• Dr Ayman Al Akiti

Virus takfiri diwarisi dari khawarij. Bahaya mengkafirkan saudara seIslam adalah, pengikut ajaran ini menghukum saudara seIslam telah terkeluar dari Islam bahkan halal darahnya.

Ini yang berlaku apabila para ulamak dan umat Islam dibunuh tanpa hak oleh ISIS/DAESH/BOKO HARAM dan mereka yang konon mengatasnamakan Al Quran dan as Sunnah berdasarkan pemahaman yang batil, sempit dan salah.

Ulamak dan umat Islam yang tidak mengikut pandangan ajaran ini dituduh kafir, musyrik, quburiyyun, pemuja kubur. Na’uzubillahi minzalik !

Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wasallam dah banyak memperingatkan kita bahaya menuduh kafir dan musyrik kepada saudara se Islam. Kerana tuduhan ini boleh kembali kepada sipenuduhnya.

Jadi ingatlah.. Sunnah Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam, salafussoleh tidak bermudah menghukum kafir, syirik, bahkan bid’ah sesat masuk neraka tanpa hak terhadap ulamak dan umat Islam.