
Mencintai Akhirat; “Sikap zuhud adalah amalan hati, dalaman dan memerlukan kekuatan yang besar untuk menumbuhkannya. Nabi Muhammad ﷺ bersabda; “Zuhud itu adalah di sini. Takwa itu di sini. Ketulusan yakni ikhlas itu di sini.” Sambil menunjukkan tangan baginda ke dadanya.”
“Orang yang mampu menumbuhkan prinsip-prinsip zuhud dalam kalbunya telah meneguhkan bangunan tauhid yang kukuh. Hanya Allah سبحانه وتعالى lah yang dia tuju, akhirat adalah negeri tujuan hidupnya, serta tak mudah terpikat oleh rayuan dan gemerlap dunia.”
“Dia tidak mengejar-ngejar hal-hal duniawi, tapi dunia lah yang mengejarnya. Rasulullah ﷺ juga bersabda; “Barangsiapa yang keinginannya adalah negeri akhirat, maka, Allah سبحانه وتعالى akan mengumpulkan kekuatannya, dan menjadikan hatinya kaya. Dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.”
“Namun barangsiapa yang niatnya mencari dunia, Allah سبحانه وتعالى akan mencerai-beraikan urusan dunianya, menjadikan kefakiran di pelupuk matanya, dan dunia yang berhasil diraih hanyalah apa yang telah ditetapkan baginya.”
Jadi, memilih hidup zuhud bukan bererti melalaikan tugas, kewajiban dan tanggung jawab sebagai manusia. Bukan meninggalkan kewajipan untuk mencari nafkah untuk keluarga. Bukan pula berlari dan bersembunyi di gua. Bukan pula meminta kepada Allah سبحانه وتعالى untuk segera meninggalkan dunia ini.”
“Namun, zuhud adalah kesedaran jiwa yang selalu kokoh dalam memegang tujuan penciptaan, yakni untuk beribadah. Zuhud adalah kesedaran jiwa bahawa yang selalu mengisi kalbunya hanya Allah سبحانه وتعالى, bukan selain-Nya. Kerana itu, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani رحمه الله تعالى mengingatkan; “Dan kamu genggamlah dunia ini di tangan, jangan lah di dalam hati kamu.”
“Ukuran zuhud bukan terletak pada rupa dan bentuk zahir tapi hakikat zuhud itu terletak didalam batinnya hati. Imam Hasan Al-Bashri رحمه الله تعالى berkata; “Aku telah menjumpai suatu kaum dan berteman dengan mereka. Tidaklah mereka itu merasa gembira kerana sesuatu yang mereka dapatkan dari perkara dunia, juga tidak bersedih dengan hilangnya sesuatu itu.”
“Dunia di mata mereka lebih hina daripada tanah. Salah seorang di antara mereka hidup satu atau dua tahun dengan baju yang tidak pernah terlipat, tidak pernah meletakkan pakaian di atas perapian, tidak pernah meletakkan sesuatu antara badan mereka dengan tanah beralas.”
“Dan mereka tidak pernah memerintahkan orang lain membuatkan makanan untuk mereka. Bila malam tiba, mereka berdiri di atas kaki mereka, meletakkan wajah-wajah mereka dalam sujud dengan air mata bercucuran di pipi-pipi mereka dan bermunajat kepada Allah سبحانه وتعالى agar melepaskan diri mereka dari diperbudakan dunia.”
“Dan aku dapati mereka inilah orang yang zuhud. Hakikat Zuhud itu bukan hanya sekadar daripada luaran. Seseorang yang meninggalkan kesenangan daripada segi luaran dan sebagainya, itu adalah salah satu bentuk luaran daripada sifat Zuhud.”
“Akan tetapi ianya bukan semata-mata sifat Zuhud pada sekadar meninggalkan ‘Kekayaan’ tetapi ianya terletak didalam hati manusia. Zuhud itu adalah hati yang berpaling daripada Dunia. Mungkin sahaja harta berada ditangan nya, dunia berada di tangannya tetapi tidak sekali-kali diizinkan dunia itu berada dan bertahta didalam hatinya.”
“Dan hatinya tidak terpaut kepada dunia, hatinya tidak terpaut kepada kilauan dan juga Ilusi yg akan memalingkan nya daripada Matlamat dan Tujuan ia diciptakan oleh Allah ﷻ diatas Dunia ini. Zuhud adalah rawatan bagi penyakit cinta kepada dunia. Hakikatnya dia rindukan kampung halamannya dinegeri akhirat yang kekal abadi.”
“Mungkin sahaja dia itu kaya raya, jutawan tetapi jika ia ingin membelanjakan hartanya maka ia tidak akan berkira-kira kerana hatinya tidak terpaut kepada dunia. Maka orang seperti ini adalah Zuhud dan seorang yang Miskin yang tidak mempunyai kekayaan dan kemewahan.”
“Dan hidup papa kedana tetapi hatinya sentiasa menginginkan Dunia, terpaut kepada Dunia, ingin menjadi orang yang lebih hebat memberi kekayaan dan kemewahan dan hati sangat berhasrat untuk menjadi seperti itu. Maka seorang yang Miskin seperti itu maka dia bukanlah Zuhud.”
“Kerana makna daripada Zuhud itu yang terakhir adalah bagaimana ‘Interaksi’ hati kita dengan Dunia. Dan bagaimana ‘Pautan’ hati kita dengan Dunia ini. Semoga Allah ﷻ mencabut kehebatan dan juga kecintaan kepada dunia daripada hati kita dan menanam didalam hati kita cinta kepada Hari Akhirat.”
“Dan cinta kepada Kampung Akhirat yg Allah ﷻ ciptakan Hari Akhirat dan Kampung Akhirat itu untuk mereka yang tidak inginkan Ketinggian dan juga Kesombongan diatas Dunia. Hakikatnya segala nikmat diatas dunia ini adalah pinjaman. Segalanya milik Allah ﷻ, dan kepada Allah ﷻ jualah kita kembali.”
Guru mulia kami. Tasawwuf. Darul Mujtaba. Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari.
Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/