحديث في “البداية” 3/ 181 وكذلك وقع ذكر العنكبوت والحمامتين، في حديث عن أنس بن مالك، وزيد بن أرقم، والمغيرة بن شعبة، عند البيهقي في “الدلائل” 2/ 482، وابن سعد 1/ 229 وأبي نعيم رقم 229، وابن عساكر كما عند ابن كثير في “السيرة” 3/ 181، وقال: هذا حديث غريب جدًّا من هذا الوجه، قلت: وهو ضعيف وقد جاء ذكر نسج العنكبوت من مرسل الحسن، كما في “البداية” 3/ 181 وحسنه الحافظ في الشواهد.

“(Hadith tentang labah-labah di mulut gua ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hijrah ke Madinah) diriwayatkan Imam Ahmad dalam al-Musnad (II/279) dan sanadnya dihasankan oleh al-Hafizh Ibnu Katsir dalam al-Bidayah (III/181), begitu juga masalah labah-labah dan dua burung merpati dalam hadits riwayat dari Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, dan Mughirah bin Syu’bah sebagaimana dalam Dalail an-Nubuwwah karya al-Baihaqi (II/482), Ibnu Sa’ad (I/229), Abu Nu’aim (hadits no: 229), dan Ibnu Asakir, sebagaimana dalam Sirah Ibni Katsir, dan disebut sebagai hadits gharib”. Kemudian dikatakan oleh Muhammad Thayyib Najjar: “Hadits ini dhaif, dan hadits yang menyebut tentang labah-labah dan merpati adalah mursal dari Hasan, sebagaimana dalam al-Bidayah (III/181) dan kemudian dihasankan oleh al-Hafizh dalam syawahid”

Dan penjelasan runut berikut adalah jawaban jelasnya.

Apakah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar hijrah pada siang hari atau malam hari? Demikianlah terkadang pertanyaan muncul ketika membaca kitab-kitab hadits. Maka jawabnya adalah sebagaimana riwayat yang dibawakan al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/278) yang menukil dari Musnad Ahmad dari Abdullah bin Abbas:

تَشَاوَرَتْ قُرَيْشٌ لَيْلَةً بِمَكَّةَ فَقَالَ بَعْضُهُمْ إِذَا أَصْبَحَ فَأَثْبِتُوهُ بِالْوَثَاقِ يُرِيدُونَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ اقْتُلُوهُ وَقَالَ بَعْضُهُمْ بَلْ أَخْرِجُوهُ فَأَطْلَعَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ نَبِيَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى ذَلِكَ فَبَاتَ عَلِيٌّ عَلَى فِرَاشِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِلْكَ اللَّيْلَةَ وَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى لَحِقَ بِالْغَارِ وَبَاتَ الْمُشْرِكُونَ يَحْرُسُونَ عَلِيًّا يَحْسَبُونَهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Kaum Quraisy bermusyawarah pada satu malam di Makkah. Dari mereka ada yang mengusulkan, jika pagi tiba: “Maka tangkap dia dengan tali!”. Maksudnya adalah Rasulullah shallallahu ‘alai wasallam. Sebagian dari mereka usul: “Bunuh saja Muhammad!”. Ada lagi yang usul: “Usir saja Muhammad!”. Maka kemudian Allah Azza wa Jalla memperlihatkan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam rencana tersebut, maka Ali bin Abi Thalib bermalam (tidur) di tempat tidur Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar sampai (dan Abu Bakar) di gua sementara orang-orang musyrik bermalam menjaga Ali, mereka menyangka itu adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” (HR. Ahmad bin Hanbal)

Hadits ini menunjukkan dengan jelas bahwa keberangkatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hijrah adalah dimalam hari.

Kemudian dalam lanjutan hadits diatas:

فَلَمَّا أَصْبَحُوا ثَارُوا إِلَيْهِ فَلَمَّا رَأَوْا عَلِيًّا رَدَّ اللَّهُ مَكْرَهُمْ فَقَالُوا أَيْنَ صَاحِبُكَ هَذَا قَالَ لَا أَدْرِي فَاقْتَصُّوا أَثَرَهُ فَلَمَّا بَلَغُوا الْجَبَلَ خُلِّطَ عَلَيْهِمْ فَصَعِدُوا فِي الْجَبَلِ فَمَرُّوا بِالْغَارِ فَرَأَوْا عَلَى بَابِهِ نَسْجَ الْعَنْكَبُوتِ

“Maka tatkala pagi hari,orang-orang musyrik menyergap Ali. Ketika mereka tahu bahwa itu adalah Ali, Allah mengembalikan makar mereka. Mereka berkata: “Manakah temanmu ini?”. Ali menjawab: “Aku tidak tahu”. Kemudian mereka mencari bekas-bekas pergi Rasulullah, dan ketika sampai di di gunung mereka dibuat bingung kemudian naik ke gunung dan melewati gua, dan melihat di pintu gua ada sarang labah-labah”. (HR. Ahmad bin Hanbal)

Al-Hafizh Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari (VII/278) menilai hadits ini sanadnya hasan.

وَذَكَرَ أَحْمَدُ مِنْ حَدِيْثِ ابْنِ عَبَّاسٍ بِإِسْنَادٍ حَسَنٍ

“Ahmad menyebutkan dari hadits Ibnu Abbas dengan sanad hasan”.

