PERNIKAHAN

Digalakkan untuk menghadirkan niat-niat berikut bagi yang bakal melangsungkan PERNIKAHAN, (tidak lupa jua bagi yang sudah bernikah☺️);

  1. Memenuhi apa yang menjadi dasar kepada penciptaan makhluk, yakni berpasangan. Untuk mencari iktibar/pengajaran dalam berpasangan.
  2. Mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W supaya terlepas daripada hanya mengikuti hawa nafsu.
  3. Untuk memberi hak kepada hawa nafsu yang diberi Allah S.W.T kepada manusia.
  4. Untuk melengkapkan iman. Separuh daripada imam akan terjaga dengan pernikahan. Maka kita berdoa agar Allah S.W.T membantu untuk kita menjaga yang separuh lagi.
  5. Menjaga mata dari selain yang dihalalkan Allah S.W.T
  6. Melakukan suruhan Nabi S.A.W yakni “menikahlah kamu”. Niatkan “saya penuhi suruhan Rasulullah S.A.W untuk menikah”
  7. Mengharapkan zuriat yang soleh/solehah yang akan dibanggakan oleh Nabi S.A.W. Memenuhi bumi ini dengan orang soleh/solehah yang beribadat kepada Allah S.W.T.
  8. Ingin membina sebuah rumahtangga sakinah, yakni seperti rumahtangga Rasulullah S.A.W.
  9. Berazam untuk mencari apa yang Allah S.W.T letakkan di dalam rahsia pernikahan, yakni As-Sakinah, Mawaddah & Ar-Rahmah.
  10. Menanamkan niat seperti mana niat orang-orang soleh ketika menikah.

Kalam nasihat Al-Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid bagi pasangan pengantin, baik yang BARU mahupun yang LAMA 😊

Dapatkan Doa,Zikir,Tasbih serta Mutiara Kata di instagram kami : https://www.instagram.com/pondokhabib/