Image may contain: one or more people and people standing

Haji Furada 1440 bersama Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam Al Banjari An Nadwi Al Maliki.

Siri 30 – Kesederhanaan Dalam Kehidupan.

Antara ciri ciri terpuji yang kami perhatikan pada diri Tuan Guru, selain dari keilmuan yang tinggi, akhlak yang mulia dan ibadahnya yang jitu, kesederhanaan dalam menjalani kehidupannya benar benar menjadikan kami teruja dan menjadikan kami banyak muhasabbah diri sendiri.

Penampilannya tetap sama walaupun dimana pun beliau berada melainkan pada 2 keadaan.

Pertama ketika berziarah Rasulullah saw & hari Jumaat, dimana waktu itu Tuan Guru akan memakai pakaian yang agak berlaianan dari biasa..

Beliau akan memakai jubah & serban putih yang tampak seakan baru.

Kayu siwak tak pernah dipisahkan dari poket atas jubahnya dan tongkat kesayangannya menjadi teman abadi pada setiap masa dan ketika.

Apa yang kami pelajari mengenai sunnah Baginda Rasulullah saw hampir semua dipraktikkan oleh Tuan Guru…

Rumusan mengenai sikap Kesederhanaan boleh kami simpulkan dalam beberapa peristiwa yang walaupun kecil pada anggapan kebanyakkan kita tetapi pada fikiran Al Faqir mampu memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai sikap kesederhanaan beliau dalam menjalani kehidupan seharian.

Peristiwa yang sama juga memperlihatkan bagaimana sikap Tuan Guru yang amat perihatin & sangat menhargai setiap harta miliknya walaupun harganya hanya beberapa ringgit sahaja..

Selipar BATA warna biru,adalah antara “trademark” atau simbol keserdahanaan yang dipraktikkan oleh Tuan Guru dari segi “dressing” nya.

Selipar ini cuma bernilai tak sampaj RM15 tapi selipar inilah yang telah mengalas kaki Tuan Guru selama beberapa tahun lamanya dan telah bersama beliau merantau hingga ke Turki,Cairo dan Saudi…

Kami yang pernah beberapa kali berkhidmat menyimpan selipar Tuan Guru semasa pengajian disekitar KL memang arif dengan keadaan selipar ini.

Dan diantara kami pernah menyatakan hasrat & cita cita jika diberikan peluang hendak menukarkannya dengan yang lebih baik bagi memberikan keselesaan pada Tuan Guru…

Peluang ini tiba tiba terbuka luas bagi diri Al Faqir apabila Tuan Guru mengajak Al Faqir menemaninya ke kedai kasut selepas kami berdua selesai mengerjakan Tawaf & Saei Haji.

Tuan Guru berhajat untuk membeli selipar baru bagi mengantikan selipar Bata yang sudah terkoyak sedikit sewaktu berjalan jauh di Mina.

Kebetulan waktu itu hanya Al Faqir saja yang bersama beliau kerana kami telah berpisah dengan jemaah lain semasa berlaku beberapa rempuhan sewaktu kami semua sama-sama mengerjakan Tawaf Haji…

Terbit rasa girang kerana merasakan hajat Al Faqir akan dicapai sekejap lagi

Setelah memasuki sebuah kedai kasut berhampiran Menara Jam, Al Faqir pun mula bergegas mencari selipar kulit yang lebih baik bagi mengantikan selipar BATA yang hanya diperbuat daripada plastik.

Memang lama berhajat nak menghadiahkannya selipar yang lebih baik pada Tuan Guru.

Setelah menjumpai beberapa selipar yang berbentuk capal Rasulullah saw dan diperbuat dari kulit, Al Faqir terus memberikan cadangan serta menunjukkan beberapa pasang selipar kulit yang amat selesa kepada Tuan Guru.

Tetapi beliau tampa berfikir panjang menolaknya dengan baik seraya berkata…

“Ana nakkan selipar yang serupa dengan apa yang ana pakai sekarang” pinta beliau sambil beliau sendiri yang mencari dalam raga yang mengandungi selipar yang sedang di offer dengan harga SR10…

Gagal pada cubaan yang pertama,Al Faqir cuba sekali memujuk lagi dengan memberikan pandangan yang lebih bernas pada fikiran Al Faqir sendiri..

“Tuan Guru perlukan selipar yang lebih selesa kerana kita akan banyak berjalan lagi setiap hari memandangankan hotel kita agak jauh..”