Adapun dalam riwayat lain yang kemudian difahami bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pergi hijrah disiang hari dari rumah Abu Bakar:

قَالَتْ عَائِشَةُ فَبَيْنَمَا نَحْنُ يَوْمًا جُلُوسٌ فِي بَيْتِ أَبِي بَكْرٍ فِي نَحْرِ الظَّهِيرَةِ قَالَ قَائِلٌ لِأَبِي بَكْرٍ هَذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَقَنِّعًا فِي سَاعَةٍ لَمْ يَكُنْ يَأْتِينَا فِيهَا فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ فِدَاءٌ لَهُ أَبِي وَأُمِّي وَاللَّهِ مَا جَاءَ بِهِ فِي هَذِهِ السَّاعَةِ إِلَّا أَمْرٌ قَالَتْ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاسْتَأْذَنَ فَأُذِنَ لَهُ فَدَخَلَ

“Aisyah berkata: “Ketika kami pada suatu hari duduk-duduk di rumah Abu Bakar di waktu pagi hari mendekati siang, seseorang berkata kepada Abu Bakar: “Ini adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam” dalam keadaan bertutup yang datang ke kami di waktu yang tidak biasa”. Kemudian Abu Bakar berkata: “Tebusan baginya bapakku dan ibuku. Demi Allah, beliau tidak datang di waktu ini kecuali ada perkara penting”. Aisyah berkata: “Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang meminta izin dan kemudian Rasulullah di beri izin dan lalu beliau masuk” (HR. Bukhari).

Hadits ini dan kelanjutannya yang berkisah tentang kedatangan Rasulullah kepada Abu Bakar pada pagi mendekati siang bahwa Rasulullah sudah diberi izin untuk hijrah, setelah Rasulullah keluar pada malam hari dari rumah beliau yang dikepung. Hal itu karena sebelumnya Abu Bakar meminta izin untuk hijrah terlebih dahulu tetapi Rasulullah melarangnya karena beliau berkehendak supaya Abu Bakar menemani hijrah. Demikian dapat difahami dari hadits yang disampaikan oleh as-Samhudi dalam Khulashah al-Wafa’ (I/593) berikut:

قَالَ لِعَلِيّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ نَمْ عَلَى فِرَاشِي وَتَسَجّ بِبُرْدِي هَذَا الْأَخْضَرِ ، فَنَمْ فِيهِ فَلَنْ يَخْلُصَ إلَيْك مِنْهُمْ أَمْرٌ وَأَتَى اَبَا بَكْرٍ فَاَعْلَمَهُ وَقَالَ : قَدْ أُذِنَ لِي

“Rasulullah berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Tidurlah di atas alas tidurku dan tutupilah dengan selimutku ini yang berwarna hijau. Tidurlah didalamnya maka tidak akan sampai sesuatu dari mereka kepadamu”. Rasulullah lalu datang kepada Abu Bakar dan mengkhabarkan: “Aku telah diberi izin”.

Apa yang dilakukan oleh Imam as-Samhudi dan lain-lain merupakan penghimpunan dua hadits yang sama-sama diboleh dibuaT hujjah, yaitu hadits dalam shahih Bukhari dan hadits dalam Musnad Ahmad.

Dengan demikian dakwaan sebahagian Wahabi bahwa Rasulullah hijrah di siang hari dari rumah beliau dan riwayat tentang Ali yang tidur menggantikan Rasulullah adalah lemah telah tertolak.

Adapun hadits yang mengkisahkan labah-labah dan merpati dimulut gua Tsur yaitu:

قَالَ: أَدْرَكْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ. وَزَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ. وَالْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ، فَسَمِعْتُهُمْ يَتَحَدَّثُونَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “أَمَرَ اللَّهُ شَجَرَةً لَيْلَةَ الْغَارِ فَنَبَتَتْ فِي وَجْهِي، وَأَمَرَ اللَّهُ الْعَنْكَبُوتَ فَنَسَجَتْ فَسَتَرَنِي، وَأَمَرَ اللَّهُ حَمَامَتَيْنِ وَحْشِيَّتَيْنِ فَوَقَفَتَا بِفَمِ الْغَارِ

“Abu Mush’ab al-Makki berkata: “Aku bertemu Anas bin Malik, Zaid bin Arqam, dan Mughirah bin Tsu’bah, aku mendengar dari mereka yang bercerita bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Allah memerintahkan pohon di malam saat berada di gua, maka pohon tersebut tumbuh dihadapanku. Dan Allah juga memerintahkan labah-labah dan kemudian ia menyulan dan menutupiku. Dan Allah juga memerintahkan dua merpati yang gesit dan berhenti di mulut gua”. (HR. Baihaqi dalam Dalalil an-Nubuwwah, Thabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, al-Bazzar dalam Musnad)

Dalam hadits diatas terdapat perawi yang bernama Awin bin Amr al-Qaisi yang dinilai sangat lemah oleh beberapa huffazh. Tetapi al-Hafizh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawaid (VI/65) berkata:

رَوَاهُ البَزَّارُ وَالطَّبَرَانِي وَفِيْهِ جَمَاعَةٌ لَمْ أَعْرِفْهُمْ

“Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan ath-Thabarani dan didalam sanadnya terdapat segolongan perawi yang tidak aku kenal (majhul)”.

Al-Hafizh al-Haitsami juga berkata dalam hadits lain:

رَوَاهُ الطَّبَرَانِي فِي الكَبِيْرِ وَمُصْعَبٌ المكِّي وَالذِي رَوَى عَنْهُ وَهُوَ عَوِيْنٌ بن عَمْرو القَيْسِي لَمْ أَجِدْ مَنْ تَرْجَمَهُمَا وَبَقِيَّةُ رِجَالِهِ ثِقَاتٌ

“Diriwayatkan oleh ath-Thabarani dalam al-Kabir, dan Mush’ab al-Makki dan yang meriwayatkan darinya, yaitu Awin bin Amr al-Qaisi aku tidak menemukan biografinya (majhul). Dan perawi selebihnya adalah tsiqah.

