Bismillahirrahmamirrahim.

Kitab Manhajus Sawiy bersama Habib Hussein Al Haddar @ Masjid Al-Abdul Razak 26/11/2019

Habib mulakan dengan mengatakan kitab ini syarah yang dikarang oleh Habib Zein Bin Ibrahim Bin Semait mengenai usul Tariqah Baalwie.

Agar susah untuk baca keseluruhan kitab ini dalam 2 hari tetapi kita akan bahaskan usul-usul tariqah yang 5 iaitu:
1. Ilmu,
2. Amal,
3. Wara,
4. Ikhlas, dan
5. Khauf iaitu takut kepada Allah ﷻ.

Dahulu pada zaman Habib Ahmad bin Zein Al Habsyi, ada orang bertanya kepadanya apakah usul tariqah baalawi. Lalu dia menyebutkan usul yang lima itu. Sekarang, Habib Zein telah mensyarahkan 5 usul itu yang telah Habib Ahmad Bin Zein Al Habsyi tetapkan dalam buku bertajuk Manhaj Sawiy.

Yang pertama, Ilmu. Dalam kitab ini, penulis menukilkan ayat Qur’an bahawa Allah ﷻ memuji mereka yang mempunyai ilmu. Allah ﷻ juga menjadi saksi atas mereka. Ini cukup untuk memahami kepentingan ilmu. Ada pelbagai ilmu dalam dunia. Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah ilmu yang mendatangkan khasyatillah (ketakutan kepada Allah ﷻ) seperti di dalam Al Qur’an yang menyebut mereka yang takut kepada Allah ﷻ adalah para ulama.

Kita adalah manusia yang paling berhajat kepada ilmu maka perlulah kita mengambil faedah-faedah dari majlis-majlis ilmu. Ini dikuatkan lagi dalam Al Qur’an bahawa Rasulullah ﷺ beritahu kita Allah ﷻ berfirman untuk berdoa agar meningkatkan ilmu (Allahumma zidnii ilman war zuqnii fahman). Rasulullah ﷺ juga bersabda sesiapa yang tidak tambah ilmunya, maka rugilah dia pada hari itu.

Dengan ilmu, kita dapat kenali halal dan haram, Syaitan tidak dapat menipu kita, dan banyak lagi faedah ilmu dalam hidup kita.

Maka carilah ilmu dan ajarkan kepada anak-anak.

Allah ﷻ menyebut mengenai rijal (lelaki yang tulen) yang berilmu dan Allah ﷻ juga memuji rijal di dalam Al Qur’an.

Selapas kewafatan Rasulullah ﷺ, ada suatu ketika di mana Sy Abu Bakr dan Sy Abu Hurairah pergi ke pasar dan mereka melihat ramai sahabah-sahabah di pasar lalu mereka berkata, “Wahai sahabah, adakah engkau semua sibuk di pasar sedangkan harta Rasulullah ﷺ sedang dibagi-bagikan di Masjid?” Mendengar ini mereka pun bergegas ke masjid lalu nampak halaqah-halaqah yang sedang diaadakan tetapi tidak ada harta-harta. Mereka pun balik ke pasar dan bertanya kepada Sy Abu Hurairah, “adakah engkau telah tipu kami?”

Lalu Sy Abu Hurairah menjawab, “Harta pusaka Rasulullah ﷺ adalah ilmu-ilmu!”

Tiap-tiap makhluq, seperti ikan di laut dan burung-burung di langit meminta pengampunan bagi yang ‘alim. Mengapa? Sebahagian ulama mengatakan bahawa seorang alim mengingatkan orang-orang awam mengenai Allah ﷻ dan ilmu-ilmu lain.

Mengapa ikan-ikan di lautan mendoakan mereka?
Apabila rahmat Allah ﷻ turun di muka bumi dengan sebab barakah mereka yang menuntut ilmu, di antaranya, Allah ﷻ menurunkan hujan. Hujan ini akan sampai ke laut lalu menjadi makanan bagi ikan-ikan di laut. Ini menyebabkan ikan-ikan di laut mendoakan orang alim atas tanda terima kasih.

Ada juga hadith bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan ulama itu pewaris para-para Nabi. Sesiapa yang mendapati ilmu, maka dia telah mendapat nikmat besar daripada Allah ﷻ.

Sy Ali r.a. berkata manusia sama darjatnya kerana kita semua balik kepada bapa yang sama iaitu Nabi Adam. Akan tetapi, kemulian yang diberi kepada mereka yang berilmu.