“Tenguk tapaknya ini yang tebal dan talinya yang lebih kemas.”

“Lebih selesa” kataku sambil meminta beliau mencubanya..

Tetapi jawapan beliau selamba saja dan terus mematikan segala harapan dan cita cita Al Faqir yang telah dipendam sebegitu lama…

“Ana kerap kebilik air”

“Kalau pakai selipar kulit bila dia basah akan jadi berat dan tak selesa nak pakai”

“Lama lama selipar jenis ni akan berbau” kata beliau sambil membelek sepasang selipar plastik yang mirip dengan selipar Bata nya..

“Betul juga” bisik hati ku dengan rasa kecewa..

Gagal lagi dengan percubaan ini, Al Faqir cuba untuk memenuhi hajat Al Faqir nak juga menghadiahkan selipar baru dengan membayarkan harga selipar pilihan Tuan Guru.

Selepas Tuan Guru mendapatkan saiz yang sesuai Al Faqir terus kekaunter untuk membayar tapi dengan pantas Tuan Guru mengeluarkan wangnya sendiri lantas mmberikan pada juru jual…

“Takpa takpa…ana ada duit” katanya sambil memaksa juru jual mangambil wang darinya…

Terlepas sekali lagi peluang hendak menmafaatkan peluang keemasan ini…

Setelah membayarnya, Al Faqir lantas menanyakan kepada Tuan Guru..

“Tuan Guru nak pakai terus ka”?..

“Ya ana nak pakai trus”..kata beliau..

“Baik la…” jawap ku sambil meletakkan selipar barunya dan mengambil selipar lamanya.

Sebaik saja kami nak mulakan langkah , Al Faqir meminta izin untuk membuang selipar lamanya yang sudah terkoyak sedikit.

Tetapi jawapannya sungguh memeranjatkan Al Faqir…

“Jangan….!!!

“Jangan buang!!!

“Ana nak bawa balik ke Banjar”

Tergaman Al Faqir dengan reaksi dan jawapan sebegitu kerana pada kami selipar sebegitu memang sudah sepatutnya jadi bahan buangan.

“Selipar tu dah banyak jasa pada ana”

” Masih boleh diperbaiki”

“Ana masih boleh gunakannya untuk ke tandas nanti”ujar beliau dengan penuh harapan.

Tampa berkata apa-apa Al Faqir pun terus membungkusnya serta membawanya balik ke bilik penginapan kami di Syishah.

Dalam suatu peristiwa yang lain sewaktu menemani Tuan Guru pulang ke Hotel dari Masjid Nabawi beliau mengajak kami singgah disebuah kedai untuk membeli serban…

Sama juga criteria permilihannya…

“Cari yang harganya SR10 sehelai”

“Ana nak beli 2 helai” minta beliau sambil menghulurkan terus wang SR20 kepada Al Faqir…

Bila kami bersungguh sungguh nak menghadiahkannya beliau menolak seraya bekata dengan lembut.

“Takpa…lain kali, insha Allah”…

Gagal untuk menghadiahkan serban kami mencuba memujuknya untuk membelikan beberapa pasang jubah yang baru kerana beliau hanya ada beberapa jubah saja..

Tapi, seperti biasa jawapannya amat mengecewakan kami..

“Ana tak pandai nak beli baju”

“Saiz baju ana pun ana tak tahu”

“Semua baju ana, Zawjah ana yang belikan”..jawap beliau dengan nada lemah lembut.

“Takpa , takpa yang ada ni pun dah besar rahmat”ujar beliau yang mematikan terus hajat kami.

Peristiwa-peristiwa seperti ini memperlihatkan bagaimana sikap Tuan Guru terhadap barang barang milik peribadi miliknya dan sikap cermatnya tidak suka membazir serta tidak mementingkan imej dalam berpakaian…

Jika kami mengusulkan untuk membeli yang baru bagi memberikan keselesaan serta penampilan yang lebih baik sesuai dengan kedudukan Tuan Guru, beliau akan menolaknya dengan baik dengan memberikan alasan-alasan yang membuka minda kami untuk muhasabbah tentang diri kami sendiri.

Timbul kesedaran dengan sikap buruk kami yang sering membazirkan duit semata mata untuk menjaga imej serta penampilan yang boleh membuahkan rasa ujub & kesombongan pada diri sendiri.

SIRI TERAKHIR – KEMBARA HAJI BERSAMA ABUYA.