Beliau merupakan salah seorang anak kepada Imam Muhajir Ahmad Bin Isa yang nama asalnya ialah Abdullah. Manakala Abdullah (kedua) yang merupakan anak kepada Imam Muhajir sewaktu beliau berkahwin dengan seorang wanita di Hadhramaut wafat pada usia kecil dan tidak menghasilkan keturunan.

Imam Ubaidillah dilahirkan di Basrah dan mendapat pendidikan daripada para alim ulamak dan juga daripada ayahnya sendiri di Basrah.

Beliau juga dikenali sebagai Imam yang dermawan, ahli didalam pelbagai bidang ilmu, dan selalu menghargai serta membalas baik orang ramai. Disebabkan sifat tawadhu’ yang ada pada diri, beliau menggantikan nama asalnya dengan kalimah yang lebih rendah daripada Abdullah kepada Ubaidillah Hal ini merupakan tanda pengagungannya kepada Allah dan bentuk kerendahan dirinya.

Setelah perjalanan yang jauh dan musafir yang panjang mengikuti rombongan
ayahnya berhijrah ke Hadhramaut, Imam Ubaidillah mengembara ke Makkah al Mukarramah pada tahun 375 H untuk menimba ilmu dengan para alim ulamak di Makkah al Mukarramah antaranya Syeikh Abu Talib al Makki (Pengarang kitab Qutul Qulub)sebagaimana dikisahkan didalam kitab al Yaqutus Thamin.

Imam Ubaidillah wafat pada tahun 383 H dan dimaqamkan di perkampungan Bor
berhadapan Husaiseh.

Beliau mempunyai 3 orang anak iaitu Basri, Jadid dan Alwi.

Daripada Imam Alwi inilah satu – satunya keturunan beliau yang ada sehingga sekarang dan kesemua para habaib dinisbahkan salasilah keturunan mereka kepada Imam Alwi Bin Ubaidillah Bin Imam Muhajir Ahmad Bin Isa.

Manakala Imam Ismail (Basri) dan saudaranya Imam Jadid pula terputus keturunan mereka sekitar kurun ke 6 atau 7 Hijrah.

#BiografiUlama’Hadhramaut