Posted by: Habib Ahmad | 9 Julai 2015

IBU MENGANDUNG BERBUKA PUASA ,WAJIBKAH QADHA’ PUASA ?

1

Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari ditanya:Bagaimanakah keadaan ibu yang mengandung berbuka puasa?

1) Jawapan Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari:

Ibu yang mengandung berbuka puasa kerana khuatir tentang diri dan anak dalam kandungan DIKEHENDAKI MENGQADHA’KAN PUASA DAN MEMBAYAR FIDYAH.Jika dia hanya khuatir tentang dirinya sahaja,dia DIKEHENDAKI MENGQADHA’KAN PUASA SAHAJA.

(Rujukan Soalan 186; Q & A Bersama Syeikh Nuruddin mukasurat 244)

2) Dalam kitab Matan Abi Syuja’,Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad al-Asfahani Rodiyallahu ‘Anhu menegaskan dalam Bab Qada’ dan Kaffarah,Kitab As Siyam:

والحامل والمرضع إن خافتا على أنفسهما : أفطرتا وعليهما القضاء
وإن خافتا على أولادهما أفطرتا وعليهما القضاء والكفارة عن كل يوم مد وهو رطل وثلث بالعراقي
“Sekiranya orang hamil dan menyusui bayi khuatir dengan dirinya,dia BOLEH BERBUKA PUASA DAN WAJIB MENGGANTINYA.
Sekiranya orang hamil dan menyusui bayi khuatir dengan bayinya,dia boleh berbuka puasa.Kemudian,dia WAJIB MENGGANTINYA dan MEMBAYAR KAFFARAH UNTUK SETIAP HARI YANG DITINGGALKANNYA DENGAN SATU MUD.Ia bersamaan dengan satu ritel dan satu pertiga ritel Iraq

(Rujukan kitab Matan Abi Syuja’,Imam Abu Syuja’ Ahmad bin Al-Husain bin Ahmad al-Asfahani Rodiyallahu ‘Anhu menegaskan dalam Bab Qada’ dan Kaffarah,Kitab As Siyam,cetakan PTS,mukasurat 103)

3) Syeikh Daud al-Fatoni Rodiyallahu ‘Anhu ditanya: Adakah diwajibkan qada’ dan fidyah ke atas orang yang berbuka puasa semata2 kerana hendak menolong orang lain yang dalam keadaan bahaya sama ada manusia mahupun haiwan,atau ia BERBUKA KERANA BIMBANGKAN KESIHATAN ANAK DI DALAM KANDUNGANNYA BAGI PEREMPUAN YANG MENGANDUNG ATAU YANG SEDANG MENYUSUI BAYINYA? Adakah diwajibkan qada’ sahaja tanpa fidyah atau kedua2nya,dan mereka yang berbuka semata2 kerana bimbangkan keselamatan diri? Adakah hanya diwajibkan qada’ sahaja atau bagaimana?

Jawapan Syeikh Daud al-Fatoni Rodiyallahu ‘Anhu:

WAJIB KE ATASNYA QADA’ BESERTA FIDYAH,berlainan jika ia bimbangkan keselamatan dirinya (perempuan yang mengandung) maka IA HANYA DIWAJIBKAN QADA’ SAHAJA TANPA FIDYAH.Begitu juga bimbangkan keselamatan anak yang dikandungnya maka ia hanya DIWAJIBKAN QADA’ SAHAJA TANPA FIDYAH

(Rujukan Kitab Furu’ al-Masail,Syeikh Daud al-Fatoni,Kitab Puasa,Bab Fidyah Puasa,mukasurat 737,Bahasa Moden cetakan Telaga Biru)

4) Habib Zein Bin Ibrahim bin Sumait dalam kitabnya Hidayah At-Tolibin Fi Bayan Muhimmat ad-Din atau terjemahannya Syarah Hadis Jibril pada Bab Puasa menyatakan:

والحامل والمرضع عليهما القضاء فقط إن خافتا على أنفسهما ولو مع الولد
والقضاء مع الفدية إن خافتا على ولديهما فقط

“Bagi perempuan yang mengandung dan perempuan yang menyusukan anak,maka WAJIB KE ATAS MEREKA QADA’ SAHAJA sekiranya keduanya takut mudharat ke atas diri mereka,mahupun beserta anak tersebut,dan WAJIB KE ATAS MEREKA BERDUA QADA’ DAN MEMBAYAR FIDYAH sekiranya ditakuti mudharat ke atas anak sahaja”

(Rujukan Buku Syarah Hadis Jibril,Habib Zein bin Sumait,mukasurat 220)

5) Jawapan Dr Asmadi Mohamed Naim​ :

Ibu hamil dan menyusu wajib qada sahaja, atau qada dan bayar fidyah bila meninggalkan puasa.

