8 HAL UNTUK 8 KEUTAMAAN

Image result for madrasah tahfiz

1. Barangsiapa yang ingin keutamaan solat malam, sedangkan dia tidur, maka jangan bermaksiat disiang harinya.

2. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan puasa sunnah, sedangkan dia tidak puasa, maka jagalah lisannya.

3. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan ulama, maka perbanyaklah tafakkur.

4. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan para mujahidin, sedangkan dia diam dirumahnya, maka lawanlah syaitan (memerangi hawa nafsu).

5. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan sedekah, sedangkan dia tidak mampu, maka sebarkanlah ilmu yang dia ketahui kepada orang-orang.

6. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan haji sedangkan dia tidak mampu, maka perbanyak ibadah pada hari jumaat.

7. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan ahli ibadah, maka berbuat baiklah pada semua manusia, dan jangan menyebar kebencian dan permusuhan kepada mereka.

8. Barangsiapa yang ingin mendapatkan keutamaan wali abdal, maka letakkanlah tangannya pada dadanya (berlapang dada), dan rela atas saudaranya sebagaimana dia rela atas dirinya.

*Kitab Tanbihul Ghafilin