Dengan demikian, al-Hafizh al-Haitsami menilai Awin bin Amr al-Qaisi dan Mush’ab al-Makki sebagai perawi yang majhul yang berarti haditsnya masih dhaif biasa. Meski tak dipungkiri al-Uqaili menyebut Awin bin Amr al-Qaisi adalah sangat lemah sekali, hingga sebaghagian ulama menyebut hadits merpati di mulut gua sangat lemah dan tak bisa dibuat dalil dalam kisah sekalipun.

Al-Hafizh Ibnu Katsir meriwayatkan hadits diatas dalam as-Sirah an-Nabawiyyah (II/241) dan dalam al-Bidayah wa an-Nihayah (III/222) berkata:

وَفِيْهِ أَنَّ جَمِيْعَ حَمَّامِ مَكَّةَ مِنْ نَسْلِ تِيْكَ الحَمَّامَتَيْنِ

“Dan dalam hadits ini, semua merpati di Mekkah adalah keturunan dari dua merpati tersebut”

Ini merupakan penegasan bahwa al-Hafizh Ibnu Katsir menerima riwayat dua merpati dalam gua tersebut. Apalagi cerita ini sudah seperti mutawatir diriwayatkan oleh banyak ulama.

Wallahu A’lam.

Ustaz Nur Hidayat

http://www.aswj-rg.com/2015/10/status-kisah-merpati-labah-labah-dan-waktu-hijrah-rasulullah-saw.html

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Merayakan Kemanusiaan

Lazada Malaysia

Apabila kita mengadakan majlis – majlis mawlid bagi memperingati Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka ada segelintir yang keberatan. Bukan saja keberatan, tapi juga selalu menuding jari – jari fitnah yang “konon”nya majlis – majlis mawlid adalah majlis untuk memuja dan mengagungkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam melebihi Allah subhanahu wa ta`ala. Mereka menyamakan Ahli Tawhid yang mengadakan sambutan mawlid dengan orang – orang musyrik yang menyambut Hari Natal. Sesungguhnya qiyas yang mereka gunakan ini adalah qiyas bathil kerana sekali-kali tidak boleh diqiyaskan Ahli Tawhid dengan musyrik.

Ketahuilah bahawa di sisi Ahli Tawhid, menyambut mawlid Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bukanlah untuk mensyirikkan Allah dengan hamba dan kekasihNya, Sayyiduna Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Justru sebaliknya, ia adalah untuk menjazamkan lagi bahawa Allah subhanahu wa ta`ala itu Maha Esa lagi tiada tara. Bahkan kalimah “mawlid” itu sendiri mengisyaratkan kepada kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka ianya adalah untuk mentakkidkan bahawa Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam walaupun seorang yang istimewa dan luar biasa, namun tetap seorang manusia yang mempunyai tarikh lahir, yang dilahirkan daripada seorang ibu mulia. Sisi mana kita hendak kata sambutan mawlid ini membawa kepada penuhanan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, sedangkan semua ahli tawhid mengetahui bahawa Allah `azza wa jalla Zat yang Maha Esa yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Di mana syiriknya apabila setiap shalawat yang diucapkan seumpama “Allahumma shalli `ala Muhammad”, “ShallaAllahu `alaihi wa sallam” adalah permohonan kepada Allah ta`ala agar dilimpahkan shalawat dan kesejahteraan ke atas hambaNya, Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Oleh itu, janganlah bermudah-mudah untuk membuat tuduhan yang tidak berasas kepada satu-satu amalan yang telah menjadi kelaziman umat zaman berzaman. Tahanlah lidah daripada memvonis saudara-saudara seagama hanya kerana mereka mengagungkan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam sebagaimana diperintahkan oleh Allah `azza wa jalla.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Nur Muhammad – Syaikh Wan Ahmad

