Image result for amazing madinah

Daripada Anas bin Malik berkata : Nabi s.a.w. telah bersabda : ”Sesungguhnya seorang lelaki yang sebelum kamu telah meninggal dan tidak ada bersamanya sedikitpun daripada kitab Allah kecuali ”Tabaarakal Lazi”. Maka apabila dimasukan ke dalam lubang kubur, datanglah kepadanya Malaikat. Maka surah itu telah menahan wajahnya dan malaikat berkata pada surah itu. Sesungguhnya kamu daripada kitab Allah dan saya tidak mahu menyusahkan kamu, sesungguhnya saya tidak boleh memberi kepada kamu dan kepada dia, dan kepada saya kemudharatan atau kemanfaatan. Sesungguhnya jika kamu mahu memberi manfaat kepada dia (Si Mati), jadi pergilah menemui Allah s.w.t. Dan mintalah syafaat daripadanya. Maka diapun (surah) menemui Allah SWT. Dan berkata : ”Wahai Tuhanku, si fulan ini (si mati), dia pilih saya dalam kitabmu dan dia pelajari saya dan dia membaca saya. Bolehkah wahai Allah, engkau membakarnya dan menyeksanya, walhal saya di dalam dadanya. Maka jika engkau ingin berbuat demikian, jadi padamlah saya dari kitabmu. Dan Allah SWT berfirman : ”Aku nampak kamu marah.” Dia (surah) menjawab : ”Sesungguhnya saya marah.” Allah SWT berfirman : ”Pergilah sesungguhnya aku memberi dia kepada kamu menjadi syafaat ke atasnya.”

Nabi SAW bersabda : ”Surah itu datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa2 pada Si Mati.

Maka surah itu datang dan meletakkan mulutnya kepada mulut Si mati dan mengucapkan selamat datang kepada mulut yang sentiasa membaca saya dan selamat datang kepada dada yang sentiasa menghafal dan menjaga saya. Dan selamat datang kepada dua kaki yang sentiasa berdiri dan membaca saya.

Maka surah itu bersama si mati dalam kuburnya supaya dia (si mati) tidak merasa kesunyian.”

Anas berkata : ”Apabila Nabi SAW khabarkan Hadis ini maka tidak ada seorang pun yang kecil mahupun yang besar, hamba mahupun tuan kecuali dia mempelajari surah ini dan Nabi SAW memanggil surah ini Al-Munjiah : Iaitu yang menyelamatkan.”

(HR. Ibnu Katsir)

Mohon Like & Share aktiviti kami :

  1. Facebook Pondok Habib : https://facebook.com/pondokhabib/
  2. Twitter : https://twitter.com/pondokhabib
  3. Koleksi Kuliah Agama : https://facebook.com/VIDEOKULIAH
  4. MAHABBAH RASULULLAH : https://facebook.com/groups/mahabbahrasul/
  5. Doa & Zikir : https://www.facebook.com/groups/205402666291176/