SIRI 6 : KELOMPOK – KELOMPOK ISLAM SEMUANYA MASUK SYURGA KECUALI SATU KELOMPOK. Sesungguhnya seluruh mazhab dan seluruh kelompok daripada umat Nabi SAW akan masuk syurga kecuali satu kelompok sebagaimana yang disebutkan di dalam beberapa hadis iaitu kelompok Zindiq. Kelompok Zindiq adalah kelompok yang zahirnya tampak mereka seperti Islam tetapi batin mereka, mereka menyembunyikan kekafiran dalam apa sahaja segi atau sudut penyembunyian kekufuran mereka kepada Allah SWT pada zaman apa sekalipun. Di antara hadis yang menyebut tentang ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW
ستفترق أمتي على نيف وسبعين فرقة كلها في الجنة إلا واحدة .
رواه ابن النجار في مسنده وصححه الحاكم وروى الديلمي
‘umatku akan berpecah kepada lebih kurang 75 kumpulan semuanya akan masuk ke dalam syurga kecuali satu kumpulan’.
Riwayat Ibn Najar ra pada masnadnya dan disahihkan oleh al-Hakim ra serta diriwayatkan oleh ad-Dailami ra. Para ulama' berpendapat satu kumpulan itu adalah kumpulan ahli Zindiq. Terdapat riwayat yang lain menyebutkan
وعن أنس رضي الله عنه : تفترق أمتي على بضع وسبعين فرقة كلها في الجنة إلا واحدة وهي الزنادقة
أخرجه أبو يعلى
Daripada Anas bin Malek ra : ‘umatku berpecah kepada lebih kurang 75 kumpulan semuanya akan masuk ke syurga kecuali satu iaitu golongan Zindiq.
Dikeluarkan oleh Abu Ya’la.
وروى البخاري رضي الله عنه عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : كل أمتي يدخلون الجنة إلا من أبى ،قالوا : يا رسول الله ومن يأبى ،قال من أطاعني دخل الجنة ومن عصاني فقد أبى.
Imam al-Bukhari ra meriwayatkan dari Abu Hurairah ra berkata : setiap umatku masuk ke syurga kecuali ada orang yang enggan. Para Sahabat ra bertanya : Wahai Rasulullah SAW siapakah yang enggan itu? Rasulullah SAW menjawab : ‘sesiapa yang taat padaku maka syurga baginya manakala siapa yang melakukan maksiat kepadaku sesungguhnya dialah yang enggan’.
Makluman dari hadis ini menunjukkan kepada kita setiap muslim yang taat kepada Rasulullah SAW mengikut Islam dan beriktikad dengan apa yang datang dengan maka ia berada dalam kebenaran akan tetapi setiap orang kafir, munafiq dan zindiq adalah golongan yang enggan masuk syurga kerana mereka semua tidak beriktikad dengan iktikad yang benar mengikut petunjuk Muhammadiah dan wajah yang sahih.