Lazada Malaysia

Lama dah rasanya tak poskan entri tentang “Nur Muhammad”. Jadi kali ini, kita teruskan membongkar rahsia Nur Muhammad daripada karangan para ulama kita terdahulu walaupun tidak disukai oleh segelintir “ostad” zaman ini yang tak reti – reti bahasa. Para cerdik pandai dan ilmuan pasti kenal dengan al-‘Alim al-‘Allaamah adz-Dzakiy asy-Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa al-Fathani rahimahullah. Syaikh yang mulia ini telah menulis dalam kitab beliau, “Badrut Tamaam wan-Nujuumuts Tsawaaqib” pada halaman 3 sebagai berikut:-
” (Maka telah datang dalam hadis) bahawasa awal barang yang dijadikan Allah ta`ala itu nur nabi kita Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dan datang kaifiat menjadikan nur yang mulia itu beberapa riwayat yang berbilang – bilang. Dan hasil sekaliannya bahawasa Allah subhanahu wa ta`ala tatkala bergantung iradahNya dengan menjadikan sekalian makhluk, menjadilah Ia akan nur Sayyidina Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dahulu daripada dijadikan langit dan bumi dan arasy dan kursi dan loh dan qalam dan syurga dan neraka dan malaikat dan sekalian yang lainnya dengan bagian – bagian ribu tahun. Dan adalah dilihatkan nur itu di dalam padang ‘aalamul qudsi, maka pada setengah ketika disuruhkan dia dengan sujud dan seketika dengan tasbih dan taqdis dan dijadikan baginya akan beberapa hijab. Didiamkan dia di dalam tiap-tiap hijab itu beberapa masa yang panjang mengucap tasbih ia bagi Allah ta`ala dengan tasbih yang tertentu. Maka kemudian daripada dikeluarkan dia daripada segala tirai itu, bernafas ia dengan beberapa nafas, maka dijadikan daripada segala nafasnya akan segala roh anbiya` dan awliya` dan shiddiqin dan syuhada` dan sekalian mukminin dan sekalian malaikat. (Dan kemudian) daripada menjadi Allah ta`ala akan Adam `alaihis salam daripada tanah, dihantarNya akan nur itu pada dahinya kemudian berpindah nur itu kepada Nabi Syits `alaihis salam, kemudian kepada Yaanisy dan demikianlah berpindah-pindah ia daripada segala bapa yang suci kepada segala anak yang baik hingga sampai ia kepada `Abdul Muthallib dan tercemerlang ia pada mukanya….”
Tiada seorang pun ulama kita yang beriktiqad yang nur Muhammad itu qadim atau menuhankannya atau mengatakan ia mempunyai unsur ketuhanan. Jelas bahawa nur Muhammad itu adalah makhluk yang dijadikan Allah. Dan tiada juga mereka beriktiqad yang batang tubuh jasad Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu diciptakan daripada nur. Penciptaan jasad mulia baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah sebagaimana penciptaan jasad sekalian anak Adam. Oleh itu, janganlah nur Muhammad ini dijadikan alasan untuk kita menyesatkan kaum muslimin apatah lagi kalangan ulamanya. Jika pun akal kita mungkin sukar untuk menerima penjelasan mereka mengenai makhluk Allah yang pertama dicipta, yang disebut sebagai Nur Muhammad, yang tiada lain melainkan rohnya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang digelar sebagai Abul Arwah, yang sebagaimana ahwalnya roh tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah subhanahu wa ta`ala. Maka jika kita tidak mampu menerimanya, maka belajarlah untuk menghormati dan bertasamuh dalam berbeza pendapat dengan para ulama lain. Nescaya akan wujud keharmonian dan kedamaian sesama umat.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Rehlah Ibnu Jubayr

Lazada Malaysia

Junjungan Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam lahir di Makkah. Setakat tarikh ini, atas tempat yang dipilih Allah `azza wa jalla untuk menyaksikan peristiwa kelahiran agung Baginda Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam tersergam berdiri sebuah perpustakaan yang dikenali sebagai “Maktabah Makkah al-Mukarramah”, tapi entah sampai bila binaan ini akan dikekalkan kerana pembesaran Masjidil Haram. Dahulunya pada zaman kegemilangan, di sini wujud sebuah masjid yang indah, namun telah dimusnahkan oleh para penjajah dari Najd. Maka dengan alasan pembesaran Masjidil Haram, maka entahlah samada kedudukan tempat yang mulia ini akan kekal dikenali atau menerima nasib yang sama dengan berbagai tapak sejarah Islam yang telah dimusnahkan oleh puak penjajah Najdi yang hilang ditelan sejarah. Namun apa pun yang bakal terjadi, setidak-tidaknya rujukan kepada tempat-tempat yang berkat ini masih kekal dalam karya-karya para ulama dan sejarawan.

Dahulu tempat kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam ini sentiasa dijaga dan diberi perhatian khusus oleh para pemerintah Hejaz yang terdahulu sebelum berlakunya penjajahan Hejaz oleh puak Badwi Najdi. Seorang pengembara Muslim yang ternama, Abul Husain Muhammad bin Ahmad bin Jubayr al-Kinani (1145 – 1217M) yang lebih dikenali sebagai Ibnu Jubayr dalam memoir perjalanan beliau yang terkenal dengan jodol “Rehlah Ibn Jubayr”, yang diterjemah ke Bahasa Inggeris oleh Roland Broadhurst dengan jodol “The Travels of Ibn Jubayr”, halaman 111 menyatakan:-
“… Also amongst its noble shrines is the birthplace of the Prophet – may God bless and preserve him – and the undefiled ground that was the first earth to touch his immaculate body and over which has been built a mosque that never was seen more finely built, being for the most of inlaid gold. The holy place where the Prophet – may God bless and preserve him – came forth in the blessed and happy hour of his nativity, a nativity ordained by God in compassion for all the people, is girt with silver. What earth to be honoured by God in making it the place of the coming forth of the purest of bodies, the birthplace of the best among men ! May God bless and preserve him, his stock, his family, and his noble Companions. This blessed place is opened, and all men enter it to be blessed, on every Monday of the month of Rabi’ al-Awwal; for on that day and in that month was born the Prophet – may God bless and preserve him. All the holy places mentioned are opened on that day, which is always a famous one in Mecca…..”
Lihatlah bagaimana Ibnu Jubayr rahimahullah, setiausaha Gabenor Granada, Andalus yang di bawah kekuasaan Dinasti al-Muwahhidun (al-Mohad), dalam memoir perjalanan haji dan ziarahnya dengan jelas menceritakan bahawa pada setiap hari Isnin dalam bulan Rabi`ul Awwal, tempat kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dibuka dan ramai manusia datang menziarahinya dan mengambil keberkatan dengannya (mutabarrikin bihi), yakni mereka bertabarruk dengan tempat yang telah menjadi saksi kelahiran Baginda Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam.

