Image result for wanita muslimah

Ketahuilah bahawa beberapa Ulama telah memfatwakan pada perempuan yang menderhakai suaminya seperti berikut: Antara dosa besar yang menjadikan ia menderhakai suaminya ialah:

1. Menegahkan suaminya daripada mengambil kesukaan, sama ada wati atau lainnya, seperti ia menegah suaminya daripada menjamah dan menyentuh pada mana-mana tempat daripada badannya.

2. Ia keluar daripada rumah tanpa izin suaminya, sama ada suaminya itu hadir atau ghaib, atau keluar kepada majlis zikir atau majlis ilmu mempelajari ilmu yang bukan fardu Ain. Maka tiada di kira derhaka, jika ia keluar kerana belajar hukum haid dan nifas dan sekalian ilmu fardu Ain, bahkan wajib ke atasnya keluar bagi mempelajari segala fardu Ain dan haramlah ke atas suaminya menegahkan isterinya daripada keluar kerana hendak menuntut ilmu fardu Ain jika si suami itu bukan orang yang Alim. Tetapi jika si suami itu orang yang Alim wajiblah atasnya mengajarkan isterinya, maka ketika itu haramlah ke atas perempuan itu keluar dari rumahnya.

3. Ia enggan berpindah bersama suaminya.
4. Ia menyelak pintu ketika suaminya hendak masuk kepadanya.
5. Ia meminta cerai(talak).
6. Ia bermasam muka sesudah bersihnya(dari haid dan nifas).
7. Dan beberapa perkara lagi akan di sebutkan dalam kitab-kitab fikah.

Kata pengarang lagi apabila seseorang isteri melakukan mana-mana perbuatan penderhakaan di sebutkan tadi walaupun sekejap jua, nescaya tidak wajib ke atas suaminya memberi nafkah kepadanya ada hari itu dan tiada wajib memberi pakaian pada ketika itu. Dan tidak wajib mendatangi gilirannya, bahkan suaminya menghukumnya dengan meninggalkan tempat tidurnya sehingga ia berhenti daripada menderhakai dan kembali patuh dan taat kepada suaminya, walaupun sampai beberapa tahun sekalipun.

Kitab ‘Uqud Al Lujain Fi Bayaan Huquq Az Zaujain
Sheikh Muhammad Nawawi al-Jawi

Mohon Like & Share aktiviti kami :

  1. Facebook Pondok Habib : https://facebook.com/pondokhabib/
  2. Twitter : https://twitter.com/pondokhabib
  3. Koleksi Kuliah Agama : https://facebook.com/VIDEOKULIAH
  4. MAHABBAH RASULULLAH : https://facebook.com/groups/mahabbahrasul/
  5. Doa & Zikir : https://www.facebook.com/groups/205402666291176/