ANDAI MEREKA MENGENALI MU WAHAI RASULULLAH ﷺ

Wahai RASULULLAH ﷺ ….

Umat mu sedang Marah, Merintih & Merana..

Mereka yang TIDAK mengenali mu…

Sedang berpesta Menghina & Mencaci mu..

Kami tak faham kenapa mereka bertindak demikian padahal mereka langung tak mengenali mu….

Mereka melukis wajah mu dengan lukisan yang menghina mu…

Mereka menulis dengan tulisan yang membuatkan hati kami memberontak & ingin membela kehormatan mu…

Ya benar, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan kami dengan penghinaan mereka keatas mu wahai RASULULLAH ﷺ

Ya benar, kami hanya mampu meluahkan kemarahan kami dengan memboikot & menunjuk perasaan dijalanan…

Ya benar,kami sekarang lemah & tak mampu bertindak jlebih auh dari apa yang sepatutnya kami harus lakukan…

Maafkan kami wahai RASULULLAH ﷺ

Andai mereka menelusuri Sirah Kehidupan dan membaca tentang Akhlak & Peribadi mulia mu, pasti tidak ada sebab untuk mereka untuk menghina mu…

Malah mereka akan menghormati serta menyanjungi mu seperti mana sanjungan salah seorang dari kaum mereka sendiri yang bernama Dr.Michel H Hart, seorang Profesor bangsa Yahudi yang menulis sebuah buku berjudul 100 Most Influential People In History (100 Orang Paling Berpengaruh dalam Sejarah).

Buku ini mengambil masa 28 tahun untuk disiapkan kerana beliau membaca dengan mendalam biography kesemua mereka yang tersenarai dalam 100 yang terbaik dari mula kejadian manusia hingga sekarang…

Hampir 600,000 naskah telah dijual semenjak ia mula diterbitkan pada tahun 1998 dan kini sudah diterjemahkan dalam 15 bahasa..

Ajeeb…

Beliau menyenaraikan Nabi Muhammad ﷺ Nombor 1 dalam senarai tersebut.

Ketika beliau sedang memberi kuliah di London, beberapa tahun yang lepas beliau disorak dan diganggu.

Orang ramai telah mempertikaikan mengapa beliau meletakkan Nabi Muhammad sebagai Nombor 1?

Beliau telah berkata:

“Nabi Muhammad telah berdiri di tengah kota Mekah pada tahun 611 dan telah berkata kepada manusia ketika itu:

”Aku adalah Pesuruh Allah”

Empat orang telah beriman kepada baginda; SAHABAT KARIBNYA, ISTERI baginda dan DUA orang kanak-kanak!

Sekarang, setelah 1400 tahun, bilangan orang-orang Islam telah melebihi 1000 juta dan masih terus bertambah.

Mustahil Baginda adalah seorang pembohong, kerana pembohongan tidak akan bertahan sehingga 1400 tahun!

Begitu juga tidak mungkin anda boleh membohongi 1000 juta orang!

Beliau menyambung dengan suatu fakta yang sedang berlaku sekarang…

“Satu perkara yang perlu direnungkan ialah walau selepas sekian lama, jutaan orang-orang Islam tidak akan teragak-agak untuk mengorbankan nyawa mereka untuk hanya satu perkataan yang akan menyakiti Nabi mereka”.

”Adakah seorang pun dari kalangan orang-orang Kristian yang sanggup bertindak sebegitu untuk Jesus?”

Selepas itu,seluruh auditorium diam terpaku!

Itu baru sedikit reaksi mereka setelah mereka mulai mengenali RASULULLAH ﷺ

Kami yakin satu hari nanti akan ada pembelaan yang benar benar akan menyedarkan mereka akibat kesombongan & kesilapan mereka..

Kerana Sang Pencipta berfirman..

إِنَّا كَفَيْنَٰكَ ٱلْمُسْتَهْزِءِينَ

“Sesungguhnya Kami tetap memelihara dan mengawalmu dari kejahatan orang-orang yang mengejek-ejek dan mempersendakanmu, –
Surah Al Hijr ayat 95.

Ya Robb ! kami akui akan kelemahan kami dan tidak mampu untuk membela akan kehormatan kekasih mu, maka kami mengharapkan dari mu wahai Robb yang berkuasa atas segala sesuatu agar engkau memutuskan hukuman yang selayangnya bagi mereka yang menghina KEKASIH mu & insan yang sangat kami cintai RASULULLAH ﷺ …

آمين آمين آمين يا مجيب السائلين .

Kredit Fb Ahmad Tifla

Koleksi Ceramah Pilihan: https://youtu.be/wm-Muaemnuw