Image may contain: 1 person, smiling, beard

Beliau merupakan seorang ulama terkenal di Mesir yang lahir pada 10 Mac 1952, Bermazhab Syafi’e dan berpegang dengan aliran Asya’irah. Beliau berjaya memperolehi Ijazah Kedoktoran dari Universiti Muhammad ke-V Ribath pada tahun 2005 dan mempelajari ilmu syariat daripada ramai ulama. Beliau menetap di Makkah selama 6 tahun dan berguru dengan ulama kibar di tanah haram.

Antara gurunya yang terkenal terdiri daripada Syeikh Muhammad Isa ibn Yassin al-Fadani, Sayyid Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari, Sayyid Abdul Aziz ibn al-Siddiq al-Ghumari, Syeikh Ismail Uthman Zain al-Makki dan Syeikh Abdullah Said al-Lahji.

Ketika belajar dengan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, beliau menjadi murid istimewa gurunya itu. Apabila mengajar, Syeikh Yaasin al-Fadani pasti akan meminta beliau untuk duduk di sebelah kanannya. Atas kepercayaan gurunya itu, beliau telah dilantik menjadi khalifahnya di Mesir.

Kepakarannya dalam bidang hadis mendapat perhatian dan pujian daripada ramai ulama besar dunia Islam. Seorang ulama yang tidak asing dalam dunia Islam, Sayyid Abdullah al-Siddiq al-Ghumari menyatakan bahawa Syeikh Mahmud Said Mamduh telah menyelam dalam lautan hadis melalui jalan ahli hadis.

Bahkan, ramai dalam kalangan ulama mutaakhirin seperti al-Arif Billah Habib Umar bin al-Hafidz, sentiasa menasihati murid-murid mereka supaya membaca kitab penulisan beliau. Manakala Al-Allamah al-Muhadith Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki pula sering menjadikan kitab beliau sebagai rujukan kerana kepakarannya dalam bidang hadis.

Beliau juga dianggap sebagai seorang mutafannin pada zaman ini kerana penguasaan dan kepakarannya dalam pelbagai bidang ilmu. Kitabnya menjadi hujjah pada zaman ini. Sebagai individu yang meletakkan dirinya sebagai khadam hadis Nabi Muhammad SAW dan seorang pencinta dan pendokong kuat ahlul bait Nabi, beliau amat mencintai dan kuat mempertahankan ahlul bait Rasulullah SAW melalui lisan dan mata pena beliau.

ANTARA KITAB KARYA BELIAU:

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan lebih daripada 30 buah kitab. Antaranya karya penulisannya adalah:

1. Tasynif al-Asma’ bi Syuyukh al-Ijazah wa al-Sama’ ( 2 jilid tebal ).
2. Wusul al-Tahani bi Ithbat Sunniyyah al-Subhah wa al-Rad ‘ala al-Abani.
3. Tanbih al-Muslim fi Difa’ an Sohih Muslim.
4. Raf’u al-Minarah bi Takhrij Ahadith al-Tawassul wa al-Ziarah.
5. Al-Ta’rif bi Auham man Qassama al-Sunnah ila Sohih wa Dhaif (6 jilid).
6. Al Ihtifal bi Ma’rifah al-Ruwah al-Thiqaat allazi laisu fi Tahzib al-Kamal (4 jilid).
7. Kafsy al-Sutur ‘amma Usykila min Ahkam al-Qubur.
8. Ghayah al-Tabjil wa Tark al-Qat’ fi al-Tafdhil.
9. Ittijihat Hadisiah fil Qorn Robi’ Asyar ( 3 jilid ).
10. Mukjam Syuyukh ( Terbaru ).

{ DOA }

“Dengan Nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Ya ALLAH, Ya Rahman Ya Rahim. Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Engkau ampunilah segala dosa-dosa kami, Ibu Bapa kami, Guru-guru kami, Ahli Keluarga kami, Sahabat-sahabat kami serta seluruh Kaum Muslimin dan Muslimat. Engkau berikanlah Rahmat dan Keredhaan Mu kepada kami di dunia dan di akhirat. Engkau Kasihilah kami dengan Cinta dan Kasih sayangMu yang memberi Kebahagiaan yang Hakiki. Ya ALLAH, Engkau curahkanlah Cinta dan RinduMu serta RasulMu Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat. Engkau tempatkanlah kami bersama dengan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka di dunia dan di akhirat. Engkau permudahkan segala urusan kami, murahkanlah rezeki kami dan panjangkanlah umur kami untuk sentiasa beribadah kepadaMu.

Ya ALLAH, Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Maha Luas PemberianNya. Sesungguhnya kami tidak sanggup kehilangan kekasihMu ini. Ya ALLAH, jangan Engkau pisahkan kami sama ada di dunia mahupun di akhirat dengan Baginda SAW. Sesungguhnya kami di sini sangat mencintai dan rindu akan KekasihMu, Ya Rasulullah SAW. Begitu juga dengan Kemuliaan keberadaan para Sahabat r.h. bersama Baginda SAW sentiasa. Semoga ALLAH SWT meredai para Sahabat Nabi Muhammad SAW, menambah kemuliaan mereka di sisi-Nya dan mengembalikan keberkatan mereka kepada kami semua.

Ya ALLAH, Semoga Ibu Bapa kami mendapat Rahmat dan Keredhaan ALLAH SWT di dunia dan di akhirat. Semoga Ibu Bapa kami mendapat Cinta dan Rindu ALLAH SWT dan RasulNya Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW di dunia dan di akhirat. Semoga Ibu Bapa kita sentiasa bersama orang-orang yang diberi nikmat, Soleh dan Solehah serta semua orang-orang baik. Ya ALLAH, Engkau kasihanilah Ibu Bapa kami sepertimana mereka mengasihi kami ketika kecil hingga dewasa. Ya ALLAH, Engkau Jagalah Ibu Bapa kami sepertimana mereka menjaga kami ketika kecil hingga dewasa. Ya ALLAH, Engkau senangkanlah dan permudahkanlah setiap kesusahan dan ujian yang Ibu Bapa kami tempuhi sepertimana mereka menyenangkan dan mengembirakan kami dalam setiap kesusahan kami. Ya ALLAH, sentiasalah bersama Ibu Bapa kami sepertimana mereka sentiasa bersama kami ketika senang dan susah….” Dengan berkat selawat, setiap doa, hajat dan permintaan dimakbulkan.

Allahuma sholi ‘ala sayidina
Muhammad nabiyil umiyi wa’alihi wa shobihi wa salim.

اللَّهُــــــــمّ صَــــــلے و سَلّـــــم علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ وعلــــــــى الـــــــه وصـحبه و سَلّـــــم

Aamiin Allahuma Aamiin.

Dipetik dari buku “BERCINTA DENGAN RASULULLAH SAW (Seolah-olah Kamu Melihatnya).
[Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf dan Kata Pengantar: Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari.]

PONDOK HABIB TWITTER : https://twitter.com/pondokhabib