Majlis Maulidur Rasul SAW Tiada Asasnya ?
Sudah 1441 kekasih Allah SWT meninggalkan kita umatnya tetapi Baginda SAW tidak pernah lupakan kita, apa buktinya ? sekiranya kita lihat masjid, mushaf, kitab ilmu agama Islam, ulama’ yang berpakaian sunnah, kopiah, kayu sugi, selendang, tudung wanita ,tasbih ini semua adalah ajaran Baginda SAW.
Amalan menghidupkan bulan Rabiul Awal dengan sambutan Maulidur Rasul SAW adalah amalan yang paling terpuji dan paling baik serta perlu diamalkan di seluruh masjid dan surau hatta seluruh rumah umat Islam. Kenapa ? Kerana bukankah kita kalau orang nak ingat kita, mereka akan sebut kita, adakah kamu semua tidak suka orang ingat kita walaupun kita jauh di mata. Selalunya kalau orang ingat kita cukupkah hanya sekadar ingat atau memuji kita bahkan di bawa hadiah untuk kita. Bukankah Islam yang kita dapat ini ada seorang hamba Allah SWT yang susah payah membawanya, mengajarnya, menyampaikannya sehingga Baginda SAW banyak kali hendak dibunuh oleh musuh-musuhnya. Apakah kamu buta melihat itu semua ? kamu ingat Islam itu sampai kepada kamu dengan tiba-tiba tanpa ada usaha yang sangat kuat kerana Baginda SAW sangat mencintai umatnya.
Justeru, kita yang hidup hari ini. Hidup serba mewah, apa yang tiada di dunia hari ini. Semua yang ada hari ini Baginda SAW telah cakap sebelum 1441 tahun dahulu. Maka banyak-banyakkanlah sebut namanya, pujilah Baginda SAW sebanyak – banyaknya, buatlah hari – hari mengngingati Baginda SAW. Teruskan jangan henti-henti, pedulikan apa orang jahil nak berkata.
Mereka itu seumpama anjing menyalak bukit . Bukit tidak akan hancur dengan salakan anjing itu. Anjing kalau menyalak bila tidak dapat buat apa-apa akan diamlah mereka. Jadi jangan matikan syiar yang mulia ini. Teruskan hidupkan majlis maulid. Tambahkan majlis Maulidur Rasul SAW sebelah pagi,petang, siang dan malam supaya Rasulullah SAW hidup di dalam hati kita.
رسول الله صلى الله عليه واله وصحبه حي في قلوبنا
Rasulullah SAW hidup di hati kita