Maka memelihara dan menjaga tempat-tempat bersejarah atau warisan bersejarah, apatah lagi yang berkait dengan Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, bukanlah sesuatu yang ditegah dalam Islam. Namun ketika dunia semakin menghampiri hujung usianya, maka muncul para penggembala unta yang berperangai keras dan kasar yang tidak memiliki kehalusan jiwa untuk memahami dan menghargai tinggalan bersejarah ini. Mungkin ini adalah tanda-tanda dunia sudah semakin hampir ke penghujungnya.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Tempat Mustajab Berdoa

Lazada Malaysia

Syaikh Taqiyuddin Abi Thayyib Muhammad bin Ahmad al-Fasi al-Makki rahimahullah (775H – 832H) adalah seorang ulama besar, faqih, muarrikh (sejarawan) dan qadhi dalam mazhab Maliki di Mekah. Beliau memiliki banyak karya tulis dan dalam salah satunya yang berjodol “Syifaa-ul Gharaam bi Akhbaaril Baladil Haraam”, jilid 1 halaman 199, beliau rahimahullah menukilkan bahawa an-Naqqasy rahimahullah menyatakan berdoa di tempat kelahiran Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam pada tengahari hari Isnin adalah mustajab.

Untuk makluman, an-Naqqasy atau nama penuhnya Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan bin Muhammad bin Ziyad bin Harun bin Ja’far al-Muqri an-Naqqasy al-Mawshili rahimahullah (266H – 351H) adalah seorang ulama tafsir yang terkemuka. Antara karya tulis beliau adalah tafsir al-Quran yang diberi nama “Syifa-ush Shudur” yang setakat ini masih dalam bentuk manuskrip.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Mawlid – Fatwa Abu Syaamah

Lazada Malaysia

Syaikh Imam Syihabuddin Abi Muhammad `Abdul Rahman bin Ismail bin Ibrahim yang terkenal dengan gelaran Imam Abu Syaamah rahimahullah. Beliau dilahirkan dalam tahun 599H dan wafat dalam tahun 665H. Imam Abu Syaamah adalah Imam dan panutan dalam berbagai cabang ilmu-ilmu Islam, sejak usianya di bawah 10 tahun beliau sudah menghafal al-Quran dan menguasai ilmu-ilmunya termasuk 7 qiraat yang masyhur. Bahkan dalam usia seawal 16 tahun, beliau telah menulis satu syarah bagi “Hirzul Amani wa Wajhut Tahaani fi Qiraatis Sab`i” karangan Imam asy-Syatibi rahimahullah. Di antara guru-guru beliau adalah Sulthanul Ulama` Syaikh `Izzuddin ibnus Abdus Salam, Imam Ibnu `Asakir dan Imam al-Amiidi rahimahumullahu.

Ternyata Imam Abu Syaamah seorang ‘alim ‘allamah, faqih, muhaddits, muarrikh dan ahli lughah yang handal sehingga Imam as-Subki rahimahullah menyatakan bahawa Imam Abu Syaamah al-Maqdisi telah mencapai darjat mujtahid mutlak. Sungguhpun begitu, beliau bersetuju dengan ijtihad Imam asy-Syafie radhiyaAllahu `anhu dan tetap berpegang dengan mazhabnya yang agung. Cukuplah satu kebanggaan bagi Imam yang agung ini apabila Imam an-Nawawi rahimahullah adalah salah seorang murid beliau. Imam Abu Syaamah meninggalkan beberapa karangan yang bernilai tinggi, antaranya:-
Mukhtashar Tarikh Dimasyq (20 jilid);
Syarah bagi kitab hadits al-Muqtafa fi bahtsil Mushtofa;
Dhiya-ul Qamar as-Sari ila Ma’rifatil Baari;
Al-Ba`its ‘ala Inkaril Bida` wal Hawadits.
ar-Raudhatain fi Akhbarid Daulatain
Ibraazul Ma`ani
al-Mursyid al-Wajiz
al-Wushul fil Ushul
Mufradat al-Qurra`
Karya beliau yang berjodol “al-Ba`its ‘ala Inkaril Bida’ wal Hawaadits” yang membicarakan tentang perkara-perkara bid`ah dan baharu. Oleh itu jangan ingat para ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah tidak faham mengenai bid`ah dan tidak memerangi bid`ah-bid`ah yang mungkar. Imam Abu Syaamah dalam kitabnya ini sependapat dengan para ulama salaf terdahulu terutamanya Imam Agung Muhammad bin Idris asy-Syafie radhiyaAllahu `anhu apabila membahagikan bid`ah kepada dua, iaitu bid`ah hasanah / bid`ah mustahibbah / bid`ah mahmudah dan bid`ah mustaqbihah / bid`ah madzmumah / bid`ah dhalalah. Mengenai sambutan Mawlid Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, maka Imam Abu Syaamah dengan jelas menyatakan ianya adalah bid`ah hasanah yang terbaik. Pada halaman 21 kitab tersebut, beliau rahimahullah menyatakan:-

“Maka bid`ah al-hasanah:- Telah disepakati (yakni para ulama telah sepakat) tentang harus (boleh) untuk dilakukan dan disukai baginya (yakni dihukumkan mustahab untuk diamalkan) serta diharapkan pahala bagi sesiapa yang melakukannya dengan niat yang baik …………. Dan daripada sebaik-baik perkara bid`ah yang diada-adakan pada zaman kita dari sisi ini (yakni dari sisi ianya sebagai suatu bid`ah hasanah) adalah apa yang telah dilakukan di Kota Irbil, moga-moga Allah memeliharanya, pada setiap tahun pada hari yang bertepatan dengan hari kelahiran (mawlid) Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dengan perlaksanaan berbagai sedekah dan perkara makruf serta menzahirkan perhiasan dan kegembiraan. Maka sesungguhnya yang sedemikian itu beserta dengan berbuat ihsan kepada segala fakir padanya adalah tanda adanya kecintaan kepada Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam dan membesarkan serta memuliakan baginda dalam hati si pelakunya, juga tanda kesyukuran kepada Allah ta`ala atas anugerahNya dengan mewujudkan rasulNya shallaAllahu `alaihi wa sallam wa ‘ala jami`il mursalin yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam. Dan adalah orang yang mula-mula melakukan yang sedemikian itu di Maushul (Mosul) adalah Syaikh Umar bin Muhammad al-Malla, salah seorang daripada kalangan orang – orang salih yang masyhur yang dijadikan ikutan dengannya pada yang sedemikian oleh Raja Irbil dan yang lain-lain rahimahumullahu ta`ala.”
Allahu …. Allah, cukuplah bagi kita yang punya akal untuk mengambil pelajaran daripada apa yang dinyatakan oleh Imam Abu Syaamah ini. Dan jika pun kita berpendapat sebaliknya, maka setidak-tidaknya akal kita hendaklah bijak untuk meraiekan pendapat ini walaupun kita tidak bersetuju dengannya. Maka janganlah dihujjat umat yang ramai daripada merayakan sambutan Mawlid Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam. Jika dah tak setuju, maka tak dapek den nak nolongnya. Duduklah diam-diam sambil membaca shalawat Ibrahimiyyah lagi elok daripada membid`ahsesatkan orang lain.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Hukum Mengikut Jemaah/Majoriti Ulamak, Umat Islam