Ada diposkan oleh sesetengah org kata-kata Ibn Abbas yang mengatakan ibu hamil dan menyusu hanya wajib bayar fidyah tanpa wajib qada puasa.

Pendapat ni sebenarnya pendapat lemah kerana bertentangan dengan dalil Syarak iaitu dalil Quran, sebab ibu hamil dan mengandung tidak dimasukkan dalam kumpulan orang-orang tua, tetapi diklasifikasi dengan golongan sakit.

Imam-imam 4 mazhab menolak pandangan ini, sebab bukan kerana mereka tak tahu kata-kata ni, tetapi di atas pertimbangan menggunakan dalil-dalil yang lebih kuat.

Fatwa Mufti Saudi Bin Baz pun menolak kata-kata Sahabat, bila bertentangan dengan nas Quran.

Ni nasnya dlm Bahasa Arab oleh Syeikh Bin Baz:

ج : الصواب في هذا أن على الحامل والمرضع القضاء، وما يروى عن ابن عباس وابن عمر أن على الحامل والمرضع الإطعام هو قول مرجوح مخالف للأدلة الشرعية، والله سبحانه يقول: وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ، والحامل والمرضع تلحقان بالمريض وليستا في حكم الشيخ الكبير العاجز بل هما في حكم المريض فتقضيان إذا استطاعتا ذلك ولو تأخر القضاء، وإذا تأخر القضاء مع العذر الشرعي فلا إطعام بل قضاء فقط، أما إذا تساهلت الحامل أو المرضع ولم تقض مع القدرة فعليها مع القضاء الإطعام إذا جاءها رمضان الآخر ولم تقضها تساهلاً وتكاسلاً، فعليها القضاء مع الإطعام، أما إذا كان التأخير من أجل الرضاعة أو الحمل لا تكاسلاً فإن عليها القضاء فقط ولا إطعام، وما أنفقت من الإطعام فهو في سبيل الله ولك أجره، ويكفي عن الإطعام الواجب في القضاء إذا كنت تساهلت في القضاء، وعليك القضاء تصومين حسب الطاقة ولا يلزمك التتابع، تصومين وتفطرين حتى تكملي ما

Pasal Athar Ibn Abbas dan Ibn Umar, telah sabit Ibn Abbas menarik balik pandangan hanya perlu fidyah (tanpa qada). Sebaliknya beliau telah berubah kpd berpuasa, atau berpuasa dan bayar fidyah sebagaimana pandangan jumhur.

Lagipun, kata-kata Sahabi bukan hujah bila berlawanan dengan kata-kata sahabat yg lain. Tak boleh juga, mengeluarkan hukum berdasarkan satu kata-kata sahabat.

Pembacaan di bawah boleh membantu kawan-kawan yg boleh berbahasa Arab. Pandangan Jumhur ulama lebih dekat dgn dalil Quran, sunnah dan amalan sahabat dan Tabiin.

Wallahu ta’ala a’lam.

ذكر أهل العلم أنه ثبت رجوع ابن عباس وابن عمر عن هذا القول ، فلم يعد يقل به أحد من الصحابة ، فلايصح نسبته إليهما وقد رجعا عنه
في كتاب (الصوم والإفطار لأصحاب الأعذار ) طبع دار العاصمة
الصفحة 152 _ 153
( ج) من المعلوم أن قول الصحابي لا يكون حجة إذا عارضه قول صحابي آخر ، كيف وقد نقل عنهما نفسيهما وجوب القضاء عليهما في زمن الاستطاعة وهو الذي يتفق مع قول الجمهور
فقد روى البيهقي في السنن الكبرى بالسند المتصل عن ابن عمر أن امرأة حبلى صامت في رمضان فاستعطشت ، فسئل عنها ابن عمر : فأمرها أن تفطر وتطعم كل يوم مسكينا مدا ثم لا يجزيها فإذا صحت قضته (2 )
(2) السنن الكبرى (4/230)
أما ابن عباس ، فقد ذكر عبد الرزاق بسنده وجوب القضاء ولفظه (( عن الثوري وابن جريج عن عطاء عن ابن عباس قال : تفطر الحامل والمرضع في رمضان وتقضيان صياما ولا تطعمان )) (1)
(1) مصنف عبد الرزاق (4/218)
ثم قال هذا ما نقل عن ابن عمر وابن عباس في وجوب القضاء عليهما وقد نقل عنهما عدم وجوبه أيضا بيد أن المصير إلى الرواية التي تتفق مع الجمهور هو المتعين وهو الذي عليه جمهور التابعين والذين نقل عنهم عدم القضاء نقل عنهم القضاء أيضا
__________________
عبدالرحمن بن عمر الفقيه الغامدي
مكة بلد الله الحرام

Kredit :

1. Ustaz Haniff Talib​
2. Dr Asmadi Mohamed Naim.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: