

Ketika kita menanti kedatangan bulan yang diberkati, iaitu bulan Rabi’ul Awwal,tahun Nabi kita, Nabi Muhammad ﷺ dilahirkan, saya ingin berkongsi beberapa moment & pemandangan yang sangat memberkas dihati saya,saat saya berada dibumi Madinah Al Munawarrah.
Inilah bumi yang paling dicintai oleh para Muhibbin Baginda RASULULLAH ﷺ kerana disitulah tempat yang Allah swt pilih sebagai tempat istirehat Baginda Rasulullah ﷺ, Ahlul Bayt & para sahabatnya..
Saat kita menyebut nama Madinah Al Munawarrah saja sudah cukup untuk melunakkan & melembutkan hati kita.
Bayangkan pula jika…
- Kaki kita sudah menjejaki buminya..
- Wajah kita diliputi debu sucinya..
- Mata kita menatapi Kubah Hijaunya…
- Telinga kita mendengar laungan Azan dari Muazzin yang terpilih…
- Mulut & lidah kita merasai kesejukan air Zamzam & keenakan Ajwanya…
- Hidung kita menikmati haruman Raudahnya
- Dahi kita sujud di karpet hijaunya..
- Dan hati kita pulih dari penyakit kerinduan pada RASULULLAH ﷺ
Sekeras mana hati kita pun pasti Madinah mudah mencairkannya semudah cairnya mentega diatas kuali yang panas.
Madinah akan menarik anda sehingga anda mendapati diri anda berjalan, melayang atau menavigasi diri sendiri kepada Sang Nabi.
Madinah menjanjikan Ketenangan & Keberkatan. Ianya terhasil dari doa RASULULLAH ﷺ yang dimakbulkan Allah swt.
Datanglah kepada RASULULLAH ﷺ dan dia akan menyambut anda dengan penuh kegembiraan – tidak kira apa kedudukan,latar belakang atau dari mana anda berasal.
Sememangnya RASULULLAH ﷺ amat sayang & rindu pada umatnya..
Madinah akan menarik anda seperti magnet menarik besi dan saat hendak meninggalkan ada saat yang paling sukar untuk diharungi.
Ketahuilah, pada setiap ruang hati para pengunjungnya نور RASULULLAH ﷺ pasti akan memberkas dihati hati anda.
Ini akan menjadikan anda terseksa dengan kerinduan yang tidak boleh diubati melainkan hadir sendiri dibumi yang paling indah dimata hati setiap umat RASULULLAH ﷺ .
Kredit FB Ahmad Tifla
Koleksi Ceramah: https://www.youtube.com/user/syeduum