Lazada Malaysia

Terdapat banyak hadith sahih yang hampir mencapai darjat mutawattir maknawi yang memerintahkan kaum Muslimin agar menetapi jemaah dan tidak keluar darinya. (Mengikut majoriti umat Islam, para Ulamak)

Hadith-hadith tersebut di antaranya:

1. Diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah dari Anas bin Malik radiyaLLahu ‘anhu. Ia berkata, bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bererti :

“Sesungguhnya umatku akan berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan, semuanya berada dalam neraka kecuali satu iaitu Jemaah”

Pengarang kitab az Zawa’id berkata: Sanad hadith tersebut adalah sahih dan para perawinya dapat dipercayai.

2. Hadith yang diriwayatkan oleh Imam At Tirmidzi dan Imam Ibnu Majah dengan sanad sahih dari Umar bin Khatab radiyaLLahu ‘anhu dari RasuluLLah sallaLLahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda yang bererti :

“Kamu sekalian harus menetapi jemaah dan jangan sekali-kali (memisahkan diri), kerana sesungguhnya syaitan selalu bersama seorang dan dia menjauhi dari dua orang. Dan barangsiapa menginginkan pelataran syurga, hendaklah menetapi jemaah.

Imam At Tirmidzi berkata, “Hadith ini hasan sahih dan gharib dari segi ini. Imam Ibnul Mubarak pun meriwayatkan hadith tersebut dari Muhammad bin Sauqah. Hadith ini diriwayatkan dari Umar al Khattab radiyaLLahu ‘anhu dari RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam melalui beberapa riwayat.

3. Sabda RasuluLlah yang bererti : “Umatku tidak akan bersepakat dalam perkara salah”
(Riwayat at Tirmidzi, Ibnu Majah, Abu Daud dan Daruqutni)

4. Nabi bersabda (yang bererti ) : “Apa sahaja yang menurut pandangan orang Muslimin itu baik, maka ia juga baik di sisi ALlah. Dan apa-apa menurut pendapat orang Muslimin itu buruk, maka ia adalah buruk di sisi ALlah”. (Riwayat Ahmad : Hadith Hasan)

5. Hadith lain, RasuluLlah bersabda (yang bererti) : “Sesiapa yang mengasingkan atau memisahkan diri daripada Jemaah, ia mati seperti kematian orang jahiliyyah.” (Riwayat Al Bukhari, Muslim, Ahmad dan an Nasa’ie)

Sumber rujukan :

1. Dr Said Ramadhan al Buthi, Allaa Madzhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata al Islamiyyah, Bebas Mazhab Adalah Suatu Bid’ah Paling Merbahaya Yang Dapat Menghancurkan Syariat Islam, 2002, Pustaka Setia, Bandung

2. Ustaz Abd Latif Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Pengantar Usul Fiqh, Cetakan Pertama 1997, Pustaka Salam, Kuala Lumpur.

Lazada Malaysia

Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Hukum Membaca Doa Qunut

Lazada Malaysia

Hukumnya adalah sunat

Pendapat yang dikemukakan oleh para imam besar seperti Malik, As Syafie, Ibnu Abi Laila, Hasan bin Soleh, Abu Ishaq Al Ghazali, Abu Bakar bin Muhammad, Hakam bin Utaibah, Hammad, Ahli HIjjaz, Al Auza’ie kebanyakan Ahli Syam malah menurut Imam An Nawawi dalam Majmu’. Ia adapah pendapat yang dipegang oleh kebanyakan ulama salaf dan generasi selepas daripada mereka bahawa doa qunut disunatkan pada solat Subuh setiap hari.

Dalil :

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Anas bin Malik r,a katanya :

Sentiasalah RasuluLlah s.a.w berqunut pada solat Subuh sehinggalah baginda wafat.”

Diriwayatkan juga bahawa Saidina Umar membaca doa qunut pada solat Subuh di hadapan para sahabat dan selainnya.

Berkenaan dengan hadith yang diriwayatkan daripada Anas ini, menurut al Haithami, Para perawinya adalah dipercayai.” Menurut an Nawawi ia diriwayatkan oleh sekumpulan huffaz (ahli hadith) dan mengakui kesahihannya.

Kesahihan ini dinyatakan oleh al Hafiz al Balkhi, Al Hakim, Al Baihaqi dan ia juga diriwayatkan oleh Ad Daruqutni melalui beberapa jalan dengan sanad yang sahih.