Ada pensyair-pensyair mengatakan ada manusia yang masih hidup tetapi mati di kalangan manusia atas sebab kejahilan.

Ada hadith bahawa Rasulullah ﷺ mengatakan sesiapa yang mengambil jalan ilmu, Allah ﷻ akan memudahkan perjalanannya ke jannah.

Pada Hari Kiamat, Allah ﷻ akan timbang dakwat para ulama dan darah para syuhadaa (mereka yang terkorban di jalan Allah ﷻ ). Dakwat para ulama lebih berat. Allah ﷻ menaikkan darjat para ulama di mana satu darjat adalah 700 tahun jauh.

Seperti pengarang kitab Sofwatuz Zubad menukilkan, tiap-tiap mereka yang amal tanpa ilmu, maka amalannya akan ditolak.

Ada seorang yang beribadah selama 70 tahun akan tetapi ibadahnya tertolak kerana dia tidak pelajari syarat-syarat ibadah.

Ada seorang lelaki yang sangat tekun dalam ibadah. Di sebelahnya, dia mempunyai seekor keldai yang sering bersamanya. Apabila ditanya apakah tujuan keldai ini, lelaki itu menjawab menjawab, “Aku sering beribadah tetapi kadang-kala aku bersyahwat. Maka aku bersetubuh dengan keldai ini sebab aku tidak mempunyai isteri.” Lihatlah kejahilan lelaki ini.

Kejahilan adalah prinsip bagi setiap kejahatan. Ada suatu ketika, ada seorang lelaki yang jahil yang berpakaian seperti ulama datang ke sebuah kampung. Kebetulan, ada seorang yang meninggal lalu para penduduk kampung itu meminta lelaki ini menjadi imam bagi solat jenazah. Lelaki yang jahil itu pun melakukan solat 4 rakaat bersamaan rukuk dan sujud. Lalu penduduk kampung menyoalnya, “Kenapa ada sujud dan rukuk sedangkan solat jenazah hanya 4 takbir?”

Dia menjawab, “Betul. Tapi orang ini dosanya banyak lalu kita perlu solat dengan rukuk dan sujud!” Ini menunjukkan kejahilan orang ini dan beramal tanpa ilmu.

2 rakaat yang dikerjakan oleh orang alim adalah lebih baik daripada 2 rakaat dikerjakan orang awam.

Kalau kita tidak mampu mengajar anak-anak dan isteri-isteri, kita perlu memastikan mereka menghadiri majlis-majlis ulama.

Habib Umar bin Semait mengatakan, tiada sesuatu yang sama seperti ilmu. Ilmu ini akan menyebabkan rezqi sampai kepada mereka yang pelajari ilmu.

Jadilah seperti burung yang keluar pagi-pagian. Dan jadilah seperti kucing yang beradab.

Ada seorang yang berumur 80 tahun tidak mempunyai makanan. Maka, dia keluar untuk mencarinya tetapi tidak menjumpai walaupun ditanya kepada Raja. Dia pun terus mencari ilmu hingga dia menjadi seorang ulama di kawasan itu sehingga Raja menziarahi beliau!

Ilmu sahaja tidak mencukupi kalau tidak diiringi dengan amal.

Nafsu kita ini lebih jahat daripada 70 syaitan. Musuh yang paling jahat bagi manusia ialah nafsu. Hanya satu sifat terpuji yang ada pada nafsu di mana apabila kita sibukkan nafsu kita dengan kebaikan, maka ia akan ingin untuk tambah kebaikan. Akan tetapi, pada permulaan kita perlu memaksa diri kita untuk melakukan kebaikan.

Ilmu tanpa amal adalah seperti pokok yang besar tetapi tidak berbuah. Allah ﷻ juga berfirman di dalam Al Qur’an “Mengapa kamu berkata apa yang kamu tidak mengetahui?” Banyak lagi ayat Al Qur’an di mana Allah ﷻ mengancam mereka yang tidak mencari ilmu.

Perlulah kita mengajak anak-anak kita untuk menghadiri Majlis ilmu. Apabila kita sudah tidak ada nanti, anak-anak kita yang berilmu akan memberi manfaat kepada kita.

Apabila kita sudah belajar, kita harus mengamal sedikit demi sedikit agar nafsu kita biasa dengan kebaikan.

Insyallah esok Habib akan membahas tentang usul-usul lain Tariqah Baalwie.

Wallahualam bissawab

PONDOK HABIB TWITTER : https://twitter.com/pondokhabib