Image may contain: sky

Asy-Syeikh Dr. Isa Abdullah Mani al-Himyari menyatakan di dalam Bulugh al-Ma’mul fi al-Ihtifa’ wa al-Ihtifal bi Maulid ar- Rasul: Nash ini menunjukkan dengan jelas tentang keharusan menyambut maulid Nabi ﷺ dan pada hadits ini tiada ihtimal yang lain. Aku tidak mendapati sebarang jawapan yang menyokong pendapat golongan anti-maulid ini. Malah sekiranya mereka berpegang bahawa sambutan maulid Nabi ﷺ hanya dibolehkan dengan melakukan ibadah puasa sahaja (dan tidak boleh dilakukan dengan ibadat lain lain seperti membaca shalawat, membaca sirah Nabi ﷺ, bersedekah dan sebagainya – penterjemah), maka golongan ini termasuk didalam golongan ahli zahir, yang hanya mengikut buta zahir hadits tanpa merujuk kepada kaedah usul dan mereka telah mengkhususkan hadits ini tanpa ada dalil yang mentakhsiskannya. Abu Zahrah Abdullah Thohir

 — with Sallehhuddin Harun.