Dalam mazhab syafie adalah sunat hukumnya membaca doa qunut dalam solat subuh itu, baik pada ketika turunnya bala atau tidak. Ini adalah pendapat yang banyak dari ulama-ulama salaf atau katakanlah yang paling banyak dan juga pendapat ulama-ulama yang di belakang ulama salaf. Di antara yang berpendapat serupa ini adalah Saidina Abu Bakar, Umar bin Khattab, Utsman, Ali, Ibnu Abbas, Bara’ bin “azib Rda (al Majmu’ Syarah Muhazzab III halaman 504)

Lanjutan Penjelasan Dari Pondok Tampin

Qunut dalam Sembahyang Subuh.

Di dlm mazhab Syafie sudah disepakati bahawa membaca doa qunut dlm sembahyang Subuh , pada iktidal rakaat kedua adalah sunat ab’ad dlm erti diberi pahala bagi orang yg mengerjakannnya dan bagi yg lupa atau lalai mengerjakannya disunatkan utk menggantikannya dgn sujud sahwi.

Tersebut dlm kitab Al-Majmu’ syarah Muhazzab jilid 3 hlm.504, maksudnya:

“Dlm mazhab Syafie disunatkan qunut pada solat subuh sama ada ketika turun bencana atau tidak. Dgn hukum inilah berpegang majoriti ulamak salaf dan orang2 yg sesudah mereka atau kebanyakan dari mereka. Dan diantara yg berpendapat demikian adalah Abu Bakar As-Siddiq, Umar bin Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Ibnu Abbas, Barra’ bin Azib, semoga Allah meredhai mereka semua. Ini diriwayatkan oleh Baihaqi dgn sanad2 yg sahih. Ramai orang yg termasuk tabi’in dan yg sesudah mereka berpendapat demikian. Inilah juga mazhab Ibnu Abi Laila, Hasan, Ibnu Salah, Malik dan Daud.”

Tersebut dlm kitab Al-Um jilid 1 hlm.205 bahawa Imam Syafie
berkata,maksudnya:

“Tak ada qunut dlm sembahyang lima waktu kecuali sembahyang subuh. Kecuali jika terjadi bencana maka boleh qunut pada semua sembahyang jika imam menyukai”

Tersebut dlm kitab Al-Mahalli jilid 1 hlm.157, berkata Imam Jalaluddin
Al-Mahalli, maksudnya:

“Disunatkan qunut pada iktidal rakaat kedua drpd solat subuh dgn doa, Allahumahdini hingga akhirnya”

Demikianlah keputusan dan kepastian hukum tentang qunut subuh dalam mazhab kita Syafie.

ALASAN ORANG-ORANG YG MENOLAK QUNUT

Ada orang yg berpendapat bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut satu bulan shj berdasarkan hadith Anas ra, maksudnya:

“Bahawasanya Nabi saw melakukan qunut selama satu bulan sesudah rukuk sambil mendoakan kecelakaan ke atas beberapa puak Arab kemudian baginda meninggalkannya.” Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Kita menjawab:

Hadith daripada Anas tersebut kita akui sebagi hadith yg sahih kerana terdapat dlm kitab Bukhari dan Muslim. Akan tetapi yg menjadi permasalahan sekarang adalah kata:(thumma tarakahu= Kemudian Nabi meninggalkannya).

Apakah yg ditinggalkan oleh Nabi itu?

Meninggalkan qunutkah? Atau meninggalkan berdoa yg mengandungi kecelakaan ke atas puak-puak Arab?

Untuk menjawab permasalahan ini lah kita perhatikan baik2 penjelasan Imam Nawawi dlm Al-Majmu’jil.3,hlm.505 maksudnya:

“Adapun jawapan terhadap hadith Anas dan Abi Hurairah r.a dlm ucapannya dengan (thumma tarakahu) maka maksudnya adalah meninggalkan doa kecelakaan ke atas orang2 kafir itu dan meninggalkan laknat terhadap mereka shj. Bukan meninggalkan seluruh qunut atau meninggalkan qunut pada selain subuh. Pentafsiran spt ini mesti dilakukan kerana hadith Anas di dlm ucapannya ‘sentiasa Nabi qunut di dlm solat subuh sehingga beliau meninggal dunia’
adalah sahih lagi jelas maka wajiblah menggabungkan di antara kedua-duanya.”

Imam Baihaqi meriwayatkan dan Abdur Rahman bin Madiyyil, bahawasanya beliau berkata, maksudnya:

“Hanyalah yg ditinggalkan oleh Nabi itu adalah melaknat.”

Tambahan lagi pentafsiran spt ini dijelaskan oleh riwayat Abu Hurairah ra yg berbunyi, maksudnya:

“Kemudian Nabi menghentikan doa kecelakaan ke atas mereka.”

Dengan demikian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa qunut Nabi yg satu bulan itu adalah qunut nazilah dan qunut inilah yg ditinggalkan, bukan qunut pada waktu solat subuh.

2. Ada juga orang2 yg tidak menyukai qunut mengemukakan dalil hadith Saad bin Thariq yg juga bernama Abu Malik Al-Asja’i, maksudnya:

“Dari Abu Malik Al-Asja’i, beliau berkata: Aku pernah bertanya kpd bapaku, wahai bapa! sesungguhnya engkau pernah solat di belakang Rasulullah saw, Abu Bakar, Usman dan Ali bin Abi Thalib di sini di kufah selama kurang lebih dari lima tahun. Adakah mereka melakukan qunut?. Dijawab oleh bapanya:”Wahai anakku, itu adalah bid’ah.” Diriwayatkan oleh Tirmizi.

Kita jawab:

Kalau benar Saad bin Thariq berkata begini maka sungguh menghairankan kerana hadith2 tentang Nabi dan para Khulafa Rasyidun yg melakukan qunut banyak sangat sama ada di dlm kitab Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud, Nasa’i dan Baihaqi.

