Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang berdiri

Di zaman kita sekarang, semua orang boleh bercakap tentang agama. Golongan-golongan liberal bercakap atas nama agama. Golongan-golongan yg menyimpang dari ajaran juga akan bercakap atas dasar agama. Sehingga kalau ulama pergi tidak akan dijaga ajarannya, tidak dipegang ilmunya, tidak diikuti nasihatnya. Lalu yang akan muncul, ketua-ketua yang jahil/bodoh. Sehingga mereka berani mengeluarkan fatwa tanpa ilmu.

Zaman kita bahkan lebih canggih, orang mengambil fatwa hanya dari “Google”, taip apa-apa soalan, kemudian keluar jawapan dari Google dan terus mengambilnya. Bukankan ini mengambil fatwa dari yang tidak dipertanggungjawapkan? 
Maka dia sesat, (yg memberi fatwa) dan menyesatkan orang lain iaitu yg menerima fatwa.

Hukuman bagi mereka yg tidak berpegang kepada Ulama, hukuman kepada mereka yg tidak mengambil manhaj para Ulama, maka akan dibawa kepada orang bodoh, akan diikuti apa sahaja yg diperkatakan. Maka dia sesat bersama orang yg menyesatkan. Dan ini merupakan hukuman paling berat kepada seseorang bilamana ada dalam kesesatan yg tidak dapat dikesan oleh dirinya sendiri.

Petikan Tausiyah
Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid
Majlis Malam Syair Haddadiyyah
Masjid Al Falah, USJ
4 Zulqaedah 1440, 7 Julai 2019

Moga manfaah wal barokah.