ﺍَﻟﻠﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻝِ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﷺ

DAKWAH

Tiada tugasan yang lebih baik dari tugasan dakwah. Dakwah dalam konteks agama ini (ISLAM) bererti mengajak manusia kepada ALLAH SWT yakni kebaikan.

Rukun berdakwah adalah pendakwah, mereka yang hendak diajak berdakwah & metodologi (kaedah) dakwah.

Dakwah itu bukannya satu pekerjaan tetapi ianya suatu kewajipan serta amanah daripada ALLAH SWT kepada para pendakwah. Boleh menerima ganjaran atas tugasan dakwah tetapi jangan jadikan bayaran itu sebagai sebab utama berdakwah. Ganjaran yang sebenar adalah daripada ALLAH SWT.

Pendakwah hendaklah menyedari bahawa diri mereka adalah wakil daripada para Anbiya dalam menyebarkan risalah agama ini, maka hendaklah menjaga keperibadian serta akhlak kerana mereka menjadi teladan kepada masyarakat sekeliling.

Pendakwah hendaklah berserah secara mutlak kepada ALLAH SWT & tidak bergantung atas kemampuan dirinya sendiri dalam berdakwah walaupun memiliki pengikut yang ramai. Hakikat hidayah itu adalah milik mutlak ALLAH SWT.

Pendakwah hendaklah miliki kasih sayang kepada yang didakwah kerana risau akan balasan di akhirat kelak & hendaklah berdakwah menuju kepada ALLAH SWT, bukannya kepada dirinya sendiri.

  • Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Setiap kita adalah pendakwah. Maka hendaklah berdakwah kepada ahli keluarga yang terdekat terlebih dahulu berbanding orang lain. Semoga dipermudahkan oleh-NYA urusan dakwah ini.

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/