SOALAN :

Ada orang yang berkata ajaran tasawuf bukan berasal dari Quran dan Sunnah kerana itu haram katanya belajar ilmu tasawuf.

Bernarkah begitu?

JAWAPAN :

Ilmu dan ajaran tasawuf adalah bersumberkan nas dari Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw. Oleh itu jika ada orang yang mengatakan tasawuf bukan dari Quran dan sunnah maka tidak lari dari dua kemungkinan yaitu samada orang tersebut tidak mengambil dari sumber yang betul atau orang itu berkata-kata dengan kejahilan.

Telah berkata oleh Imam Junaid Al-Baghdadi yaitu imam segala kaum sufi :

من لم يحفظ القرآن، ولم يكتب الحديث، لا يقتدى به في هذا الأمر؛ لأن علمنا هذا مقيد بالكتاب والسنة

Artinya : “Barang siapa yang tidak menjaga hukum Al-Quran dan tidak menulis hadith yakni tidak menjadikan hadith sebagai ikutan nescaya tidak diikut akan ajarannya pada ilmu tasawuf ini kerana sungguhnya ilmu kami ini dikaitkan dengan Al-Quran dan sunnah.” (Kitab ‘Awariful Ma’arif)

Dan berkata berkata Imam Abu Hasan As-Syazili yang menjadi ikutan para aulia’ :

إذا عارض كشفك الكتاب والسنة، فتمسك بالكتاب والسنة، ودع الكشف، وقل لنفسك: إن الله تعالى قد ضمن لي العصمة في الكتاب والسنة، ولم يضمنها في جانب الكشف ولا الإلهام ولا المشاهدة، مع أنهم أجمعوا على أنه لا ينبغي العمل بالكشف ولا الإلهام إلا بعد عرضه على الكتاب والسنة

Artinya : “Apabila berlawanan kasyafmu dengan Quran dan sunnah maka berpeganglah kepada Quran dan sunnah dan tinggalkan kasyaf dan katalah kepada dirimu : Sungguhnya Allah Taala telah menjamin bagi diriku penjagaan di dalam Quran dan sunnah dan tidak menjaminnya pada pihak kasyaf dan tidak juga ilham dan tidak juga musyahadah pada hal mereka sepakat atas tidak sayugia beramal dengan kasyaf dan tidak dengan ilham melainkan setelah dilintangkannya atas Quran dan sunnah. “ (Kitab Tabaqah Al-Kubra)

Maka jelas sekali Quran dan sunnah adalah sumber utama ajaran tasawuf dan tidak dinamakan tasawuf jika berlawanan dengan Quran dan sunnah.

Tersebut dalam himpunan majlis fatwa negeri Mesir :

فالتصوف واضح وظاهر في التزامه بالكتاب والسنة وعدم خروجه على الشرع الشريف.

Artinya : “Maka tasawuf itu terang jelas pada berpegang dengan Quran dan sunnah dan tiada sekali-kali keluarnya atas syariat yang mulia.” (Darul Ifta Mesir)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/