Diriku telah mendengar sebuah kisah yang telah disampaikan oleh seorang ulama’ Syria padaku.

Ulama’ itu menceritakan kepadaku.

“Seorang wanita telah datang kepadaku sambil menangis tanpa henti. Aku ingatkan mereka telah menyakitinya atau membunuh bapa dan anak-anaknya.

Sehinggalah dia berhenti menangis, dan aku pun bertanya,

“Kenapa kamu menangis?”

Kemudian wanita itu menjawab,

“Sudah 3 hari berlalu tanpa aku melihat Rasulullah.”

Jadi aku pun bertanya lagi,

“Ini sebabnya kamu menangis?”

Wanita itu berkata,

“Ya, sudah 3 malam diriku tidak berjumpa Rasulullah.”

Aku pun bertanya lagi,

“Jadi sebelum ini setiap malam kamu berjumpa Rasulullah?”

Wanita itu menjawab,

“Ya, setiap malam aku berjumpa Rasulullah. Tapi ketika ini sudah 3 malam berlalu, aku tidak tahu bala apa yang menimpaku atau dosa apa yang telah aku lakukan. Aku bertaubat, aku menangis kerana hal ini.”

Aku bertanya lagi,

“Berapa banyak kamu berselawat kepada Rasulullah setiap hari?”

Wanita itu menjawab,

“15,000 kali.”

Wanita itu sudah biasa berselawat sehari 15,000 kali, kerana itu dia diizinkan oleh Allah untuk melihat Rasulullah setiap malam.

Habib Umar bin Hafidz ~

Kredit Fb KalamUlama

𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝘀𝘁𝗮𝗵𝗶𝗹 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷻ 𝗶𝘇𝗶𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗷𝘂𝗺𝗽𝗮 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 ﷺ.

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/