Posted by: Habib Ahmad | 17 Disember 2015

DENI CINTA AGUNG

Ustaz Ahmad Lutfi Al-Linggi
·
DEMI CINTA YANG AGUNG

Di Zaman Mutakhir ini Umat Nabi Muhammad ﷺ semakin melupai dan tidak kenal siapakah Rasul mereka dengan sebenar2 pengenalan. Akibatnya apabila ada sahaja tohmahan, kejian atau usaha2 merendahkan Nabi ﷺ samada dari segi percakapan, penulisan atau sebagainya Baginda dibiarkan begitu sahaja oleh Ummat tanpa ada usaha yang kondusif dalam mempertahankan maruah Baginda ﷺ.

Memperkenalkan Baginda ﷺ kepada Ummat dan juga masyarakat di penghujung usia dunia sehingga Baginda dilihat sebagai manusia yang Agung merupakan sebesar pahala yang akan menyebabkan seseorang itu mendapat balasan syurga sebagaimana yang telah digapai oleh para Sahabat Baginda ﷺ.

Pengajian pembacaan kitab Syamail Nabi ﷺ yang dikupas oleh Tuan Guru yang dikasihi Dato’ Hj Muhammad Fuad bin Kamaludin di Surau Kolej Islam As Sofa malam tadi sepatutnya menyelitkan keinsafan dan harapan serta tekad agar kita juga akan dipandang oleh
Nabi ﷺ.

Marilah sama2 kita menyahut saranan Syeikh dengan mengembling tenaga, daya dan usaha untuk menyebarkan sebanyak mungkin kitab Syamail Nabi ﷺ agar Umat mencintai Nabi ﷺ lebih dari diri mereka sendiri sehingga mereka dan keluarga terselamat dari tohmahan serta virus ahli2 bid’ah yang sentiasa menjauhkan Umat Manusia dari Baginda ﷺ.

Berikut petikan dari bab 14, mukasurat 52-53, kitab Syamail Nabi ﷺ untuk renungan kita bersama.

Daripada Zubair ibn Al ‘Awwam رضي الله عنه berkata:

“Pada hari peperangan Uhud, Nabi ﷺ memakai dua baju besi. Maka, Baginda ﷺ hendak memanjat diatas batu besar (untuk memperlihatkan kepada tentera Islam bahawa Baginda ﷺ masih lagi hidup) namun Baginda ﷺ tidak mampu (kerana baju besinya yang begitu berat dan Baginda ﷺ telah lemah akibat darah yang terlalu banyak keluar dari jasadnya yang mulia),
Baginda ﷺ menyuruh Talhah duduk mencangkung dan Baginda ﷺ memanjat bahunya hingga Baginda ﷺ berada di atas batu besar itu.

Selanjutnya Zubair رضي الله عنه berkata “Maka saya mendengar Rasulullah ﷺbersabda, “Wajiblah Talhah رضي الله عنه masuk syurga dengan perbuatannya itu”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: