Dr. Irwan bin Mohd Subri

May 27 at 10:48 PM · 

Imam al-Nawawi menyebut hadis dalam kitab “Riyad al-Salihin” dalam “Bab al-Wa‘zi Wa al-Iqtisad Fihi”:
بابُ الوَعظ والاقتصاد فِيهِ
قَالَ الله تَعَالَى: {ادْعُ إِلَى سَبيلِ رَبِّكَ بالحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ} [النحل: 125].
698 – وعن أَبي وائلٍ شقيقِ بن سَلَمَةَ، قَالَ: كَانَ ابنُ مَسْعُودٍ رضي الله عنه يُذَكِّرُنَا في كُلِّ خَمِيسٍ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ: يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمنِ، لَوَدِدْتُ أنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ. فَقَالَ: أمَا إنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أنَّي أكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ، وَإنِّي أتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ، كَمَا كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَخَوَّلُنَا بِهَا، مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا. متفقٌ عَلَيْهِ. «يَتَخَوَّلُنَا»: يَتَعَهَّدُنَا.
Maksudnya, “(Bab Peringatan dan Berpada Padanya)
Allah Taala berfirman yang bermaksud, “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik” (Surah al-Nahl: 125).

Daripada Abu Wa’il iaitu Shaqiq bin Salamah, dia berkata, “Ibnu Mas‘ud RA memberikan peringatan -nasihat yang berasaskan keagamaan- kepada kami sekali setiap hari Khamis. Kemudian ada seseorang yang berkata kepadanya, “wahai Abu ‘Abd al-Rahman, aku lebih senang lagi, kalau engkau memberikan peringatan kepada kami setiap hari”. Ibnu Mas‘ud menjawab, “yang menghalang aku berbuat demikian itu -yakni tidak memberikan peringatan setiap hari- kerana aku bimbang aku akan menyebabkan kamu semua bosan. Sesungguhnya aku menjaga waktu -yakni tidak setiap hari- memberikan nasihat kepada kamu semua ini seperti mana Rasulullah SAW yang juga menjaga waktu memberikan nasihat kepada kami, karena takut timbulnya kebosanan pada kami” (muttafaqun ‘alayh)”.

Prof. Dr. Khalid bin ‘Uthman bin ‘Ali al-Sabt, pensyarah Universiti al-Imam ‘Abd al-Rahman bin Faysal, Dammam, Saudi berkata:
يدل على أنه يجوز أن يخصص يوماً بعينه للوعظ، اختار يومًا في الأسبوع من أجل أن يعرف الناس ذلك ويحضروا، ويتوافدوا، فهذا لا إشكال فيه، ولا يدخل ذلك في باب البدع، ولا في ذرائعها، لا إشكال في هذا
Maksudnya, “Hadis ini menunjukkan harus untuk mengkhususkan hari tertentu untuk memberi peringatan. Beliau memilih satu hari dalam seminggu supaya orang ramai dapat tahu dan dapat hadir serta mereka berbondong-bondong datang. Ini tiada kemusykilan padanya dan ia tidak termasuk dalam bab bidaah dan tidak juga jalan ke arahnya (bidaah). Ini tiada kemusykilan padanya”.

Imam al-Bukhari dalam “Sahih al-Bukhari” meriwayatkan hadis daripada ‘Ikrimah, daripada Ibnu ‘Abbas, dia berkata:
حَدِّثْ النَّاسَ كُلَّ جُمُعَةٍ مَرَّةً، فَإِنْ أَبَيْتَ فَمَرَّتَيْنِ، فَإِنْ أَكْثَرْتَ فَثَلَاثَ مِرَارٍ، وَلَا تُمِلَّ النَّاسَ هَذَا الْقُرْآنَ، وَلَا أُلْفِيَنَّكَ تَأْتِي الْقَوْمَ، وَهُمْ فِي حَدِيثٍ مِنْ حَدِيثِهِمْ، فَتَقُصُّ عَلَيْهِمْ فَتَقْطَعُ عَلَيْهِمْ حَدِيثَهُمْ فَتُمِلُّهُمْ، وَلَكِنْ أَنْصِتْ، فَإِذَا أَمَرُوكَ فَحَدِّثْهُمْ، وَهُمْ يَشْتَهُونَهُ، فَانْظُرْ السَّجْعَ مِنْ الدُّعَاءِ، فَاجْتَنِبْهُ، فَإِنِّي عَهِدْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ، لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ يَعْنِي لَا يَفْعَلُونَ إِلَّا ذَلِكَ الِاجْتِنَابَ
Maksudnya, “Berbicaralah kepada orang-orang setiap Jumaat sekali. Jika kamu enggan, maka dua kali, dan apabila kamu ingin lebih banyak lagi, hendaknya hanya tiga kali (pada setiap Jumaat). Janganlah membuat orang-orang bosan dengan Al-Quran ini. Jangan sekali-kali aku dapati kamu mendatangi satu kaum ketika mereka berbincang-bincang, tiba-tiba kamu menyampaikan kisah dan memotong pembicaraan mereka hingga mereka bosan. Akan tetapi diamlah terlebih dahulu. Jika mereka mempersilakanmu, silakan kamu berbicara, sehingga mereka bersemangat mendengarkan tutur bicaramu. Dan tolonglah cermat sajak puitis (yang sukar difahami) dan jauhilah yang seperti itu. Ini kerana aku dapati Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak melakukan yang demikian, yakni tidak melakukan hal itu kecuali mereka menjauhi perkara itu”.

Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata dalam “Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari”:
والمراد بالقصص التذكير والموعظة، وقد كان ذلك في عهد النبي صلى الله عليه وسلم، لكن لم يكن يجعله راتبا كخطبة الجمعة، بل بحسب الحاجة
Maksudnya, “Yang dimaksudkan dengan cerita ialah memberi peringatan. Ini berlaku pada zaman Nabi SAW tetapi dia tidak menjadikannya tetap seperti khutbah Jumaat, tetapi berdasarkan keperluan”.

Menentukan hari dan waktu tertentu untuk memberi tazkirah yang termasuk dalamnya membaca ayat-ayat al-Quran, telah sabit sejak pada zaman Nabi SAW dan menjadi amalan beberapa orang sahabat Baginda. Elok juga masyarakat muslim di Malaysia pelbagaikan aplikasi majlis bacaan surah Yasin malam Jumaat. Bukan hanya membaca surah Yasin semata-mata, baca juga surah-surah lain, bertazkirah, saling nasihat menasihati, bertadarus dan apa sahaja yang sesuai. Yang penting ialah tidak membosankan masyarakat bak kata Ibnu Mas‘ud.

Wallahu a‘lam bi al-sawab.

Rujukan

al-Bukhari. Sahih al-Bukhari.
Ibnu Hajar al-‘Asqalani. Fath al-Bari Bi Sharh Sahih al-Bukhari.
al-Nawawi. Riyad al-Salihin.
Khalid bin ‘Uthman bin ‘Ali al-Sabt. https://khaledalsabt.com/…/%D8%AD%D8%AF%D9%8A%D8%AB-%D9%83%….