Sediakan 49 biji kurma (sebaiknya ruthob) seorang (suami dan isteri wajib ambil) bermaksud 49 X 2, Madu lebah asli dan air zam-zam.

1) 7 butir Kurma dibuang bijinya, kisar atau kacau sehinga hancur di dalam sebuah mangkuk.

2) Kemudian dicampur dengan madu lebah, secukupnya, sehingga ramuan tersebut seakan-akan jem atau pes.

3) Ramuan ini adalah untuk satu hari, iaitu ditelan atau makan sebelum sarapan, diambil selama 7 pagi berturut-turut, tanpa putus.

4) Selang 5-10 min setelah makan, minum air zam-zam dengan doa.

Adapun ramuan tersebut terlebih baiknya didoakan dengan:

Al Faatihah 7x, Ayatul Kursi 3x, At Tariq:7 3x, Al An’am 98 3x, Selawat 11x.

Sebaiknya, elakkan berjima’ dalam tempoh 7 hari pengambilan untuk kesan yang lebih baik. Wanita yang baru sahaja bersih dari haid digalakkan mengambil remedi ini.

InsyaALLAH, semoga ALLAH memudahkan ikhtiar kalian.

kreditwanasrulalkalantani

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/