Posted by: Habib Ahmad | 30 Disember 2015

Nur Muhammad – Syaikh Wan Ahmad

Lazada Malaysia

Lama dah rasanya tak poskan entri tentang “Nur Muhammad”. Jadi kali ini, kita teruskan membongkar rahsia Nur Muhammad daripada karangan para ulama kita terdahulu walaupun tidak disukai oleh segelintir “ostad” zaman ini yang tak reti – reti bahasa. Para cerdik pandai dan ilmuan pasti kenal dengan al-‘Alim al-‘Allaamah adz-Dzakiy asy-Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa al-Fathani rahimahullah. Syaikh yang mulia ini telah menulis dalam kitab beliau, “Badrut Tamaam wan-Nujuumuts Tsawaaqib” pada halaman 3 sebagai berikut:-
” (Maka telah datang dalam hadis) bahawasa awal barang yang dijadikan Allah ta`ala itu nur nabi kita Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam. Dan datang kaifiat menjadikan nur yang mulia itu beberapa riwayat yang berbilang – bilang. Dan hasil sekaliannya bahawasa Allah subhanahu wa ta`ala tatkala bergantung iradahNya dengan menjadikan sekalian makhluk, menjadilah Ia akan nur Sayyidina Muhammad shallaAllahu `alaihi wa sallam dahulu daripada dijadikan langit dan bumi dan arasy dan kursi dan loh dan qalam dan syurga dan neraka dan malaikat dan sekalian yang lainnya dengan bagian – bagian ribu tahun. Dan adalah dilihatkan nur itu di dalam padang ‘aalamul qudsi, maka pada setengah ketika disuruhkan dia dengan sujud dan seketika dengan tasbih dan taqdis dan dijadikan baginya akan beberapa hijab. Didiamkan dia di dalam tiap-tiap hijab itu beberapa masa yang panjang mengucap tasbih ia bagi Allah ta`ala dengan tasbih yang tertentu. Maka kemudian daripada dikeluarkan dia daripada segala tirai itu, bernafas ia dengan beberapa nafas, maka dijadikan daripada segala nafasnya akan segala roh anbiya` dan awliya` dan shiddiqin dan syuhada` dan sekalian mukminin dan sekalian malaikat. (Dan kemudian) daripada menjadi Allah ta`ala akan Adam `alaihis salam daripada tanah, dihantarNya akan nur itu pada dahinya kemudian berpindah nur itu kepada Nabi Syits `alaihis salam, kemudian kepada Yaanisy dan demikianlah berpindah-pindah ia daripada segala bapa yang suci kepada segala anak yang baik hingga sampai ia kepada `Abdul Muthallib dan tercemerlang ia pada mukanya….”
Tiada seorang pun ulama kita yang beriktiqad yang nur Muhammad itu qadim atau menuhankannya atau mengatakan ia mempunyai unsur ketuhanan. Jelas bahawa nur Muhammad itu adalah makhluk yang dijadikan Allah. Dan tiada juga mereka beriktiqad yang batang tubuh jasad Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam itu diciptakan daripada nur. Penciptaan jasad mulia baginda shallaAllahu `alaihi wa sallam adalah sebagaimana penciptaan jasad sekalian anak Adam. Oleh itu, janganlah nur Muhammad ini dijadikan alasan untuk kita menyesatkan kaum muslimin apatah lagi kalangan ulamanya. Jika pun akal kita mungkin sukar untuk menerima penjelasan mereka mengenai makhluk Allah yang pertama dicipta, yang disebut sebagai Nur Muhammad, yang tiada lain melainkan rohnya Junjungan Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam, yang digelar sebagai Abul Arwah, yang sebagaimana ahwalnya roh tiada siapa yang tahu hakikatnya selain Allah subhanahu wa ta`ala. Maka jika kita tidak mampu menerimanya, maka belajarlah untuk menghormati dan bertasamuh dalam berbeza pendapat dengan para ulama lain. Nescaya akan wujud keharmonian dan kedamaian sesama umat.

Lazada Malaysia


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: