Diceritakan oleh Al-Habib Ali Zaenal Abidin al-Kaff;

Ada satu kisah menarik yang terjadi di zaman Asy-Syeikh Abdurrahman ad-Diba’i asy-Syaibani iaitu Pengarang kepada Kitab Maulid ad-Diba’i.

Diceritakan tatkala itu Syeikh ad-Diba’i sedang berkumpul dengan orang-orang di kota Zabid (hujung kota Yaman) untuk berziarah ke makam Sayyidina Rasulullah SAW di kota Madinah al-Munawwarah. Pada saat itu, jarak perjalanannya memerlukan waktu hingga selama 2 minggu.

Ketika rombongan tadi hendak segera bertolak ke kota Madinah datanglah seorang anak kecil usianya dalam lingkungan sekitar 8 tahun, dan anak kecil itu bertanya meminta izin kepada syeikh untuk turut serta bersama-sama rombongan mereka untuk ziarah ke tempat Makam Rasulullah SAW.

Tetapi, permintaan anak kecil itu ditolak dan syeikh tidak mengizinkan anak kecil ini untuk turut serta didalam rombongan menuju ke Makam Rasulullah SAW kerana dikhuatiri akan menyusahkan perjalanan semua orang.

Syeikh terus bertanya lagi kepada anak kecil itu;
“Kenapa kamu teringin ikut sekali?”

Maka anak kecil itu berkata, “Wahai Syeikh percayalah bahawa aku ini sangat rindu dengan Rasulullah SAW..”

Namun dijawab oleh Syeikh;
“Sudahlah kamu tetap tidak boleh ikut.” Maka berjalanlah rombongan tersebut. Setibanya tiba di kota Madinah, tepatnya di Makam Rasulullah SAW, maka syeikh itu terkejut lantaran kerana melihat anak kecil itu sudahpun berada dihadapannya.

Syeikh itu pun bertanya kepada anak kecil itu dengan kehairanan;
“Wahai anak kecil, dari mana kamu datang?
Bagaimana kamu ini boleh sampai disini?”

Lantas anak kecil itu pun menjawab pertanyaan itu;
“Ketika kamu semua berangkat, aku masuk ke dalam kotak bersama rombongan-rombongan itu yang hendak menuju ziarah ke Makam Baginda Rasulullah SAW, lalu aku ikut dan dapat turut sampai kesini”

Lalu Syeikh pun kehairanan dan bertanya sekali lagi;
“Aku tidak hairan kalau kamu ini masuk ke dalam kotak tetapi bagaimana selama 2minggu perjalanan kami ini kamu tidak makan dan minum?”

Maka anak kecil itu pun menjawab;
“Wahai Syeikh, sungguh aku ini sudah dilupakan dari makan dan minum kerana sangat rindu dan kasihnya aku untuk berjumpa dengan Baginda Nabi SAW..”
MashaAllah..

Kemudian, anak kecil itu pun menyambung lagi;
“Wahai Syeikh, apakah benar tanah ini pernah dipijak oleh kaki Baginda Rasulullah SAW??”

Kata Syeikh;
“Ya benar”.

Setelah mendengar kata-kata Syeikh itu bahawa tanah ini pernah dipijak oleh Rasulullah SAW lantas ia terus ambil tanah itu lalu diciumnya..akhirnya anak kecil ini pengsan lalu wafat ia disitu.

Subhanallah..sungguh luar biasa kecintaan anak ini kepada Kekasih Agung kita Rasulullah SAW, semoga kita juga turut mempunyai perasaan cinta dan rindu kepada Rasulullah SAW melebihi cinta kita kepada diri kita sendiri, seperti mana anak kecil ini yang sanggup tidak makan dan minum hanya semata-mata ingin berjumpa dengan Sayyidina Rasulullah SAW.

Sumber : https://www.facebook.com/MohdFaizKhadimUlama