Dr. Wahbah & Shalawat Syifa

Lazada Malaysia

Kita sudah tahu bahawa puak salahpi telah menghukumkan bahawa Shalawat Syifa` yang masyhur itu sebagai mempunyai unsur-unsur syirik maka ianya bercanggah dengan aqidah Islam. Malah di Indera Kayangan, mereka telah mengeluarkan fatwa tentang perkara ini. Allahu … Allah …., tidakkah mereka sedar entah berapa ramai umat Islam yang telah mereka sesatkan semata-mata kerana beramal dan membaca shalawat yang berkat ini? Pasti jumlahnya ramai, melebihi jumlah 2.6 billion …… Allahu .. Allah, persiapkanlah diri kamu wahai salahpi untuk ditanya di sana nanti. Ingat yang hidup pasti mati !!!!!!!!

Syaikh Wahbah az-Zuhayli rahimahullah baru sahaja meninggalkan kita. Mudah-mudahan Allah merahmati beliau sentiasa dan membalas beliau dengan sebaik-baik balasan atas segala khidmatnya untuk ilmu dan umat. “al-Fiqh al-Islamiy wa Adillatuhu” adalah antara karya besar beliau dalam bidang fiqh yang sudah tersebar di serata alam. Dalam ketinggian ilmu beliau, almarhum juga tidak terkecuali untuk beramal dan membaca Shalawat Syifa`. Bahkan beliau rahimahullah turut menyebarkan amalan tersebut dan menganjurkannya sebagai sarana untuk memohon kesembuhan daripada Allah `azza wa jalla. Allahu …. Allah, apakah Dr. Wahbah tidak memiliki keupayaan untuk menilai samada Shalawat Syifa` itu mengandungi unsur-unsur yang bercanggah dengan aqidah Islam atau tidak.

Lazada Malaysia

%d bloggers like this: