
KENAPA MAZHAB SYAFIE QUNUT?
Ringkasan perbincangan qunut
1- Ada beberapa hadis shahih yang di pegang oleh mazhab syafie.
2- Dua hadis penting menjadi perselisihan di kalangan ulama
3- Pertama : Dari Abu Malik al-Asyja’I, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bid’ah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
4- Kedua : Rasulullah saw sentiasa qunut dalam solat subuh sehingga baginda berpisah dengan dunia (wafat).
Hadis ini dinilai daif oleh sebahagian muhaddithin kerana perawi abu jaafar arrazi. Namun sebahagian lainnya mengatakan siqah seperti Ibn mai’n, Ali al-Madini, Ibn ammar al-Musili, Abu Hatim, Ibn saad, al-hakim, Ibn abd alBarr, Ahmad Hanbal (salih alhadis selain dari riwayat mughirah)
5- kesimpulan imam Nawawi rah, “mazhab kami adalah SUNAT QUNUT NAZILAH ATAU QUNUT SUBUH. Begitu juga banyak di kalangan salaf dan selepasnya. Sebahagian dari mereka Abu Bakr , Umar, Uthman dan Ali, ibn Abbas dan Bara’ bin ‘Azib r anhum, diriwayat oleh Imam Albaihaqi dengan pelbagai riwayat Shahih (anNawawi, almajmuk syarh almuhazzab 3/504)
6- Dalam keadaan hadis yang menetapkan (Qunut) dan hadis yang menafikannya yang kelihatan bertentang, maka para ulama mengguna kaedah usul (المثبت مقدّم على النافي) orang yang menetapkan sesuatu didahulukan dari yang menafikan.
7- Jadi dengan itu imam Syafie mengatakan sunat qunut dalam solat subuh. Mazhab maliki juga qunut tetapi sebelum ruku’ secara perlahan.
8-perbincangan masih panjang, namun, saya kira poin ini mencukupi untuk kefahaman umum masyarakat yang berpegang mazhab Syafie.