Allah memiliki 99 nama yg indah atau lebih terkenal dengan sebutan Al-Asma-ul-Husna. Nama-nama tersebut merupakan cerminan dari perilaku Allah terhadap umatnya. Kerana itu, jika nama-nama tersebut kita sebut sebagai suatu permohonan, nescaya akan mempunyai pengaruh yang sangat besar.

Anjuran untuk berdoa mengguna kan Asmaul Husna telah tercermin dlm firman Allah: “Hanya milik Allah Asma-Ul Husna, maka berdoalah kepadaNya dengan menyebut Asma-Ul Husnadan tinggalkan orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapatkan balasan terhadap apa yang telah mereka kerja kan.” (QS Al-Aaraf:180).

Berikut ini saya sertakan beberapa amalan Asma-Ul Husna yang berguna untuk membuka pintu rezeki kita.

1). AL WAHHAABU, Ertinya: Zat yang maha memberi, iaitu memberikan segala nya terhadap keperluan makhlukNya, tanpa diminta sebelumnya Allah sudah menyediakannya.

Keutamaannya:

– Boleh menjauhkan dari kesempitan rezeki
– Boleh mendatangkan kemudahan.

Cara mengamalkan: Barang siapa membaca “YAA WAHHAAB” sebanyak 23 kali berturut-turut sebagai amalan rutin setiap selesai solat fardlu atau setelah solat Hajat 2 raka’at sebanyak 800 kali, maka baginya akan dijauhkan dari kesempitan rezeki dan diberikan kemudahan dalam segala urusannya.

2). AR RAZZAAQU, Ertinya: Zat yang maha memberi rezeki, iaitu memberi rezeki untuk semua makhlukNya untuk keperluan hidupnya. Dan Dia pula yang menentukan banyak dan sedikitnya rezeki yang akan diberikan pada hamba-hambaNya.

Keutamaannya:

– Boleh memudahkan jalan rezeki
– Boleh memberikan keberuntungan

Cara mengamalkan: Barang siapa membaca “YAA RAZZAAQ” sebanyak-banyaknya setiap hari seteah solat fardu, maka ia akan dijauhkan dari kesempitan rezeki dan usahanya selalu mendapat keuntungan yang berlimpah-limpah.

3). AL BAASITHU, Ertinya: Zat yg maha melapangkan rezeki, iaitu memberikan kelapangan rezeki kepada hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, sehingga banyak orang bodoh dapat hidup kaya-raya, sebaliknya orang yang cerdik, pandai hidupnya miskin. Nah, demikian itulah yg dinamakan “sudah menjadi surahan takdirNya”.

Keutamaan:

– Boleh memajukan usaha dalam perniagaan
– Boleh memberikan keuntungan

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA BAASITH” sebanyak-banyaknya sebagai amalan yang rutin setelah solat fardhu atau setelah solat hajat membaca 300 kali, maka akan dijamin usahanya dalam bidang perniagaan mendapat kemajuan yang pesat dan selalu memperoleh keuntungan.

4). AL JALIILU, Ertinya: Zat yang maha sempurna, iaitu Dia tidak mempunyai cacat dan kekurangan apapun sebagaimana yang dialami makhukNya. Jadi kesempurnaan Allah itu meliputi segalanya-galanya.

Keutamaan:

– Boleh mempercepat kemajuan perdagangan
– Boleh menjauhkan dari kesulitan hidup

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA JALIIL” sebanyak 99 kali, sebagai amalan rutin setiap hari setelah solat tahajjud, maka bila dia seorang pedagang akan cepat maju, bila seorang pegawai akan segera naik pangkat dan bila seorang petani akan panen yang melimpah serta dijauhkan dari kesulitan hidup.

5). AL QAYYUUMU, Ertinya: Zat yang maha berdiri sendiri, iaitu tidak berhajat kepada siapapun juga didalam mengatur dan mengurus makhlukNya.

Keutamaan:

– Boleh melancarkan jelannya rezeki
– Boleh dicintai dan disegani semua orang

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA QAYYUUM” sebanyak 80 kali sebagai amalan rutin setiap hari setelah solat fardhu, maka baginya akan diberi jalan kelancaran rezeki dan juga dicintai serta disegani oleh banyak orang.

6). AL AAKHIRU, Ertinya: Zat yang maha akhir, iaitu Dia Tiada masa berakhirnya sebagaimana yang dialami hamba-hambaNya.

Keutamaanya:

– Boleh memudahkan rezeki
– Boleh menjauhkan dari segala macam kesulitan hidup.

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA AAKHIR” sebny6k 200 kali sebagai amalan rutin setiap hari setelah solat tahajjud, maka akan dimudahkan jalan rezekinya serta boleh menjauhkan dari segala macam kesulitan hidup.

7). AL QHANIYYU, Ertinya: Zat yang maha kaya, iaitu Dia yang sangat kaya raya di atas segalanya-galanya, sehingga kekayaanNya dapat mencukupi keperluan hamba-hambaNya.

Keutamaannya:

– Boleh memberikan kecukupan dalam kehidupan
– Dapat anugerah keberkatan rezeki yang didapat

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA GHANIYYU” sebanyak 400 kali sebagai amalan rutin setiap hari setelah solat fardhu, maka baginya akan diberi kecukupan didalam kehidupannya dan setiap rezeki yang diperoleh akan membawa keberkatan.

8). AL MUGHNIY, Ertinya: Zat yang maha memberi kekayaan, iaitu semua kekayaan yang dimiliki oleh manusia itu adalah merupakan pemberian dari Allah swt, tetapi kebanyakan manusianya sendiri yang tidak menyadari, sehingga ia menjadi pelit ketika dianjurkan untuk membelanjakan hartanya di jalan Allah.

Keutamaannya:

– Boleh memudahkan apa yg dicita-citakan
– Boleh memperlancar jalannya rezeki

Cara mengamalkan: Barangsiapa membaca “YAA MUGHNIY” sebanyak 200 kali sebagai amalan yang rutin setiap hari setelah solat fardhu atau dibaca pada tengah malam setelah solat Hajat, maka jalan rezekinya akan diberi kelancaran dan apa yang menjadi cita-citanya akan mudah terlaksana.

Kesungguhan dalam mengamalkan zikir Asmaul Husna merupakan syarat yang mutlak diterimanya suatu permohonan, selain itu diperlukan juga keyakinan dan kesabaran yang penuh. Waktu terbaik untuk mengamalkan Asma-Ul Husna adalah tengah malam. Saat sebahagian besar manusia telah tidur terlelap, merupakan waktu terbaik dan mustajab untuk memohon kepada Allah swt.

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/