Oleh itu ucapan Saad bin Thariq tersebut tidaklah diakui dan terpakai di dlm mazhab Syafie dan juga mazhab Maliki.

Hal ini disebabkan oleh kerana beribu-ribu orang telah melihat Nabi melakukan qunut, begitu pula sahabat baginda. Manakala hanya Thariq seorang shj yg mengatakan qunut itu sebagai amalan bid’ah.

Maka dlm kes ini berlakulah kaedah usul fiqh iaitu:

“Almuthbitu muqaddimun a’la annafi”

Maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

Tambahan lagi orang yg mengatakan ADA jauh lebih banyak drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA.

Seperti inilah jawapan Imam Nawawi didlm Al-Majmu’ jil.3,hlm.505, maksudnya:

“Dan jawapan kita terhadap hadith Saad bin Thariq adalah bahawa riwayat orang2 yg menetapkan qunut terdapat pada mereka itu tambahan ilmu dan juga mereka lebih banyak. Oleh itu wajiblah mendahulukan mereka”

Pensyarah hadith Turmizi yakni Ibnul ‘Arabi juga memberikan komen yg sama terhadap hadith Saad bin Thariq itu. Beliau mengatakan:”Telah sah dan tetap bahawa Nabi Muhammad saw melakukan qunut dlm solat subuh, telah tetap pula bahawa Nabi ada qunut sebelum rukuk atau sesudah rukuk, telah tetap pula bahawa Nabi ada melakukan qunut nazilah dan para khalifah di Madinah pun melakukan qunut serta Sayyidina Umar mengatakan bahawa qunut itu sunat,
telah pula diamalkan di Masjid Madinah. Oleh itu janganlah kamu tengok dan jgn pula ambil perhatian terhadap ucapan yg lain drpd itu.”

Bahkan ulamak ahli fiqh dari Jakarta yakni Kiyai Haji Muhammad Syafie Hazami
di dlm kitabnya Taudhihul Adillah ketika memberi komen terhadap hadith Saad
bin Thariq itu berkata:

“Sudah terang qunut itu bukan bid’ah menurut segala riwayat yg ada maka yg bid’ah itu adalah meragukan kesunatannya sehingga masih bertanya-tanya pula. Sudah gaharu cendana pula, sudahh tahu bertanya pula”

Dgn demikian dapatlah kita fahami ketegasan Imam Uqaili yg mengatakan bahawa Abu Malik itu jangan diikuti hadithnya dlm masalah qunut.(Mizanul I’tidal jil.2,hlm.122)

3. Ada juga orang mengetengahkan riwayat dari Ibnu Masu’d yg mengatakan, maksudnya: “Nabi Muhammad saw tidak pernah qunut di dlm solat apa pun.”

Kita jawab:

Riwayat ini menurut Imam Nawawi dlm Al-Majmu’ adalah terlalu dhaif kerana di antara perawinya terdapat Muhammad bin Jabir A-Suhaimi yg ucapannya selalu ditinggalkan oleh ahli2 hadith. Tersebut dlm kitab Mizanul I’tidal karangan Az-Zahabi bahawa Muhammad bin Jabir As-Suhaimi adalah orang yg dhaif menurut perkataan Ibnu Mu’in dan Imam Nasa’i.

Imam Bukhari mengatakan: “Ingatannya tidak kuat!”

Imam Abu Hatim mengatakan:”Dlm waktu yg akhir dia agak pelupa dan kitabnya telah hilang.”(Mizanul I’tidal jil. 3, hlm.492)

Kita juga boleh mengatakan dgn jawapan terdahulu bahawa orang yg mengatakan ADA lebih didahulukan drpd orang yg mengatakan TIDAK ADA berdasarkan kaedah:-

“Al-muthbitu muqaddamun a’la annafi” maksudnya: Orang yg menetapkan lebih didahulukan atas orang yg menafikan.

4. Ada juga yg mengajukan dalil bahawa Ibnu Abbas berkata, maksudnya:

“Qunut pada solat subuh itu bid’ah”

Kita jawab:

Hadith ini dhaif sangat kerana AlBaihaqi meriwayatkannya dari Abu Laila Al-Kufi dan Baihaqi sendiri mengatakan bahawa hadith ini tidak sahih kerana Abu Laila itu adalah matruk(orang yg ditinggalkan hadithnya).

Tambahan lagi pada hadith yg lain Ibnu Abbas sendiri mengatakan, maksudnya:
“Bahawa Nabi saw melakukan qunut pada solat subuh.”

5. Ada juga yg membawa dalil bahawa Ummu Salamah berkata, maksudnya:

“Bahawasanya Nabi saw melarang qunut pada solat subuh.”

Kita jawab:

Hadith ini juga dhaif kerana diriwayatkan dari Muhammad bin Ya’la dari Anbasah bin Abdurrahman dari Abdullah bin Nafi dari bapanya dari Ummu Salamah.

Berkata Daruqutni: Ketiga2 orang itu adalah lemah dan tidak benar kalau Nafi mendengar hadith itu dari Ummu Salamah.

Tersebut dlm Mizanul I’tidal: Muhammad bin Ya’la itu diperkata-katakan oleh Imam Bukhari bahawa dia banyak menghilangkan hadith. Abu Hatim mengatakannya matruk.(mizanul I’tidal 4/70). Anbasah bin Abdurrahman menurut Imam Bukhari hadithnya matruk. Manakala Abdullah bin Nafi adalah orang yg banyak meriwayatkan hadith munkar.(Mizanul I’tidal 2/422)

Lazada Malaysia

« Newer Posts - Older Posts »

Kategori