Posted by: Habib Ahmad | 31 Disember 2015

Soalan lazim pasal pondok

Lazada Malaysia

Posted on Disember 28, 2015 by albakriah
Soalan lazim berkenaan pengajian Pondok
1. Jika saya tak ada asas jawi dan al-Quran boleh ke masuk pondok? Jika saya bukan daripada aliran agama bolehkah saya nak belajar kat pondok?
– Boleh asalkan mahu belajar
2. Jika umur saya lebih 20 tahun bolehkah masuk pondok?
– Boleh kerana pondok ni terima pelajar bujang, kelamin dan warga emas selagi mereka mampu berdikari ketika belajar
3. Adakah pihak madrasah sediakan pondok tempat duduk kepada pelajar yang baru masuk?
– Bagi pelajar bujang lelaki dan perempuan maka pihak pejabat akan urus tempat tinggal.
– Manakala bagi pasangan kelamin dan warga emas kena datang cari sendiri pondok sewa sekitar kawasan madrasah samada melalui bantuan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan ATAU datang sewa rumah tumpangan yang berhampiran untuk datang cari sendiri pondok sewa kemudian apabila sudah jumpa tempat tersebut maka mereka pulang ambil barang keperluan sebelum menyelesaikan proses pendaftaran
4. Adakah pengambilan pelajar baru dibuka sepanjang tahun?
– Daftar baru dibuka tiap Sabtu dan Ahad sepanjang tahun kecuali bila cuti panjang iaitu
– Cuti penggal madrasah telah ditetapkan sebagaimana berikut :
Penggal pertama – bermula 2 hari sebelum hari raya haji hingga 15 Zulhijjah
Penggal kedua – bermula pada 15 Rabiul Awal hingga 29 Rabiul Awal .
Penggal ketiga – bermula 15 Sya’ban hingga 15 Syawal
5. Boleh ke jika saya hanya nak masuk belajar kat pondok sekadar sebulan atau 2 bulan sempena cuti sekolah/cuti IPT atau tengah tunggu keputusan SPM/STPM/STAM
– Boleh selagi masih ada kekosongan tempat tinggal
6. Jika saya hanya nak datang belajar hujung minggu sahaja macamana saya boleh lakukan
– Jika ulang alik tak ada masalah dan tak perlu daftar hanya dating belajar sahaja
– JIka rumah jauh boleh sewa bilik penginapan sekitar kawasan madrasah untuk datang belajar
7. Bila sudah bawa semua dokumen yang tertera di al-bakriah.com.my adakah saya boleh terus daftar masuk belajar
– Ya boleh daftar dan terus masuk belajar
8. Jika ibubapa saya tak dapat datang adakah boleh saya datang daftar seorang diri sahaja?
– Sebaiknya bawa waris terdekat bersama sebagai penjamin bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah terutama perkara kecemasan.

Lazada Malaysia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: