SOALAN :

Dizaman dulu saya ada meninggalkan solat dan sekarang hendak qadha solat itu tetapi saya sudah tidak ingat bilangan solat yang saya tinggal dahulu.

Jadi macamana cara saya menqadha solat tersebut?

JAWAPAN :

Jika seorang itu tidak ingat berapakah jumlah solat yang telah dia tinggalkan kerana sudah lama maka wajiblah dia lakukan solat qadha sampai kepada had yang dia yakin sudah melakukan kesemuanya.

Tersebut pada Kitab Al-Fiqh ala Mazahibil Al-Arba’ah :

من عليه فوائت لا يدري عددها يجب عليه أن يقضي حتى يتيقن براءة ذمته عند الشافعية والحنابلة وقال المالكية والحنفية : يكفي أن يغلب على ظنه براءة ذمته

Artinya : “Siapa yang ada beberapa solat yang luput yang dia tidak tahu bilangnnya nescaya wajib atasnya mengerjakan qadha sehingga dia yakin telah terlepas dari tanggungannya disisi mazhab Syafie dan Hanbali. Dan ulamak mazhab Maliki dan Hanafi berkata dengan memadai berat sangkaannya dia telah lepas
dari tanggungannya (telah qadha sebanyak yang ditinggal).”

Kesimpulannya siapa yang tidak ingat jumlah solat yang ditinggalkan wajiblah dia lakukan qadha sebanyak yang dia rasa sudah cukup atau berat sangkaannya bahawa jumlah solat qadha yang dia lakukan itu sudah memadai.

Maka jika kurang dari jumlah yang sebenar nescaya dimaafkan dan jika lebih dari jumlah yang sebenar maka jadilah solat yang lebih itu solat sunat sebagaimana disebut oleh fuqahak.

wallahua’lam
Kredit fb ustaz ahzar idrus

Koleksi Ceramah: https://www.youtube.com/user/syeduum