Dalam Islam tiada istilah bercinta sebelum kahwin. Ramai anak muda sekarang berkata : kalau tidak kenal bagaimana nak berkahwin.

Tapi sebenarnya..

Proses mengenali pasangan anda akan bermula apabila selesai ijab kabul. Jangan pelik jika sepanjang tempoh anda bercinta dulu rupanya anda tidak kenal apa-apa tentang pasangan anda.

Dan jangan pelik selepas bertahun-tahun kahwin anda akan terfikir. Apa la yang aku tergila-gilakan sangat dengan si dia ni.

Dalam tempoh bercinta semuanya akan nampak manis, sedap. Sampai kentut pun anda cakap wangi. Tapi tidak lagi setelah akad diterima. Anda duduk serumah dan sekatil dengan si dia. Semua perangai pelik si dia mula muncul dalam hidup anda.

Pada masa inilah perlu kepada kunci-kunci ini untuk kekal bahagia

1) terimalah pasangan anda seadanya. Belajarlah mengenali pasangan anda sedikit demi sedikit.

2) terimalah segala kelemahan pasangan anda walau apa pun. Dia manusia bukan malaikat.

3) sentiasa berbincang hal-hal rumah tangga

4) ketahuilah tanggungjawab masing-masing

5) jangan fikir bahawa pasangan anda tahu apa dalam otak anda. Luahkan

6) jangan mengharap bulan dan bintang. Berpijaklah pada realiti

7) belajarlah memohon maaf dan maafkan pasangan. Jangan tidur kecuali anda sudah maafkan pasangan anda.

8) carilah ilmu rumah tangga. Banyakkan bertanya dan membaca.

9) belajarlah bersabar dan sentiasa muhasabah diri.

10) sentiasa berdoa agar rumah tangga dipenuhi kebahagiaan, mawaddah wa rahmah. Sandarkan semuanya pada Allah setelah berusaha sedayanya.

اللهم صلّ على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/